BERITA LUAR NEGARA

LIBRALISASI EKONOMI KL PIKAT RAKYAT

JEDDAH: Arab Saudi berminat untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Malaysia ekoran liberalisasi sektor ekonomi Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud menyatakan kemungkinan negaranya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam sektor perbankan Islam, meningkatkan ekuiti serta menambah penyertaan dalam sektor perkhidmatan dan pengeluaran produk Islam di Malaysia.

Raja Abdullah yang juga Penjaga Dua Rumah Suci menyatakan demikian apabila Najib menghadap baginda di Istana Raja Abdullah di sini, lewat petang kelmarin.

Bercakap kepada pemberita Malaysia selepas pertemuan itu, Najib berkata ketika ini bank Arab Saudi iaitu Bank Al Rajhi sudah beroperasi di Malaysia dan ada usaha sama antara usahawan kedua-dua negara dalam bidang telekomunikasi di Malaysia dan bidang tenaga serta pembangunan bandar di Arab Saudi.

Pentadbiran Najib meliberalisasikan 27 sektor kecil perkhidmatan, kewangan dan pelaburan asing bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih menarik untuk pelabur asing dan merangsangkan aktiviti ekonomi dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa dunia.

Perdana Menteri yang melakukan lawatan kerja empat hari ke negara ini berakhir semalam, berkata Raja Abdullah sangat berpuas hati dengan hubungan dua hala kedua-dua negara dan menyifatkan Malaysia sebagai negara yang sangat akrab dengan Arab Saudi.

"Baginda anggap Malaysia sebagai negara contoh dari segi kejayaan yang dicapai selama ini," kata Najib.

Mengenai isu antarabangsa, Perdana Menteri berkata Malaysia bersetuju dengan cadangan baginda supaya dialog antara agama berpusat di Austria di samping saranan dipercepatkan pelaksanaan berhubung pewujudan sebuah pusat antarabangsa bagi pertukaran maklumat risikan untuk mencegah keganasan.

Perbincangan isu antarabangsa mereka berdua juga meliputi perkembangan di Asia Barat.

Menyentuh mengenai pelancongan, Najib berkata pelancong Arab Saudi berpuas hati dengan pengalaman mereka di Malaysia.

Mengenai jemaah haji, Najib berkata, baginda memuji sikap jemaah haji Malaysia yang sangat menghormati peraturan dan undang-undang serta tidak membawa ideologi politik ketika beribadat di Tanah Suci.

Najib berkata, Malaysia berterima kasih dengan kuota haji yang diberikan Arab Saudi.

Raja Abdullah turut menerangkan kepada Najib mengenai usaha dilakukan untuk meningkatkan kemudahan kepada jemaah haji.


Ditanya mengenai suasana pertemuan itu secara keseluruhannya, Najib berkata ia sangat mesra.

"Tidak sangka pertemuan yang dijangka mengambil masa 30 minit berlarutan sehingga 1 jam 15 minit. Itupun pasal ada pegawai bagi tahu baginda solat Maghrib dah nak masuk," kata Najib.

Lagipun, kata Najib bukan mudah mendapat peluang menghadap Raja Abdullah.

Selepas pertemuan itu, Najib bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak lelaki mereka, Nor Ashman Razak serta anggota rombongan berlepas ke Makkah untuk menunaikan ibadat umrah.
(Berita ini diambil dari Berita Harian Onliner - BERNAMA, 20 Julai 2009)

--------------


TERLALU AWAL KAITKAN NORDIN MAT TOP

TYRE, LEBANON 19 Julai – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, terlalu awal untuk merumuskan penglibatan Nordin Mat Top dalam kejadian pengeboman di dua hotel terkemuka di Jakarta, kelmarin.

Katanya, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan sebelum kesimpulan itu dapat disahkan dan Malaysia sentiasa bersedia bekerjasama dengan Indonesia sekiranya diperlukan.

‘‘Jika ia (pengeboman) merupakan perbuatan individu yang kebetulan datang dari Malaysia, ia tiada kena-mengena dengan apa-apa dasar kerajaan kita.

‘‘Kita sentiasa sedia bekerjasama dengan Indonesia dan pihak keselamatan antarabangsa bagi menentukan individu dan kumpulan bertanggungjawab tidak terlepas daripada undang-undang,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia ketika melawat penugasan kontinjen negara di Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) di At Tiri, dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas mengenai insiden pengeboman Hotel JW Marriott dan hotel Ritz-Carlton di Jakarta kelmarin.

Walaupun tiada yang mengaku bertanggungjawab dalam kedua-dua insiden itu, Ketua Unit Anti Keganasan Kementerian Keselamatan Indonesia, Ansyaad Mbai berkata, terdapat bukti menunjukkan penglibatan Nordin.

“Petanda menunjukkan kumpulan Nordin terlibat kerana bom yang digunakan adalah buatan tangan dan taktik serangan berani mati yang digunakan,” katanya dipetik daripada.

(Berita ini diambil dari Utusan Online - AFP, 20 Julai 2009).


*** ***

Abdullah: I would have abolished ISA PDF Print
Posted by admin

(NST) - Tun Abdullah Ahmad Badawi revealed yesterday that he would have abolished the Internal Security Act (ISA) if he has had more time during his term as prime minister.

Lauding Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's move to review the act, Abdullah hoped the government would be able to introduce a new preventive detention system, which placed a limit on the scope of arrest and one that pleased the rakyat.

"During my term, I had other things to focus on.

"There was not much pressure to abolish the system at that time but if I had continued my term up to the next general election, I would have eventually reviewed it (ISA) myself," he said after opening the Putrajaya Umno division delegates' meeting here yesterday.

Earlier, Abdullah urged Umno members to cease internal bickering in order to regain the people's trust.

"People don't want to see us fighting. They want to see us doing things to improve the country's situation.

"They want to see programmes that would boost the economy instead of reading about political squabbles."

He said Umno and Barisan Nasional would have to prove to the people that they practised democracy and catered to the people's wants and needs.

The former Umno president and Kepala Batas member of parliament said he was proud to be an Umno member and it was solely because of the party that he was able to contribute what he could to the nation.
(This new from Malaysia Today, July 20 2009)

No response to “BERITA LUAR NEGARA”

Post a Comment