KEWUJUDAN PUSAT HIBURAN HARAM SEJAKZAMAN KHIR KHIR TOYO MB
Saidah Hairan | |||||||||||
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS negeri Selangor menegaskan kewujudan pusat hiburan, judi dan spa haram yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berjumlah sebanyak 4,000 buah telah wujud sejak BN memerintah Selangor. Penegasan tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Khairuddin Othman ekoran dakwaan Khir sejak Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat pusat hiburan haram wujud berleluasa. Beliau turut mendesak Khir Toyo supaya mengakui secara terbuka bahawa semua lesen-lesen perjudian, spa dan pusat hiburan diluluskan ketika kerajaan BN mentadbir kerana selama setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor tidak pernah meluluskan lesen baru untuk premis tersebut. PAS negeri Selangor mendakwa Khir tidak pernah serius dalam menangani kes-kes kewujudan pusat hiburan haram ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor. Katanya, kenapa baru sekarang Khir mendedahkan tentang masalah rumah urut sedangkan ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu rumah urut beroperasi tanpa kawalan dan pemantauan daripadanya. Justeru, PAS negeri Selangor berpendapat dakwaan Khir itu tidak berasas sebaliknya ia merupakan usaha terdesak beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan yang dilakukan. "Penyelewengan beliau seperti isu banglo bernilai RM24juta, isu pemindahan dana Balkis RM9.9 juta dan sebagainya," tegas beliau. Sehubungan itu beliau menegaskan Khir Toyo perlu menjawab terlebih dahulu semua dakwaan terhadapnya sebelum membuat pelbagai fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. "Khir Toyo boleh mengelabui mata rakyat tetapi bukan kepada kami rakyat Selangor," tegasnya. ------------------
---------------------- JURU UKUR KHAS TENTUKAN LOKASI SEBENAR PELANTAR MINYAK
---------------- Seri Paduka hadir Mesyuarat Raja-Raja
KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 di Kompleks Dewan Undangan Negeri baru Petra Jaya, di sini. Ia dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Pulau Pinang, Sabah dan Melaka turut hadir. Mengiringi Sultan dan Yang di-Pertua Negeri pada mesyuarat berkenaan ialah Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing,kecuali Kelantan dan Pahang yang diwakili Timbalan Menteri Besar masing-masing. Ini kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas kali pertama pada 1972 dan yang kedua pada 1992. Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah mengenai pertahanan, keselamatan, agama dan pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.Sementara itu, Seri Paduka dan Tuanku Nur Zahirah, selamat berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3.20 petang semalam, selepas berada di sini selama lima hari. Terdahulu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, turut berlepas pulang kira-kira pada jam 2 petang dengan menggunakan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). (Berita ini diambil dari Berita Harian Online, 31 Julai 2009) ----------------------
Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin nak adakan pertemuan empat mata terlebih dahulu dengan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hasan bagi mengadakan perbincangan awal ‘ tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak ‘ mengenai wacana ilmiah yang telah dipersetujui antara kedua-dua pergerakan Pemuda itu. Katanya pertemuan dengan Nasruddin tanpa melibatkan pihak lain adalah paling penting baginya kerana beliau ingin tahu apa yang Nasruddin mahu dan apa ada dalam isihatinya. “Saya tidak mahu lagi main tarik tali, saya mahu jumpa Nasruddin selaku Ketua Pemuda PAS tidak kira di mana kerana beliau yang utuskan surat pada saya dulu, ini bukan muzakarah lagi baru nak jumpa,” katanya Khamis malam ketika ditanya persiapan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana ilmiah itu, Khairy bercakap pada sidang media di Ibupejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebelum merasmikan pasukan ragbi ‘Samurai’ Pemuda UMNO. "Surat itu mahukan saya berurusan dengan jawatankuasa teknikal wacana yang bercanggah dengan persetujuan asal iaitu ia perlu dibincangkan terlebih dahulu antara kedua-dua pihak sebelum cadangan wacana diteruskan," katanya. Sebagai rekod, Nasruddin Hasan pada 1 Julai lalu telah menyerah surat jemputan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Naib Ketua Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen bagi mengadakan satu wacana ilmiah sebelum bulan Ramadhan hujung Ogos ini. “Surat asal saya adalah untuk jumpa dia, sebab ramai sangat yang cakap…dia jadi macam-macam, dipihak PAS, ketua pemuda cakap lain dan setiausaha cakap lain. Kenyataan yang dikeluarkan dengan surat yang dia keluarkan bercanggah sebab itu saya mahu jumpa dia sendiri,” jelasnya. Ditanya samada pertemuan itu akan terganggu selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat membuat kenyataan mencerca UMNO, Khairy berkata, “saya percaya ada sebahagian ahli PAS yang tidak berapa setuju dengan kenyataan tersebut sebagai contohnya Ketua Pemuda PAS.” Mengenai perlunya hubungan dua hala itu diteruskan, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, “terpulang pada bentuk perjumpaan yang hendak diadakan ini. Saya tidak mahu dengar melalui media atau berunding dengan jawatankuasa teknikal, dia ketua saya pun ketua, saya kena faham apa yang dia nak. Dan dia kena faham apa yang saya sanggup buat, kalau sekiranya usaha ini boleh bawa sesuatu yang baik bagi kedua-dua belah pihak, apa salahnya tapi sekiranya niat berbeza maka kita jangan teruskan.” Ditanya perkara penting yang bakal dibincangkan sekiranya pertemuan itu berlaku, Khairy berkata, “soal masa depan negara, saya juga dapati bahawa ada sedikit ketidakselesaan dikalangan segelintir pemimpin PAS terhadap kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).” Katanya, “perkara pokoknya PAS tidak akan main tarik tali dengan kita soal muzakarah dan kerjasama ini sekiranya mereka seratus peratus selesa dalam PR tetapi sudah banyak sangat kenyataan yang dikeluarkan pemimpin-pemimpin PAS yang menyatakan bahawa mereka nak adakan perbincangan dan hubungan tidak rasmi dengan UMNO.” “Ini tanda ada ketidakselesaan yang ketara dalam PR, jadi perbincangan ini soal masa depan negara, sekiranya PAS nak bersama dengan BN dalam apa jua bentuk hubungan maka kita nak bincang, tidak ada lebih pada itu, kita telus dalam hal ini.” terang Khairy. Katanya dalam pertemuan itu juga nanti beliau akan menyuarakan pendirian tajuk yang dicadangkan PAS iaitu 'Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam' kurang sesuai dan akan mencadangkan tajuk yang berkaitan dengan masa depan negara. Soal ramai golongan muda diperingkat akar umbi yang lebih cenderong pada bolasepak dan takraw, Khairy menjelaskan bahawa Pemuda UMNO tidak akan abaikan kedua-dua sukan tersebut. “Kita masih lagi meneruskan program bola dan sepaktakraw tapi kita kena ingat pemuda dalam bandar dan pelajar universiti yang minat dengan sukan ragbi,” katanya. Pasukan ‘Samurai’ terdiri dari beberapa orang pemain ragbi kebangsaan dan wakil-wakil kelab ragbi tempatan. Diketuai kapten pasukan kebangsaan Mohd Azuan Azimi. Pemuda UMNO akan mencari pemain sendiri untuk diasuh bagi menyertai pertandingan dipelbagai peringkat.-30/7/2009
--------------------- ISA: AMARAN KDNKUALA TERENGGANU 30 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan menyokong atau membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini di ibu negara. ‘‘Polis perlu bertegas dan ambil tindakan bagi memastikan undang-undang dan Perlembagaan negara tidak dicabul sewenang-wenang. ‘‘Negara ini dibina berlandaskan acuan kita sendiri dan bukannya negara barat,” katanya selepas menyampaikan cek sumbangan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat bagi Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini. Sebelum ini pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (OPRM) menyokong penuh Perhimpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan pada 1 Ogos. Mengulas lanjut Hishammuddin berkata, penganjur perhimpunan tersebut sebenarnya mempunyai niat untuk menghuru-harakan negara. Dalam hubungan ini katanya, pihak polis tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk sebarang perhimpunan mansuhkan ISA. Katanya, walaupun pihak polis difahamkan terdapat pihak tertentu yang berhasrat menganjurkan perhimpunan tetapi permit belum dipohon. Hishammuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja yang cuba mencabar atau menganggu-gugat kewibawaan polis. TUMPASPenyeludupan masuk kira-kira sejuta pil eramin 5 melalui pusat kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) yang ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah gudang di negeri itu, Selasa lalu, menimbulkan tanda tanya. Persoalannya, bagaimana dadah bernilai RM20 juta itu berjaya melepasi kawalan ketat keselamatan di lapangan terbang berkenaan? Siasatan polis tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan ‘orang dalam' yang bersekongkol sehingga dadah itu melepasi kawalan keselamatan begitu sahaja. Dalam serbuan itu, polis turut menahan 11 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
|
No response to “BERITA”
Post a Comment