|
|
Pandora Box kes Teoh: Siapa takut kena baling batu…siapa sembunyi tangan? |
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memilih jalan sama seperti pemimpin-pemimpin pembangkang lain ketika berdepan isu dakwaan kemungkinan adanya penyelewengan membabitkan Exco kerajaan negeri yang diketuainya.Pemimpin PKR itu turut menuduh laporan laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan Exco terbabit mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock sebagai bertujuan memberi pandangan buruk kepada pihak disasarkan.Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diselia oleh Exco terbabit.Lebih menariknya Khalid mahu penulis blog bersikap dan bertindak secara ‘gentleman’ dengan mendedahkan identiti mereka bukannya ‘baling batu,sembunyi tangan’.Malah mengulas lebih lanjut dakwaan yang sudah diketahui umum sejak Jumaat, beliau berkata, pihak yang mempunyai sesuatu dakwaan perlu melaporkan kepada pihak pihak berkuasa bukannya melaporkan di dalam blog.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-26/7/2009 (Berita - brita ini dari Agnda Daily, 26 Julai 2009) |
ISA: Abdullah disaran sertai Pakatan Rakyat
Mohd Sabri Said | |
PERMATANG PAUH, 26 Julai (Hrkh) - Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disaran menyertai PAS atau Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) segera setelah sekata dalam usaha memperjuangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. Menurutnya, walaupun sudah pencen daripada sebarang jawatan kerajaan kata-katanya masih berbisa dan merupakan tamparan hebat pada Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila turut menyuarakan ketidak setujuan terhadap akta zalim itu. "Pak Lah jangan berlegah lagi marilah bersama PAS atau KeADILan kerana suaranya pasti berbisa jika berada dalam Pakatan Rakyat. Jika bersama Umno dan BN apa yang diperkatakan ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan sekarang, " ujarnya ketika berceramah di Taman Guar Perahu, Penanti semalam. Baginya, jika Tun Abdullah masih kekal dalam Umno pastinya Umno sendiri akan melebelkan dirinya sebagai pengkhianat tambahan lagi datuknya, Tuan Guru Abdullah Fahim merupakan aktivis pergerakan Islam sehingga membawa penubuhan PAS pada awalnya. Lebih-lebih lagi rakan seperjuanganya, seperti bekas menteri dan bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming serta terbaru bekas Naib Presiden MIC, S.S. Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan. Kata Haji Mohamad, dua orang ternama dalam parti MCA dan MIC tidak teragak-agak membuat pilihan tepat apatah lagi Tun Abdullah yang dimalukan agar turun lebih awal daripada tarikh persaraan sebenar setelah didesak oleh orangnya sendiri setelah menunjukan prestasi terburuk dalam pilihanraya umum ke 12 lalu. "Pak Lah buatlah pilihan yang tepat di usia yang ada kerana jika bertanding jawatan Tok Siak pun belum tentu menang kerana Umno dan penyokongnya tidak pandang pengalaman tetapi kuasa. Siapa yang berkuasa dipuji tapi bila pencen atau jatuh dalam politik diketepikan, " tambahnya dalam program Pemansuhan ISA anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Turut berceramah sama dalam program 'Roadshow' Gerakan Mansuh ISA (GMI) peringkat Negeri itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan wakil Dema yang mewakili Mahasiswa. |
Mahfuz selar kenyataan Noh Omar
Intan Abdullah
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar kenyataan Menteri Pertanian, Dato' Noh Omar yang melarang pegawai-pegawai di kementerian berkenaan daripada menghadiri sebarang kursus, seminar ataupun mesyuarat yang diadakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kita minta agar beliau benar-benar memahami bidang kuasa kerajaan negeri, kerajaan pusat termasuklah kementerian," ujarnya kepada Harakah.
Sambil menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai tidak bijak, Mahfuz menegaskan bahawa alasan yang diberikan oleh Menteri yang berkenaan tidak munasabah.
"Keputusan yang dibuat menteri ke atas pegawai agensi dan Kementerian Pertanian supaya tidak hadir ke program anjuran kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu keputusan yang tidak demokratik dan tidak munasabah," kata Mahfuz.
Dalam satu kenyataan Noh yang dikeluarkan Utusan Malaysia muka surat 3 pada 22 Julai lalu, beliau dilaporkan sebagai berkata alasan yang diberikan iaitu kegagalan kerajaan negeri memberikan dana dan sumbangan kepada jabatan serta kementerian.
"Jika dilihat kepada negeri selain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, adakah mereka memberikan sumbangan yang lebih kepada kementerian tersebut berbanding negeri Pakatan Rakyat?" ujar Mahfuz.
Tegasnya, sumber yang dimiliki kerajaan negeri adalah terhad berbanding kerajaan pusat.
"Sebaliknya, kerajaan negeri telah memberikan sumbangan yang bermakna kepada kerajaan pusat khususnya berkaitan hal ehwal tanah.
"Mereka kena terima hakikat bahawa mereka memerlukan sumbangan kerajaan pembangkang kerana tanpa kerjasama kerajaan negeri yang memberikan tanah, sudah tentu kementerian tidak boleh menjalankan sebarang pembanguann pertanian," katanya lagi.
Ahli parlimen Pokok Sena itu turut menyifatkan kenyataan Noh itu sebagai seorang yang tidak berpendidikan.
"Ia kenyataan seorang pemimpin yang tidak bersekolah, nampaknya beliau perlu masuk belajar di Tadika Kemas semula," demikian ujarnya.
(Dua berita ini dari Harakah Daily, 26 JUlai 2009)
No response to “BERITA”
Post a Comment