Belia digesa jangan terpedaya dengan pimpinan Najib
Nyza Ayob
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Sekiranya benar bahawa golongan belia menyatakan sokongan padu terhadap kewibawaan Perdana Menteri, Dato'Seri Najib Tun Razak, golongan ini juga seharusnya mendesak agar penubuhan Suruhanjaya DiRaja adalah untuk menyiasat kes kematian misteri Teoh Bang Hock.
Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar berkata demikian sewaktu mengulas mengenai hasil tinjauan Yayasan Kerjasama Malaysia bahawa 64 peratus golongan belia berpendidikan tinggi di Malaysia menyakini kepimpinan, keupayaan dan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.
Jelas Fidaus, golongan belia tidak seharusnya terpedaya dengan tawaran Barisan Nasional sehingga melupakan segala 'jenayah politik' yang telah dilakukan oleh parti itu.
"Golongan belia yang akan memimpin negara tidak seharusnya mengabaikan isu seperti kronisma serta jenayah politik yang dilakukan oleh pemimpin negara. Tidak sepatutnya apabila mereka mendapat sogokan atau umpan dengan melupakan segala bentuk ancaman serta politik di negara ini.
"Kita tidak mahu golongan belia yang mendabik dada seterusnya menyatakan Najib adalah yang terbaik sedangkan banyak kegagalan yang tidak dapat dilaksanakan dalam memajukan golongan belia termasuk fungsi Kementerian Belia dan Sukan itu sendiri,"katanya.
Tambahnya lagi, kebangkitan sebahagian golongan belia hari ini dalam menegakkan keadilan seperti dalam Himpunan Bersih serta Himpunan Mansuhkan PPSMI membuktikan mereka semakin matang dalam menilai apa yang dilakukan kepimpinan negara.
Justeru katanya, golongan belia sekali lagi harus menyatakan pendirian mereka membantah kezaliman yang dilakukan kerajaan dengan menyertai perhimpunan Mansuh pada 1 Ogos nanti.
-------------------
Kuliah isu babi untuk Umno Kedah
Zulkifli Yahaya
UNTUK kali ketiga Umno di Kedah telah berjaya menghasut orang kampung untuk mengadakan demonstrasi membantah (apa yang disifatkan mereka) kewujudan pusat ternakan babi di tempat mereka.
Demonstrasi yang diadakan di Sungai Tok Pawang itu mengecam kerajaan negeri kerana kononnya membenarkan pembukaan pusat babi di kampung itu.
Demonstrasi pertama berhubung isu babi ini didakan di Jabi. Ia diikuti dengan demonstrasi di hadapan Majlis Daerah Pendang. Semua dalang dalam demonstrasi itu adalah pemimpin Umno tempatan. Buktinya setiap kali demonstrasi diadakan, pemimpin Umno yang turut hadir muncul memberi ulasan.
Babi sangat sensitif dengan orang Melayu. Mudah sangat bagi Umno membangkitkan kemarahan orang kampung (yang tidak faham isu sebenar) terhadap pihak lain, terutamanya terhadap kerajaan negeri Kedah, iaitu hanya dengan menjaja cerita kononnya kerajaan negeri akan membenarkan pusat babi akan dibuka di kampung mereka.
Sejak dulu, kini dan selamanya, Umno akan terus menerus memperdaya orang Melayu dengan isu-isu yang tidak berpijak di bumi nyata.
Saya pernah menulis keluaran lalu bahawa kewujudan pusat pemotongan babi tidak semudah membuka gerai roti canai tepi jalan. Tetapi hendak menjelaskan sesuatu isu kepada Umno bukan perkara mudah.
Hendak cerita bab hukum hudud terpaksa ambil masa berpuluh tahun untuk fahamkan mereka (itu pun sampai sekarang masih belum faham) inikan pula nak cerita isu babi yang tidak pernah tercatat dalam mana-mana kitab terdahulu dan tidak diajar pula di surau-surau.
Saya akan cuba menceritakan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ahli-ahli Umno supaya lepas ini mereka tidak ghairah lagi untuk adakan demonstrasi demi demonstrasi setiap kali terdengar ura-ura pusat pemotongan babi akan diadakan di sesuatu tempat.
Cadangan dari pengusaha
Pertama, cadangan mewujudkan pusat pemotongan babi mestilah datangnya dari pengusaha. Ia bukan datang dari Menteri Besar atau anggota Exconya. Menteri Besar dan Exco bukan pengusaha babi.
Banyak kerja lain mereka nak buat untuk kesejahteraan rakyat. Pengusahalah yang mesti bertungkus lumus ke hulu ke hilir mencari tapak yang difikirkan sesuai.
Jika dalam setiap demonstrasi isu babi tajaan Umno mereka mengecam kerajaan negeri kerana kononnya bercadang 'mahu membuka pusat babi', itu adalah tuduhan tidak betul. Cadangan lokasi semuanya datang dari pengusaha.
Lokasi di Jabi, Pendang dan Sungai Tok Pawang; semuanya baru di peringkat cadangan. Sewaktu peringkat cadangan, Umno tidak perlu kerah orang kampung membantah lagi kerana terdapat beberapa proses yang terpaksa dilalui oleh pengusaha.
Setelah pihak berkuasa tempatan menyiasat Jabi dan Pendang, ia tidak sesuai kerana tiada zon penampan dengan kawasan penempatan orang ramai.
Di mana tempat pun pengusaha perlu dapatkan sokongan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan, pihak penguasa tanah dan Jabatan Alam Sekitar. Semua jabatan tersebut menetapkan piawaian tertentu sebelum memberi kelulusan. Salah satu jabatan tidak beri sokongan maka permohonan akan tertolak. Pengusaha perlu cari lokasi lain pula.
Mungkin pengusaha boleh guna 'cara mudah' iaitu menyogok pegawai dari jabatan yang memberi kelulusan. Tapi kaedah itu juga sukar untuk berlaku kerana para pegawai tahu dosa pahala, atau sekurang-kurangnya mereka takut akan siasatan SPRM.
Mereka mungkin pernah bermimpi dibelasah dan dihumban melalui tingkap oleh penyiasat SPRM. Walaupun cuma mimpi, tapi menakutkan juga.
Selepas tiga pihak tadi memberi kelulusan, barulah sokongannya diajukan kepada menteri berkaitan. Menteri yang berhak keluarkan permit pusat pemotongan babi, berasaskan sokongan tiga pihak tadi. Menteri juga berhak untuk tidak keluarkan permit walaupun disokong tiga jabatan tadi.
Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sebagai bakal Menteri Besar Kedah oleh sebahagian ahli Umno menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak menjelaskan kepada penduduk tempatan mengenai pembukaan pusat pemotongan babi. Sebab itulah, katanya, berlaku demonstrasi bantahan oleh penduduk. Dato' Bashah rupanya termasuk di kalangan ahli Umno yang tidak faham.
Kerajaan akan menerangkan kepada rakyat setelah lokasi tersebut diluluskan oleh Menteri. Pihak berkuasa tanah, kerajaan tempatan dan Jabatan Alam Sekitar akan diminta memberi penjelasan kepada penduduk tempatan. Kalau baru di peringkat cadangan, apa yang hendak dijelaskan kepada rakyat? Lulus ke tidak pun belum tahu.
Umno nampaknya beriya-iya sangat nak menjuarai isu babi bagi menarik sokongan rakyat, khususnya orang Melayu. Sebenarnya mereka tersilap. Penutupan pusat babi haram di Kampung Berjaya yang tidak dapat dilakukan oleh Umno selama 30 tahun, sewaktu jadi kerajaan, cukup untuk jadi pukulan maut kepada Umno.
Umno patut cari isu lain untuk mencari pengaruh, bukan isu babi. Walhal sewaktu jadi kerajaan dulu, Umno tidak pernah sentuh isu babi.
Di Sungai Tok Pawang. Nun dicelah bukit sana dikhabarkan terdapat ladang babi haram yang dibuka secara kecil-kecilan. Orang kampung semua tahu, tapi tidak pula kedengaran dulu Umno mengadakan demonstrasi membantah.
Tiba-tiba apabila terdapat ura-ura sebuah pusat pemotongan babi mahu diwujudkan di situ, wujud pula bantahan. Sepatutnya mereka lega dengan adanya pusat pemotongan sebab ia akan 'menghapuskan' babi-babi yang diternak.
Pernah terjadi sewaktu bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sedang berucap di sebuah perhimpunan rakyat yang diadakan di sebuah kampung Siam di Daerah Pendang, seekor babi terlepas dari kandang dan meluru di celah-celah orang ramai sehingga menimbulkan kegemparan.
Secara spontan Dr Mahathir berkata, "Biag pi lah, dia pun nak mai dengag (ucapan) jugak ...."
Di sekitar perkampungan masyarakat keturunan Siam itu, mereka membela babi macam orang Melayu bela kambing empat lima ekor di tepi rumah. Tidak pernah terdengar pula sejak dulu ahli-ahli Umno atau wakil rakyat BN setempat buat demonstrasi membantah orang Siam bela babi dalam kampung.
Sekarang baru nak jadi juara babi, tak payahlah .
(Dua berita ini diambil dari Harakah Daily,25 Julai 2006).
*** ***
Penulis blog jangan baling batu sembunyi tangan: MB Selangor
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihak yang mempunyai dakwaan berhubung sesuatu penyelewengan perlu bertanggungjawab melaporkannya kepada pihak berkuasa dan bukan setakat mendedahkan dakwaan itu di dalam blog.
Abdul Khalid berkata penulis blog mesti bertindak secara 'gentleman' dengan mendedahkan identiti mereka dan bukan 'baling batu sembunyi tangan'.
Beliau berkata kerajaan negeri mengalu-alukan tindakan (melaporkan) itu bagi membuktikan kesahihan dakwaan.
"Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan menulis dalam blog saja tetapi bawa ke pihak yang perlu ambil tindakan. Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pesta Buku Negeri Selangor 2009 di sini hari ini.
Abdul Khalid diminta mengulas dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.
Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco terbabit.
Penulis blog itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘T4TBH’ atau ‘Truth for Teoh Beng Hock turut mendakwa Teoh telah meninggalkan salinan bukti berupa senarai lebih 300 projek kecil itu.
Abdul Khalid berkata ada laman blog yang diwujudkan bertujuan untuk memberi satu pandangan buruk kepada pihak yang disasarkan dan beliau berharap setiap penulis blog mempunyai etika tertentu supaya maklumat yang dikemukakan sahih.
Ditanya sama ada kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan laman blog itu, beliau berkata: "Kita pantau. Kalau betul dakwaan benar-benar berlaku kita ambil tindakan tetapi sekarang kita harap bloggers jangan jadi agen kepada pihak tertentu kerana mereka (bloggers) dianggap kumpulan yang hormati 'press freedom' (kebebasan akhbar) dan keadilan kepada masyarakat".
"Kita bagaimanapun tidak akan mencari identiti penulis blog ini kerana ia ternyata membuang masa. Kita mesti terima hakikat bila kita adakan 'an open and transparent society' kita akan hadapi keadaan ini tetapi rakyat sendiri punya fikiran matang dan mereka boleh nilai yang mana betul dan yang mana tidak betul," katanya.
-----------------
2 perompak rumah Mawi mati ditembak polis
KULAIJAYA: Dua perompak dipercayai warga Indonesia ditembak mati selepas merompak rumah penyanyi terkenal, Mawi di Felda Taib Andak, di sini, pagi tadi.
Difahamkan, polis yang mendapat maklumat mengenai cubaan merompak rumah Mawi itu, kira-kira jam 4 pagi, bertindak mengejar empat perompak terbabit yang melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit berhampiran.
Kumpulan perompak itu kemudian cuba menyerang polis menggunakan parang menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan mengakibatkan dua terbunuh manakala dua lagi berjaya melarikan diri.
(Dua berita ini diamabil dari beritt Harian Online - Bernama, 25 Julai)
*** ***
Ikut undang-undang - Najib
Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my
NAJIB Tun Razak bersama Peter Chin Fah Kui (tiga dari kiri) mendengar taklimat ringkas mengenai bangunan baru daripada Ketua Pegawai Operasi Pusat Tenaga Malaysia, Ahmad Zairin Ismail selepas melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara dan merasmikan bangunan Pejabat Tenaga Hijau (GEO) di Bangi, semalam.
BANGI 24 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan penubuhan Suruhanjaya Diraja dan inkues berikutan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
Perdana Menteri berkata, inkues itu diadakan berikutan undang-undang bersabit dengan kematian seseorang individu termaktub dalam Kanun Acara Jenayah (KAJ).
''Penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat peraturan berkaitan soal siasat yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula selaras dengan aktanya yang tersendiri.
''Sebenarnya kita membuat keputusan berdasarkan kepada peruntukan sedia ada dan kita kena patuh kepada undang-undang. Janganlah hendak cari kesempatan daripada kejadian ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara dan merasmikan bangunan Pejabat Tenaga Hijau (GEO) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.
Beliau mengulas desakan keluarga Setiausaha Politik Exco Selangor itu dan Majlis Peguam supaya peranan Suruhanjaya Diraja berkenaan diperluaskan bagi menyiasat punca kematian Beng Hock.
Rabu lalu, Najib mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju mewujudkan Suruhanjaya Diraja dengan terma-terma khusus untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunakan oleh SPRM dan satu inkues diketuai seorang majistret pula akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Beng Hock.
Beliau berkata, adalah tidak perlu dibangkitkan kenapa siasatan punca kematian hanya dibuat menerusi inkues kerana matlamatnya adalah sama iaitu untuk mengetahui punca kematian dan kebenaran.
''Kita hanya berminat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, baik menerusi Suruhanjaya Diraja ataupun inkues. Kita akan mencari kebenaran dan kebenaran akan diumumkan kepada orang ramai,'' katanya.
Perdana Menteri juga mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu kematian Beng Hock sebagai modal politik.
''Perkara yang paling penting ialah tiada mana-mana pihak yang cuba mendapatkan faedah politik daripada isu ini.
''Sebaliknya tumpuan kita ialah untuk mendapatkan kebenaran dan kemudiannya memberitahu kepada keluarganya apa yang sebenar telah berlaku," ujarnya.
Ditanya mengenai hasrat keluarga mendiang Beng Hock untuk menemui beliau, Najib berkata, beliau sedia menemui mereka jika kunjungan itu adalah dengan matlamat untuk menegakkan undang- undang.
(Dua berita ini diambil dari Utusan Online, 25 Julai 2009)
***
ECONOMIC LIBERALISATION: WEALTH FOR ALL
While the government's efforts to revive and diversify the economy is laudable, it must make sure the wealth garnered is distributed equitably. In recent decades, income gaps among the races have widened.
THE MOVES BY PRIME MINISTER DATUK SERI Mohd Najib Abdul Razak to further widen and diversify the base of the nation's economy is commendable.
The Star newspaper, on June 23, reported that the Prime Minister would unveil a number of significant liberalisation measures in the next few weeks.
The target is the services sector. With the new measures, Mohd Najib hopes the share of the services sector will increase from its current 55% to 70%.
`We are not liberalising to conform to some new economic orthodoxy nor is it for the sole purpose of attracting foreign investments and capital,' said Mohd Najib, who is also Finance Minister.
`Our objective is clear: to ensure that Malaysians - our people and companies — benefit from the competitive dynamics that are shaping the global marketplace for ideas, talents and funds so that we can emerge stronger, become more globalised and ultimately thrive in this new world order,' he said in his keynote address at the Seventh Heads of Mission Conference in Putrajaya.
In April, Mohd Najib announced the liberalisation of equity ownership of 27 services sub-sectors, which, in effect, abolished the New Economic Policy (NEP) Bumiputera shareholding requirements.
Mohd Najib's assurance is in line with his `people first, performance now' slogan. Opening up the economy and creating more wealth must go hand in hand with the promise of fairer distribution.
While the dynamics of the services industry as a measure of economic progress is well understood, the government must continue to be mindful of the fact that the same dynamics could lead to a further widening of the income gap among the races.
As a rule, the more mature an economy, the larger is the share of the services sector.
There's no doubt that the services sector is the lynchpin in job creation, but in the Malaysian context, it could also be the harbinger of bad news for those who are unable to participate effectively in it.
Already, the lower end of the services sector employment is being exclusively populated by Bumiputeras in competition with cheap, unskilled foreign workers.
This must stop if Mohd Najib wants to be remembered as the Prime Minister who pioneered the iMalaysia policy. There cannot be iMalaysia if the majority race continues to be left behind and the income gaps among the races continues to widen.
Unless his liberalisation efforts are accompanied by a comprehensive employment policy that safeguards the interest of local workers, Mohd Najib's lofty plans might be hijacked and sabotaged by unscrupulous employers, the blood-sucking employment agents and corrupt civil servants and politicians.
Additionally, the expansion of the services sector should not be at the expense of the existing key sectors, in particular, agriculture, which has time and again proven to be the saviour during hard times.
Special attention must be given to food production as global warming and rising demand are causing widespread food shortages and escalating prices. Malaysia is blessed with fertile land and a suitable climate to became a major food producer.
Unfortunately, in recent decades, the celebration of manufacturing is happening at the expense of agriculture. Ministers and civil servants are paying lip service to agriculture, in particular, the smallholding sector.
This must change if Malaysia is to achieve self-sufficiency in food, and stall the demise of smallholding agriculture, in particular, rice growing.
For example, our rice imports increased from 700,000 tonnes in 2007 to 900,000 tonnes last year.
WHITHER THE IPCMC
ON June 21, the New Sunday Times reported that Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein wanted to revisit the 125 recommendations of the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police.
The new broom at the Home Ministry was quoted as saying that he would be retracing steps to see if the recommendations had been carried out and if they had made an impact.
Without going into detail as to which recommendations he wanted to address, the minister said he was aware that the people still had a negative perception when it came to the force and that police officers still had grievances that had to be looked into.
`I think we need to revisit those recommendations together with the Inspector-General of Police, look at them carefully again.
`If there are proposals that have not taken off yet, we want to expedite them.'
Four years ago, the Commission handed its report to the Government of then Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi.
The Commission, among other things, looked into three main areas of reform for the force, namely, crime reduction, the eradication of corruption and observing human rights.
Among its key recommendations was the setting up of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC), which is yet to see the light of day.
Last year, the government said it had implemented more than 80% of the recommendations and the rest, which were not taken up, were still being studied.
Asked if he felt the recommendations had not been carried out properly, Hishammuddin said he would be looking at the matter closely.
The next day, the New Straits Times, quoted the Deputy Inspector-General of Police, Tan Sri Ismail Omar, as saying that most of the 2005 recommendations had been implemented.
Increasing enforcement
I COMMEND the minister for caring to revisit the work of the Commission. There is considerable uncertainty concerning the implementation and monitoring of the recommendations by the government and the PDRM.
As a member of the Commission, I hope Hishammuddin makes the implementation and monitoring of the recommendations the basis of his efforts to improve the Royal Malaysian Police.
I see the implementation of the report of the Commission as one of the key elements in enhancing not only the image of the police, but also the image of the Barisan Nasional (BN) Government.
There is no need to remind Hishammuddin that the formation of the Royal Commission in 2004 was a key element in the reform package of the Abdullah Administration.
The Commission was announced just weeks before the 2004 general election when the BN received the highest ever mandate in history.
The victory was attributed partly to Abdullah's promises of a more efficient and corruption-free government.
Since then, however, the implementation of the reform package, including the report of the Commission, had not only faltered but in some cases regressed, resulting in the BN being resoundingly punished in last year's general election.
The highlight of the Commission's report was the proposed formation of the IPCMC, which remains unimplemented despite repeated promises by Abdullah himself.
If Hishammudin is serious in his promise, then he has to make sure that the implementation of the Commission's recommendations is accompanied by close monitoring and supervision.
All information concerning the implementation of these recommendations must be shared with the public so that they are aware of the goings-on in the PDRM and are able to cooperate with the force.
Given the faltering law and order situation in the country, due partly to the difficult economic situation and growing civil disobedience, the formation of the IPCMC should be treated with urgency.
E-MAIL: AKADIRJASIN@BERITAPUB.COM.MY
BESIDES MALAYSIAN BUSINESS, KADIR ALSO CONTRIBUTES TO LOCAL BAHASAMALAYSIA AND ENGLISH PUBLICATIONS. HE ALSO BLOGS AT www.akadirjasin.com
(This news from Agenda Daily, 25 JUlai 2009)
No response to “BERITA”
Post a Comment