SASTERA MELAYU

PANTUN


( 7 )


Hang Jebat Hang Kasturi,
Budak - budak Raja Melaka;
Jika hebat jangan dicuri,
Mari kita bertentang mata.


Gadis manja berbaju merah,
Datang dari Kuala Lipis;
Kasih sahaja tidak berserah,
tanda kasih sangat nipis.


Kajang tuan kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang tuan dagsng bertempat,
Dagang saya menumpang lalu,

Cik Nona gadis Melayu,
Baru tamat dari universiti,
Keris saya keris berhulu,
Alah tidak, sangup mati.


Buai lalu - laju,
Sampai balik sana;
Apa dalam baju?
Kuntum bunga sena.

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment