BERITA POLITIK



Isa dituntut selesai 'hutang' dengan peneroka Felda
Hamdan MS
TELOK KEMANG, 7 Okt: Calon Barisan Nasional di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad perlu melunaskan "hutang" dengan peneroka Felda Senayan dan LBJ.

Masalah yang menimpa peneroka-peneroka ini bermula semasa Isa menjawat jawatan menteri besar dan masih tidak dapat diselesaikan hingga sekarang.

Salah seorang peneroka terbabit, R Thangam yang hadir di sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Teluk Kemang di sini mengecam keras bekas menteri besar terbabit yang didakwa bertanggungjawab dalam kes ini.

Menurutnya lagi, pada tahun 1996, pihak kerajaan telah mengambil tanah peneroka Felda Sendayan secara paksa dan sehingga kini gagal menyelesaikan pembayaran kepada peneroka Felda tersebut.

R Thangam juga mendakwa bahawa walaupun laporan dibuat kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada ketika itu, namun semuanya menemui jalan buntu.

Dalam perjanjian tersebut, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan telah bersetuju untuk memberi 2 ekar tanah pertanian yang bernilai RM348,500 dalam pakej yang disewrtakan dengan sebuah rumah.

Pihak PKNNS juga berjanji akan membayar seluruh amaun tersebut.

Peneroka pada walnya telah dijanjikan tanah lot dan 2 ekar tanah pertanian, namun disebabkan kemerosotan ekonomi pada ketika itu, perlaksanaan pembelian tersebut dianggap gagal.

Justeru itu, pihak kerajaan negeri mula memajakkan tanah tersebut kepada Syarikat ZNB Enterprise tanpa pengetahuan mereka.

Namun rancangan kerajaan negeri baharu di bawah Datuk Mohd Hassan juga menampakkan penyelewengan apabila rekod menunjukkan Syarikat Tanah Datar yang dipajakkan telah dibatal pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Syarikat.

Menurut R Thangam lagi, perkara tersebut juga telah dilaporkan ke Biro Pengaduan Awam Putrajaya pada Jun 2008.

Seorang lagi peneroka, Saparudin Mohd Yasin juga mendakwa bahawa pihaknya juga telah dibohongi oleh kedua pimpinan itu.

Menurutnya, segala keputusan pada waktu itu ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK) pada waktu itu.

Saparudin menjelaskan bahawa perkara itu masih belum dapat diselesaikan sehingga kini.

Mereka juga mengatakan bahawa pihak menteri besar sengaja tidak mahu bertemu untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Felda LBJ yang telah dijual kepada Tabung Haji oleh PKNNS kini dinamakan Bandar Enstek.

----------------------

Nilai untung rugi sebelum memilih calon

Dzulfikar Mashoor
TELOK KEMANG, 7 Okt: Pengundi Bagan Pinang diminta menilai dengan teliti apa yang mereka dapat jika calon Umno menang dan apa yang mereka dapat jika calon Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil kali ini.

Bagi Pengarah Bersama Jentera PAS untuk pilihan raya kecil ini, Dr Dzulkefli Ahmad rakyat paling banyak untung jika calon PAS menang dalam pilihan raya ini.

"Jika PAS menang, Umno akan cuba memperbaikkan partinya yang terlalu banyak dipalitkan dengan isu rasuah, pembaziran, projek terbengkalai di peringkat kerajaan negeri.

"Bila itu berlaku, rakyatlah yang paling banyak mendapat manafaatnya.

"Jika Isa menang, Umno akan kian angkuh membawa pembangunan palsu untuk kepentingan kroni-kroninya dan rakyat tidak akan dapat apa-apa.�

Demikian penegasan Dr. Dzulkifli Ahmad, pagi tadi, apabila ditanya untung rugi memilih calon Pakatan Zulkefli Mohamad Omar atau calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Image(Gambar: Pilih Isa bermakna Umno dan BN akan kekal dengan kemusnahan yang dibawanya, kalau pilih Zul, Umno akan berubah supaya tidak rebah)

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menganggap beberapa pendedahan rasuah yang dipalitkan pada peribadi Isa itu membuktikan Isa tidak berupaya mengurus tadbir kerajaan negeri mahupun Dun kelak.

Beliau yang sebelum ini menyifatkan Isa sebagai ikon pembangunan palsu; mengajak rakyat menghitung pembangunan yang sedia ada di Port Dickson, sama ada benar-benar mengutamakan kualiti hidup rakyat atau mementingkan kroni-kronik tertentu dalam Umno sahaja.

Jika Umno menang, Umno akan kekal bongkak, angkuh, tidak mementingkan rakyat dan mengekal sistem pemerintahan korup yang ada.

Namun, jika Umno kalah, parti pemerintah di peringkat pusat itu akan berubah kerana takut rebah dan mengutamakan rakyat.

Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tokoh Umno yang begitu lantang mengkritik pencalonan Isa.

"Rasuah berleluasa kerana pemimpin tetap diberi sokongan walaupun tetap terbabit," tegas Mahathir.

Image

(Gambar:Isa membawa pembangunan palsu di Telok Kemang)

Bekas Perdana Menteri ini sehingga sekarang bertegas tidak mahu turun ke sini, berkempen untuk Isa yang diketahui khalayak melazimi rasuah.

Dalam perkembangan berkaitan, calon Pakatan Rakyat Zulkefly dilihat tidak mempunyai maslaah integriti berbanding Isa.

Zulkefly yang pernah memimpin gerakan sukarelawan memperjuangkan isu-isu alam sekitar seperti No Incinerator Broga, sudah tentu diperlukan untuk menangani beberapa isu malar segar tempatan seperti pencemaran pantai-sungai, pembiakan lalat serta masalah sampah-sarap.

Manakala Isa yang pernah menjadi Adun Linggi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, dijangkakan berdepan pelbagai lagi kritikan, kerana rakyat sedang menghitung 22 tahun kepemimpinannya dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Isu pergantungan keahlian Isa selama 3 tahun kerana sah melakukan rasuah dalam Pemilihan Agong Umno (PAU) 2005, sehingga mendesak beliau melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan merencamkan lagi pelbagai tandatanya kepada calon taruhan Umno itu.

Perhitungan untung rugi antara Zulkefly dan Isa menyebabkan rakyat tidak mempunyai banyak pilihan; kecuali memilih pemimpin yang amanah, bersih serta berkemampuan mengurus tadbir kerajaan serta Dun kelak.

---------------

Mahasiswa bantah kenyataan Menteri

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Okt: Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) membantah kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap tindakan mahasiswa yang menolak sistem pengundian berkomputer, atau dikenali e-undi di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan menyifatkannya sebagai tidak menghormati hak asasi mahasiswa.

Timbalan Pengerusi MPMN, Hishamuddin Che Ali berkata kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan oleh Khaled Nordin terutamanya menyamakan tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu dengan sikap parti pembangkang.

"Apabila memperkatakan mahasiswa bersekutu dengan pembangkang atas isu e-voting ini, kami berasa terkilan dan terkejut dengan kenyataan ini kerana isu e-voting adalah isu hak asasi seseorang warganegara bernama mahasiswa, bukannya isu yang bersifat pro pembangkang," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Hishamuddin berkata kenyataan seperti itu tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa danMPMN mencadangkan agar mahasiswa duduk semeja dengan pihak kementrian terutamannya menteri itu sendiri.

"MPMN amat menghormati pendirian Menteri (Dato� Khalid) dan tidak mahu memanjangkan isu ini keranan ia tidak menguntungkan kedua-dua pihak ," katanya lagi.

Tetapi ujarnya lagi bahawa menjadi tanggungjawab Kementrian untuk menggesa semua pihak Universiti untuk menjalankan pilihanraya adil dan berdemokrasi dengan menggunakan sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballout paper), bukannya menggunakan sistem e-undi yang sebenarnya telah ditolak oleh 90 peratus daripada lebih kurang 200 wakil calon dalam pemilihan UMNO mac lalu.

ImageKaedah mengundi secara elektronik telah mula diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta dilaporkan akan digunakan di kampus-kampus lain yang dijangka akan mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK) bermula pada pertengahan bulan ini sehingga awal tahun depan, bergantung kepada keputusan di peringkat universiti masing-masing.

Dilaporkan bahawa penamaan calon bagi pilihan raya kampus UUM akan berlangsung Khamis ini, manakala pengundian dijadualkan pada 12 Oktober.

Sementara di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pula, penamaan calon akan bermula esok dan pengundiannya 14 Oktober ini.

MPMN katanya akan bersama-sama dengan gerakan mahasiswa lain bagi menbantah pengunaan sistem e-undi disebabkan oleh sistem yang boleh dimanipulasikan dan juga pengunaannya boleh mencacatkan pengamalan sistem demokrasi di negara ini.

"Adakah logik apabila pilihanraya di kampus menggunakan komputer untuk mengundi, tetapi apabila mengundi di luar, mereka ini (mahasiswa) akan menggunakan sistem manual," ujarnya yang juga merupakan Ahli Majlis Perwakilan Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam pada itu, Hisyamuddin turut mengulas tentang kenyataan beramaran Menteri bahawa pelajar yang dikenal pasti terbabit dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang akan dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Katanya ia adalah isu lapuk dan bukannya senjata ampuh untuk takutkan mahasiswa kerana mahasiswa sudah lama memijak-mijak akta ini termasuk pindaan terbaru serta tidak mengiktiraf akta zalim ini.

"AUKU sudah tidak relevan dalam kancah politik baru Malaysia dan jika pengunaan AUKU dikenakan kepada mahasiswa, ianya akan dilihat oleh kaca mata masyarakat sivil sebagai sesuatu yang tidak adil," tegasnya.

"Sekiranya pihak Kementrian beria-ia untuk kenakan mahasiswa dengan AUKU, sepatutnya mahasiswa UiTM Shah Alam yang berdemontrasi pada 12 Ogos tahun lepas yang perlu diambil tindakan terlebih dahulu dan bukannya melakukan pendakwaan secaa terpilih," ujarnya sambil menambah bahawa demontrasi haram mahasiswa UiTM adalah merupakan binding precedent case (kes duluan mengikat) bagi seluruh mahasiswa apabila berbicara soal AUKU.

Tambahnya lagi bahawa isu AUKU merupakan isu taboo bagi mahasiswa dan ianya perlu diselesaikan segera agar mahasiswa tidak takut dengan akta terbabit.

Justeru itu dilaporkan bahawa MPMN sedang menyiapkan laporan tentang kezaliman AUKU untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi laporan tahunan 2009.

Badan mahasiswa itu juga turut merancang untuk menghidupkan kembali Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dan akan melancarkan satu deklarasi mengenai Akta yang telah berusia 28 tahun itu dalam masa terdekat.

(Berita ini diambil dari Harakah Daily Online, 8 Oktober 2009)


****

Anwar – Isa... siapa benam siapa di Bagan Pinang

Selepas lima hari tempoh berkempen, pengundi dan penduduk Bagan Pinang sudah diuar-uarkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke kawasan pilihanraya kecil itu mulai Khamis dan membantu calon PAS hingga hari terakhir kempen pada Sabtu ini. Memang kehadiran Anwar yang sebelum ini sentiasa kurun berkempen dengan isu-isu sama dan lapuk dinanti-nanti pengundi Bagan Pinang kerana sejak awal kempen lagi, calon BN, Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad diyakini berpeluang cerah memenangi kerusi itu pada 11 Oktober nanti. Ada pihak di sini melabelkan pemimpin pembangkang itu ‘moriam buloh’.

Ada-ada saja...

PAS menyatakan parti itu mungkin akan memohon arahan mahkamah untuk menangguhkan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan ada yang didakwanya ‘hal-hal yang tidak betul’ dalam soal undi pos dan daftar pemilih. Naib Presidennya yang juga Pengarah pilihan raya kecil berkenaan, Salahuddin Ayub hari Selasa mendakwa merea mempunyai bukti kukuh mengenai perkara berkenaan. Katanya, akan bertemu dengan SPR bagi membincangkan perkara tersebut.
(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 8 Oktobere 2009)





No response to “BERITA POLITIK”

Post a Comment