BARISAN NASIONAL MENANG
Oleh: Mokhtar Petah
Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan, pada 11 Oktober ini, Tan Sri Mohd. Isa Samad akan madapat kemenangan mudah kerana sebilangan pengundi berharap beliau akan kembali memegang jawatan Menteri Besar negeri tersebut.Isa Samad bekas Menteri Besar, salah seorang dari tiga Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad yang aktif melaksanakan pembangunan Negeri Sembilan sehingga negeri tersebut maju besama Negeri Selangor, Melaka dan Perak.Dua Menteri Besar, Tsan Sri Muhammad bin Mohd. Taib (Selangor), Tan Sri Ramli Ngah Talib (Perak) dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Rahim Tambny Cik (Melaka).Negeri Sembilan akan kembali pesat membangun jika Isa Samad menerajui negeri tersebu semula, kerana Menteri Besar sekarang, Dato’ Seri Mohamad Hassan terdapat banyak kelemahannya sehingga sebilangan besar penduduk luar bandar negeri itu hidup dalam keadaan ’mendengar guruh di langit menadah tepapayan kosong, tempayan pecah hujan tidak turun jua’.Isa Samad adalah di antara beberapa orang tokoh penting UMNO yang diistiharkan oleh Lembaga Disiplin parti politiki tersebut telah terlibat dengan politik wang.Kemerusutan undi yang akan diterima oleh beliau adalah disebabkan ‘salah kerana politik wang’, iaitu sama dengan rasuah dan kerana UMNO Negeri Sembilan seperti di negeri - negeri lain dalam keadaan seperti ‘telur di hujung tanduk’ dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.Faktor utama, pada umumnya pengudi kawasan DUN Bagan Pinang tidak perpandangan jauh dalam arena politik tanah air, lebih - lebih lagi politik Islam dan politik sosialis; mereka lenbih mementingkan makan dan minum serta kesenangan hidupMereka memliki keyakinan yang kuat, hanya UMNO dan Barisan Nasional yang terdaya menyuapkan sesuap nasi beriani dan kiju ke mulut mereka serta kemewahan hidup mereka.Parti - parti politik lain tidak boleh diharap. Jika menang pun hana akan mrenjadi seperti ‘bangau jantan atas belakang kerbau betina dara’ sahaja.PAS tidak mempunyai kekuatan dalam kewasan Bagan Pinang, kerana sebilangan mereka yang berpengetahuan Islam lenbih cendrerung kepaada makan gaji dalam Karajan dari menyertai parti pembankang.Manakala Parti Keadilan Rakyat, dipandang oleh mereka sebagai sebuah parti politik yang akan mencuba merentap akar kemakmuran rakyat yang telah ditanam dengan subnur oleh Karajan pusat dan Karajan negeri pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.Jika Isa Samad menang, beliau tidak akan memberi apa - apa faedah kepada rakyat, jika beliau tidak memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan semula dan menghapuskan ‘suara naga berjalan semut’ oleh Menteri Besar sekarang.
No response to “POLITIK”
Post a Comment