skip to main | skip to sidebar

EDIT - Thinker

Editor - Petah Shahrir Aidid

  • Home
  • Posts
  • Comments RSS
  • Edit

BERITA

at 05:21 Sunday, 4 October 2009
Pulau Pinang ada dua YDP Majlis Agama
Ali Hashim
PULAU PINANG, 4 Okt: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kini mempunyai dua Yang Dipertua apabila Datuk Shahbudin Yahya memberitahu, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menghantar surat perkenan melantik bekas Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Ellias Zakaria sebagai YDP yang baru.

Shabudin yang mengaku masih YDP MAIPP kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Dewan Besar Sungei Dua.

Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Permatang Berangan berkata beliau sekarang masih meragui apakah status beliau sebagai YDP MAIPP masih sah atau sebaliknya setelah pelantikan baru dibuat pada Ogos yang lalu.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah menguar-uarkan untuk melantik Adun Permatang Pasir, Mohd Salleh Man apabila tempoh perkhidmatannya sebagai YDP MAIPP tamat pada akhir Disember 2009.

"Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri itu bukan saja membelakangkan perkenan Seri Paduka tetapi juga membohongi penyokong PAS bahawa Mohd Salleh akan dilantik sebagai YDP MAIPP," katanya.

Sebelum ini kedudukan Shabudin telah dipertikaikan kerana keengganan beliau melepaskan jawatan sebagai YDP MAIPP setelah kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Ekoran daripada itu Shabudin telah mendapatkan perkenan Seri Paduka untuk mengekalkan beliau sehingga Disember 2009 bagi menerajui MAIPP.

Namun begitu, isu ini berterusan sehinggalah ke hari ini apabila terdapat usaha daripada pemimpin Umno untuk menghalang jawatan YDP MAIPP ini daripada diterajui oleh pemimpin daripada Pakatan Rakyat.

Bekas Adun Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman dan Adun Sungai Bakap, Maktar Shapee sebelum ini telah diuar-uarkan akan dilantik sebagai YDP MAIPP bagi menggantikan Shabudin.

Namun begitu dengan campurtangan Umno jawatan tersebut telah dikekalkan sehingga akhir Disember tahun ini.

Kini Shabudin sudah sepatutnya melepaskan jawatan sebagai YDP MAIPP sejak Ogos yang lalu apabila beliau sendiri dengan secara sedar tahu bahawa pelantikan baru telah pun dibuat oleh Seri Paduka bagi menggantikan beliau.

Secara automatiknya beliau sudah tidak berhak lagi untuk menerajui MAIPP sebagai YDP sejak Ogos yang lalu.

Justeru itu supaya tidak digelar sebagai YDP haram maka adalah lebih baik baginya berundur bagi memberi laluan kepada Ellias untuk menerajui MAIPP walaupun dalam jangkamasa yang singkat sejak Ogos 2009.

Shabudin sepatutnya tidak berdolak-dalik dan menyalahkan kerajaan negeri yang membuat pemgumuman mengenai pelantikan Adun Permatang Pasir sebagai alasan untuk tidak melepaskan jawatan sebagai YDP MAIPP yang telah lama dinantikan oleh majoriti daripada rakyat dan umat Islam di Pulau Pinang.

------------------------

PAS yakin tentera bersama rakyat

Abdul Aziz Musta
BAGAN PINANG, 4 Okt: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin aanggota tentera yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan bersama-sama rakyat untuk mempertahankan negara ini dari serangan politik wang.

"Rakyat semakin berubah dan semakin berani menentang cengkaman kuasa mereka yang berkeras dengan rasuah dan politik wang.

"PAS yakin, anggota-anggota tentera pasti akan bersama-sama rakyat mempertahankan negara kita dari serangan rasuah dan politik wang," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut.

Menurut Salahuddin, pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah peluang kepada anggota-anggota tentera untuk menyatakan bahawa mereka tidak lagi boleh menerima wabak rasuah yang boleh mengancam nyawa mereka.

"Menentang rasuah adalah soal mempertahankan nyawa bagi angkatan tentera.

"Rasuah boleh mengakibatkan pembelian peralatan pertahanan yang mengancam nyawa seperti membeli kereta kebal yang disesuaikan harganya dengan kepentingan perasuah dan kemudiannya dipasang senjata berat sehingga tidak boleh digunakan untuk tujuan pertahanan.

"Perkara sedemikian, jika benar berlaku seperti yang dilaporkan sebelum ini, membuktikan bahawa rasuah akhirnya mengancam nyawa anggota-anggota tentera," kata beliau.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, belanjawan untuk pertahanan adalah antara yang tertinggi setiap kali belanjawan negara dibentangkan.

"Kita tidak menentang peruntukan yang tinggi itu kerana PAS amat menekankan supaya angkatan tentera kita mempunyai peralatan pertahanan yang terbaik dan canggih.

"Yang kita persoalkan ialah kenapakah kita terus mendengar annggota-anggota tentera menjadi korban kepada alat pertahahanan yang bermutu rendah atau terlalu tua usianya seperti kes helikopter Nuri dahulu yang digelar keranda terbang," kata beliau.

Salahuddin menggesa anggota-anggota tentera membuktikan kepada dunia bahawa mereka bukan kuda tunggangan untuk kepentingan kuasa pihak yang rakus dengan rasuah dan politik wang.

"Selama ini kita dengar Barisan Nasional (BN) begitu yakin akan menang mudah jika terdapat undi pos dari anggota-anggota tentera sehingga (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mendapat majoriti majoriti 22,922 undi di Pekan dalam pilihan raya 2004, antaranya setelah Kem Tentera Batu 10 Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan sedangkan dalam pilihan raya 1999, beliau menang dengan majoriti hanya 241 undi sahaja.

"Mengapa perkara itu berlaku? Saya dukacita dengan kata-kata yang mendakwa bahawa di mana ada undi pos, di situ pemimpin BN selamat.

"Saya tidak mahu anggota tentera kita dituduh bersubahat dengan para pemimpin BN sedangkan ramai dari mereka yang mengadu tidak pernah diberi peluang mengundi sedangkan kertas undi untuk mereka telah diundi oleh entah siapa," katanya.

Sebab itulah, tegas beliau, anggota-anggota tentera mesti mengambil peluang dari pilihan raya Bagan Pinang ini untuk mempertahankan maruah dan nama baik mereka.

Ditanya mengenai kehebohan yang tersebar luas yang mendakwa bahawa taktik "pujuk dan ugut" akan digunakan untuk memastikan tentera mengundi BN, Salahuddin yakin anggota-anggota tentera tidak boleh diperbodohkan sebegitu rupa.

"Saya yakin mereka akan bangkit mempertahankan habis-habisan maruah mereka yang diserang oleh taktik jahat sedemikian rupa dan bersama-sama kebangkitan rakyat yang memerangi rasuah dan politik wang," tegas beliau.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi di Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa, 2 KAD Kem Sunggala, IJED Kem Kg Sawah, IPDA Port Dickson, 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa, 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah, Sekolah Pertukangan Perintis dan Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI) Port Dickson.

(Dua berita ini diambil dari Harakah Daily, 4 Oktober 2009)


***** ******


PAS masih berharap menang, apa kata Zahid pasal undi pos




PAS masih berharap calon mereka, Zulkefly Mohamad Omar menewaskan Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang walaupun mengakui berdepan laluan sukar.

Selain memanipulasi isu undi pos yang didakwa tidak telus, parti itu memikirkan strategi lain bagi mencapai tujuan tersebut walaupun enggan mendedahkannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, strategi atau kaedah bagi setiap pilihan raya tentu berbeza termasuk akan digunakan pakatan pembangkang di Bagan Pinang.

Beliau percaya, kedudukan Bagan Pinang memudahkan maklumat melalui siber dan tulisan blogger sampai kepada pengundi.

“Di sini kedudukkannya di bandar dan pinggir bandar. Mereka (pengundi) dapat terima maklumat lebih cepat,” katanya kepada media ketika menunggu proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang selesai di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi Sabtu.

Katanya, walaupun peluang menang payah, tetapi ianya tidak mustahil kerana majoriti kira-kira 2,000 yang diperolehi BN pada pilihan raya umum lalu bukan terlalu besar.



Hadi menegaskan, parti itu akan berusaha mendapat lebih banyak undi pos berbanding kira-kira 1,200 yang diperolehi sebelum ini.

Kawasan DUN Bagan Pinang mempunyai 13,644 pemilih berdaftar termasuk 4,604 pengundi pos.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memperoleh 3,080 daripada 5,191 undi pos.

Sementara itu, Menteri Pertahanan,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Agendadaily, pihaknya memastikan dua cara dilaksanakan dalam pilihan raya kecil ini yang membabitkan pihak tentera.

Katanya, Kementerian Pertahanan tidak membenarkan mana-mana parti politik berkempan dalam kem.

Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, wakil-wakil calon dibenarkan menyaksikan proses pengundian dan penjumlahan undi.

“”Terdapat kira-kira 4,800 pengundi kalangan tentera dan mereka mengundi cara pos. Ada tuduhan pegawai pemerintah menjalankan amalan memangkah kertas-kertas undi pos yang sepatutunya dipangkah anggota tentera. Dua langkah ini dapat menunjukkan proses undi anggota tentera telus dan dakwaan itu tidak benar,” katanya.

Katanya, bagi pegawai dan anggota tentera yang tinggal di luar kem, kaedah serupa yang terbuka dilaksanakan.

“Mereka boleh undi calon terbaik yang mereka akan undi. Kita harap parti politik tidak memanipulasi isu undi pos dan pegawai yang tinggal di luar kem,” tegas Naib Presiden UMNO itu.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dengan Zulkefly, Pesuruhjaya Pas negeri itu.

(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 4 Oktober 2009)




No response to “BERITA”

Leave a response | Comments (Atom)

Post a Comment

« Newer Post Older Post »

Twitter

Twitter

    follow me on Twitter

    Labels

    • (( (1)
    • (Berita ini dari Harakan (1)
    • (Dari (1)
    • antara (1)

    Blog Archive

    • ► 2012 (284)
      • ► August (59)
      • ► July (71)
      • ► June (82)
      • ► May (71)
      • ► April (1)
    • ► 2011 (1)
      • ► March (1)
    • ▼ 2009 (593)
      • ► December (72)
      • ► November (103)
      • ▼ October (82)
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • SISIPAN SEJARAH
        • SASTERA MELAYU
        • SIAPA DIA INI?
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • ALLAH BENAR MANUSIA SALAH
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • SISIPAN SEJARAH NUSANTARA
        • KHUTBAH JUMAAT
        • SASATERSA MELAYU
        • BERITA POLITIK
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • TRAGEDI KAMPAR, PERAK
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • HADIS
        • BERITA POLITIKI
        • BERITA
        • BERITA
        • BUAH TANGAN DARI MONGOLIA
        • BERITA PILITIK
        • BERITA
        • MONGOLIA
        • BERITA POLITIK
        • BERITA
        • KHUTBAH JUMAAT
        • BERITA
        • B ERITA LUAR NEGARA
        • BERITA LUAR NEGARA
        • BERITA POLITIK
        • BERITA
        • BUKU BARU! AK...
        • KEKUATAN NEGERI SEMBILAN
        • KHUTBAH JUMAAT WILAYAH PERSEKUTUAN
        • BERIT ISTIMEWA
        • BERITA POLITIK
        • BERITA
        • BERITA SELATAN THAILAND
        • DARI SEJARAH MELAYU
        • CELON BARISAN NASIONAL MENANG
        • BERITA LUAR NEGARA
        • BERITA BARISAN NASIONAL
        • BERITA POLITIKI
        • BERITA
        • DARI SEJARAH MELAYU
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • BERITA POLITIK
        • BERITA
        • SISIPAN SEJARAH MELAYU
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA POLITIK
        • BERITA
        • POLITIK
        • BERITA
        • NEWS
        • BERITA
        • BERITA POLITIK
        • BERITA
        • SAJAK
        • SISIPAN SEJARAH MELAYU
        • Jika anda takut, ...
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA POLITIK
        • BERITA
        • SISIPAN SEJARAH MELAYU
        • SAJAK
        • IHUTBAH JUMAAT
        • BERITA
        • BERITA
        • POLITIK
      • ► September (101)
      • ► August (116)
      • ► July (119)

    Followers

     
    © 2009 EDIT - Thinker. Powered by Blogger
    Design by Subhadeep Bloggerized By LawnyDesigns