BERITA


IBU PEJABAT IMIGRESEN TIDAK BELAS KASIHAN

OKU DAN WARGA EMAS

P Putrajaya - Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato Hj. Abdul Rahman bin Othman diminta menaruh belas kasihan kepada Orang kurang upaya dan warga emas yang berurusan dengan bahagian pasport, di ibu pejabat Imigresen di sini, kerana tidak ada kemudahan bagi mereka seperti jabatan – jabatan kerajaan yang lain.

Beberapa orang kurang upaya dan warga emas yang ditemui di tempat memabaharui pasport semalam, bersungut, “ Apalah Ketua Pengarah Imigresen tak ada perasaan belas kasih kepada orang – orang macam kami ni...”

Seorang orang kurang upaya berkata, “ Di pejabat imigresen di sini macam tak ikut budi cara kerajaan, kami tak diberi kemudahan, tunggu dari pukul lkapan pagi hingga tengah hari, kadang samapai petang.”

Dua orang warga emas, seorang berusia 72 tahun dan seorang berusia 75 tahun, mengadu menggigil kerana tempat duduk tidak ada,kerana kerusi yang disedia tidaka cukup dan tidak ada kemudah bagi warga emas.

Beberapa orang pegawai di kaunter, pada ketika ditasnya megnenai kemudahan bagi warga emas dan orang kurang upaya, masing – masing menjawab, ” .... memang tak adaa kemudah bagi warga emas dan orang kurang upaya di sini.”

Selain dari itu kemudahan untuk berurusan mengambil pasport baru dan membaharui pasport hanya ada empat petak sahaja me nyebabakan urusan menjadiu lambat.

Walau bagaimana pun semua pegawai yang bertugas kelihatan menjalankan tugas masing – masing dengan gigih,dedikasi dan tangkas serta melayan pelanggan dengan mesra.

Komen orang ramai: Ibu pejabat Imigresen Putrajaya berada dalam kawasan moden, tetapi pentadbiran masih tidak berubah – cara lama dan tidak belkas kasihan kepada orang ramai.

No response to “BERITA”

Post a Comment