BERITA


Pas mohon akhbar tarik balik artikel Peristiwa Memali

KUALA LUMPUR: Parti Islam seMalaysia (PAS) hari ini mendesak akhbar Kosmo menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat; yang disiarkan semalam, mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.
Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad dalam kenyataannya amat kesal dengan artikel berkenaan yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS.
"Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum," katanya.

Pas juga, katanya mahu Kosmo memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dengan Peristiwa Memali serta parti itu.
Kamaruzaman berkata Pas akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya akhbar itu gagal menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka.

(Brita ini diambil dari Bernama, 27 Oktober 2009)

------------------

ANGGOTA bomba dan penyelamat membawa keluar mayat murid yang dijumpai di Sungai Kampar, hari ini selepas mangsa dihanyutkan arus deras dalam kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang, semalam. - Foto Ikhwan Munir.
(Brita ini diambil dari Bernama, 27 Oktober 2009).

---------------------

'Itulah hebatnya saya...'

KUALA LUMPUR 26 Okt. - "Itulah hebatnya (saya) barangkali."

Begitulah reaksi spontan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar) sewaktu ditanya perasaan beliau selepas disenaraikan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai salah seorang pemimpin yang perlu 'dibersihkan' daripada Pas.

Malah Mustafa turut menyifatkan dirinya paling tenang hari ini.

"Secara jujurnya saya tak rasa apa-apa pun berbanding yang lepas-lepas, Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebut nama begitu tak ada apa-apa, saya tak ada terluka.

"(Dulu) orang pernah kata saya macam-macam, tak jadi apa," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Pada sidang akhbar, Mustafa menangkis pelbagai soalan sensitif daripada wartawan dengan memberi jawapan bersahaja sambil ketawa kecil.

Politik dalaman Pas sekali lagi mencuri tumpuan nasional apabila Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas melalui blognya www.blogtokguru.com Jumaat lalu mencadangkan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan beberapa pemimpin bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan beliau ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Mustafa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa yang ditanya adakah beliau terkejut dengan tindakan Nik Abdul Aziz berkata:

"Secara tiba-tiba memang saya pun begitu juga...tapi awak tak usah masuk (tulis) saya terkejut nanti benda itu nampak parah sangat, saya tak terkejut."

Ditanya kenapa Nik Abdul Aziz mencadangkan EGM dan menamakan pemimpin yang perlu dibersihkan, Mustafa meminta wartawan bertanya kepada Nik Abdul Aziz sendiri.

"Awak tanya dia, jangan tanya saya, kalau tanya saya tiada masalah. Kalau awak tanya dia (Nik Abdul Aziz) mungkin ada (masalah).

"Tak boleh tanya saya benda yang saya tak kata, saya pun tak faham juga, saya tak boleh buat andaian apa sebab, saya tak tahu," tegasnya.

Menjawab soalan adakah berlaku konflik dalaman dalam Pas, Mustafa menafikan perkara itu kerana tiada pihak yang membangkitkannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 18 Oktober lalu.

(Berita ini diambil dari Utusan Online, 27 Oktober 2009)











No response to “BERITA”

Post a Comment