Korban gempa Padang cecah 1,100
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Ketua bantuan kemanusiaan PBB, John Holmes, berkata gempa bumi kuat yang menggegar Padang, Sumatera Barat, kelmarin sudah meragut 1,100 nyawa. Beliau berkata, perangkaan terkini menunjukkan angka korban sudah mencapai 1,100 orang dan ratusan yang lain cedera. Holmes berkata beliau bimbang ribuan lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan rumah, hotel, hospital dan sekolah yang musnah atau rosak teruk.
Gempa bumi dengan kekuatan 7.6 pada skala Richter berlaku petang kelmarin. Ia disusuli satu lagi gempa bumi pagi semalam.

(Berita ini diambil dari Berita Harian Online - AP , 2 Oktober 2009)
-----------------
Bencana: Tentera Darat bersedia
Oleh AZIZUL HAKIM LAHURIpengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Tentera Darat kini bersiap sedia memulakan misi operasi bantuan bencana dan penempatan semula penduduk di Wilayah Sumatera Barat, Indonesia yang dilanda gempa bumi semalam.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, beliau telah menerima arahan bagi menyediakan satu organisasi untuk melakukan misi itu.
"Saya menerima arahan tersebut daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin supaya bersedia sekiranya mereka diperlukan dalam misi itu.
"Kami juga telah bersiap sedia, hanya menunggu arahan daripada kerajaan terutamanya Majlis Keselamatan Negara sekiranya diperlukan dalam misi tersebut atau pun tidak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perbarisan sempena persaraan bekas Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal di Dataran Panglima Tentera Darat (PTD), Kem Perdana, Sungai Besi di sini hari ini.
Turut hadir bekas Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin dan Panglima Medan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohd. Affendi Raja Mohd. Nor.
Mengulas persaraan Abdul Aziz, Muhammad Ismail berkata, banyak jasa yang dicurahkan selama Abdul Aziz menjadi Panglima Tentera Darat terutama dengan memulakan pengurusan sistematik dalam memodenkan institusi itu.
"Pelbagai alatan canggih serta strategi digubal beliau yang amat berguna dalam angkatan tentera," ujarnya.
Malah, beliau berkata, Abdul Aziz telah menggubal strategi Pelan Pembangunan Dimensi Keempat ATM (4D MAF) dalam keupayaan dan hala tuju ATM ketika beliau memegang tampuk pemerintahan Panglima Angkatan Tentera.
Katanya, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin kini juga terus menggunakan pelan itu demi memacu ATM sebagai angkatan tentera kelas pertama di abad ke-21 yang dilaporkan akhbar semalam.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, anggota tentera darat berbesar hati atas pengiktirafan bandar pelancongan itu sebagai Bandar Tentera Darat atas pengorbanan mereka selama ini.
"Amat tepat bandar itu diiktiraf sebagai Bandar Tentera Darat kerana ia bandar bersejarah bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," ujarnya.
Selain itu, beliau berkata, antara tiga prinsip amalannya selama ini ialah melaksanakan peranan yang diamanahkan, mematuhi peraturan dan bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan.
"Setiap anggota tentera perlu melaksanakan peranan positif masing-masing dengan ikhlas dan penuh amanah sama ada ketika menjalankan tugas atau ketika di luar tugasan.
"Jika tidak, sesebuah organisasi tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa sumbangan peranan setiap ahlinya,'' katanya.
Menurut beliau, tindakan mematuhi setiap peraturan akan melancarkan lagi perjalanan sesebuah institusi sekali gus dapat mengelakkan masalah.
"Dalam institusi ketenteraan banyak peraturan perlu dipatuhi sama ada peraturan tentera atau peraturan awam sebagai rakyat negara ini.
"Oleh itu, perlu mematuhi peraturan demi kepentingan institusi ini sebagai institusi yang dihormati. Jangan sesekali dicela dengan perbuatan negatif yang dilarang institusi," ujarnya.
addthis_pub = 'UtusanOnline';
addthis_logo = 'http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/logo_1.gif';
addthis_logo_background = 'EFEFFF';
addthis_logo_color = '666699';
addthis_brand = 'Utusan Online';
addthis_options = 'favorites, email, digg, delicious, myspace, facebook, google, live, more';
(Berita ini diambil dari Utusan Online,2 Oktober 2009)

No response to “BERITA”
Post a Comment