PANTUN MELAYU

PANTUN EMPAT KERAT

Panduan: Keratan pertama dan kedua, dinamakan pembayang maksud. Keratan ketiga dan keempat dinamakan maksud.

Tarik papan surung papan,
Buah keranji dalam perahu,
Beri makan engkau makan,
Suruh mengaji engkau tak mahu

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Jika salah tolong tunjukkan.


Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Hari mana bulan mana,
Boleh kita jumpa lagi.

Jika ada jarum patah,
Jangan siampan dalam peti,
Jika ada silap salah,
Jangan simpan dalam hati.

Pucuk pauh delima batu,
Berangan sebiji dalam tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mana di hati jangan.

(Bersambung esok)

No response to “PANTUN MELAYU”

Post a Comment