SASTERA MELAYU

PANTUN

Mulai hari ini (Sabtu) kami menyiarkan pantun – pentun Melayu, lama dan baru pada tiap – tiap hari Sabtu. Kami berharap semua warga dunia yang mengikuti ungkapan maya akan dapat berkenalan, mempelajari, menghayati dan mencipta pantun Melayu untuk khazanah dunia. - Editor, Petah Sharir Aidid.

Pantun empat kerat

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Senduduk tidak berbunga lagi,
Rumput Rawa melata halang;
Tanduk tidak berguna lagi,
Hidup derita bukan kepalang.

Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belum lagi teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belum lagi sembuh.

Jika memburu di padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Jika berguru kepalang ajar,
Bagaikan bunga kembang tak jadi.



Terentak terengting atas batu,
Batu bertaut tengah huma;
Berak kencing ingatkan aku,
Mahu hidup bersama – sama.

TAMAT

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment