BANGLO ORANG POLITIK

Khir Toyo tawar wakil rakyat DAP jadi ejen hartanah jual rumahnya RM24 juta

TERBARU: ADUN DAP Sekinchan,Ng Swee Lim menyahut cabaran Dr Khir Toyo untuk menjadi ejen hartanah bagi menjual jual rumah milik bekas Menteri Besar Selangor itu di Sek 7 Shah Alam. Katanya beliau menyahut cabaran itu bagi membuktikan irumah itu berharga RM24juta. – 7/7/2009.

Berita sebelum ini: Gambar rumah Datuk Seri Dr Khir Toyo yang seni bina berkonsep Bali di Seksyen 7 Shah Alam pernah dijadikan bahan menghentamnya dalam sebuah laman blog menjelang pemilihan UMNO Mac lalu dimana beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Tiba-tiba pagi Isnin Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Sekinchan, Ng Suee Lim membawa para wartawan ke lokasi itu bersama-sama dokumen pemilikan tanah dari pejabat tanah dan mendakwa rumah bekas Menteri Besar Selangor itu mencecah RM24 juta.Kebetulan ia berlaku sehari selepas Pemuda Gerakan di Pulau Pinang buat bising pasal banglo yang disewa oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sementara kediaman rasminya diubahsuaI.

(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 6 Julai 2009)

No response to “BANGLO ORANG POLITIK”

Post a Comment