KERAJAAN MALAYSIA TIDAK TOLAK HUDUD?
Sebagai seorang Islam adalah berkewajiban untuk mengimani hukum Islam, ibadat, munakahat, muamalat dan ta'zir serta hudud. Sesiapa yang tidak mengimaninya adalah tergelincir akidahnya. Kerajaan kita sedang melaksanakan hukum-hukum syarak secara berperingkat-peringkat. Undang-undang Keluarga Islam, enakmen Jenayah Siasah Syar'iah dan lain-lain seperti bank Islam, Universiti Islam adalah contoh seriusnya kerajaan menjalankan Islam secara berperingkat. Kerajaan berkali-kali mengatakan tidak menolak hudud dan kita sedang berfikir bagaimana cara untuk melaksanakannya. Negara Malaysia sedang berusaha melaksanakan ciri-ciri sebagai se buah Negara Islam.
* Dari Babatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM.
No response to “AGAMA ISLAM”
Post a Comment