'WAJAH BARU POLITIK MALAYSIA' DI BANGI
Ahmad Tajdid
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Para pencinta buku khususnya mereka yang berada di sekitar Bangi berpeluang mengikuti program bicara buku yang mengulas buku tulisan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, 11 Julai esok.
Buku bertajuk "Wajah Baru Politik Malaysia" itu akan diulas Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Annual Bakri Haron; dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) yang juga seorang penulis prolifik, Ann Wan Seng.
Juruhebah radio IKIM.fm, Ustaz Zamri Zainal Abidin bertindak sebagai moderator.
Program yang berlangsung pada jam 5.00 petang bertempat di Kompleks PKNS Bangi itu dianjurkan Kemilau Publika Sdn. Bhd..
Selain menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid juga ialah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.
"Wajah Baru Politik Malaysia" adalah kompilasi penulisan, kenyataan akhbar dan thesis ilmiah beliau yang banyak menyentuh tentang aspek hubungan antara kaum dan pembinaan negara bangsa sepanjang menjawat Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional.- tajdid.
(Berita ini dari Harakah Daily, 10 Julai 2009)
No response to “BICARA BUKU”
Post a Comment