SELATAN THAILAND

PELAJAR ISLAM INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN DI MALAYSIA

Pattani - (Media maya), ramai pelajar Islam di sekitar empat wilayah Selatan Thailand ingin melanjutkan pelajaran mereka di maktab dan universiti di Malaysia, terutama dalam bidang perundangan Islam atau syariah, demikian wakil mereka memberitahu.
Pada umumnya para pelajar Islam di sini tidak berpeluang bhanya berpeluang mempelajari ilmu Islam di peringkat menengah dan atas.
"Oleh kerana sistem sekolah agama Islam di sini masih cara lama, iaitu sistem pondok, maka sukar bagi mereka untuk memasuki maktab dan universiti Islam di Malaysia," kata wakil itu.
"Mereka terpaksa mempelajari beberapa mata pelajarana lagi, terutama bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,"katanya lagi.
"Tetapi perkara itu tidak menjadi masalah, jika kerajaan Malaysia memberi peluang kepada mereka menyertai kelas- kelas bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,"tambhnyak.

No response to “SELATAN THAILAND”

Post a Comment