AMADAH LEMIMPIN


Politik Wang


UMNO perlu memahami cabaran yang sedang dihadapi oleh parti. Politik wang telah memesongkan matlamat asal UMNO diwujudkan. Percakaran sesama sendiri telah melarikan UMNO dari tujuan murni penubuhannya. Jika keadaan ini tidak dibanteras secara bersungguh UMNO akan menjadi parti yang lemah.

Persepsi yang menganggap UMNO sebuah institusi yang korup perlu diperbetulkan. UMNO perlu mengambil langkah-langkah tegas supaya ia tidak terus dipandang serong. UMNO perlu diselamatkan daripada barah yang sedang menular di kalangan ahli-ahlinya. UMNO perlu berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

UMNO dan bangsa Melayu begitu sinonim dalam sejarah politik negara kita. UMNO laksana jantung yang menggerakan nadi bangsa. Orang-orang Melayu bagaikan darah yang menentukan jantung terus berdenyut. Jika UMNO terpisah dari memahami isihati, hasrat, perasaan dan aspirasi bangsa, maka akan terhentilah aliran darah lalu jantung mungkin tidak berdenyut lagi.

Lebih Kritikal

UMNO di abad ini menghadapi majoriti pengundi yang nilai dan pegangan mereka dibentuk oleh realiti yang amat berbeza dari persekitaran era pra dan pasca merdeka. Mereka terdiri dari golongan yang mendapat peluang pendidikan lebih luas, bermutu dan terdedah kepada maya lebih terbuka. Mereka mempunyai fikiran lebih kritikal terhadap apa yang sedang berlaku. Mereka lebih analitikal dalam menilai sifat-sifat jujur, bersih, amanah dan bertanggungjawab.

Mereka membuat analisis secara objektif menilai jurang yang terdapat di antara janji dengan pelaksanaan. Mereka berkehendakkan pendekatan lebih telus dan sahih membanteras apa yang mereka tafsirkan sebagai penyalahgunaan dasar afirmatif dalam usaha membantu bumiputera.

Generasi yang dewasa dalam era pra dan pasca merdeka bukan sahaja mempunyai rangkaian ikatan yang kuat dengan UMNO malah mereka juga tidak mempunyai banyak pilihan ketika itu. Di sebaliknya generasi semasa hari ini mempunyai alternatif yang membolehkan mereka membuat perbandingan dan pilihan lain."

(Petikan dari ucapan Tun Abdullah Ahmad Badaw kepada sidang Pergeakan Wanita umno, Pergterakan pemuda pada 2001).

No response to “AMADAH LEMIMPIN”

Post a Comment