PANTUN
Waktu senja sembahyang wajib,
Anak Pahang menerjah sejarah;
Satu Malaysia idea Najib,
Hendak elak pecah belah.
Tumbuh kapas di tanah kerajaan,
Ulam petai sekarung lada;
Sungguh PAS lemah perjuangan,
Islam diabai golongan muda.
Ada kekasih dari Keluang,
Hendak makan sate lidah;
Jika bersih kita berjuang,
Tidak ditentang hamba Allah.
Jika Tuan penulis berani;
Tulis artikel kecurangan pemimpin;
Jika kawan memiliha rezeki,
Iblis kidal goncang batin.
Tanam halia rapat – rapat,
Bunga kemangi di bilik pengarang;
Memang saya hidup merempat,
Kerana bumi milik orang.
No response to “SASTERA MELAYU”
Post a Comment