Suhu politik dalaman UMNO Terengganu terus mencuri perhatian.Terbaru Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein nampaknya terpaksa berusaha gigih mencari jalan penyelesaian.Macam-macam cerita sudah timbul termasuk desas desus liar yang berkait rapat dengan pertembungan team Menteri Besar Datuk Ahmad Said dengan Datuk Seri Idris Jusoh.Ini hinggakan ada yang bawa mulut kata terdapat ura-ura 10 wakil rakyat UMNO mahu sertai PKR dan kemudiannya bergabung dengan Adun PAS untuk ambil alih pentadbiran negeri?Sepuluh Adun UMNO terbabit yang dikatakan bertindak memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, April lalu menafikan akan lompat parti.Ikut desas desus yang berlegar ada pertemuan sulit antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sembilan Adun terbabit.Berdasarkan laporan sebuah portal berita sebelum ini, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad mengakui pertemuan kedua-dua pihak memang wujud tetapi beliau tidak terbabit.Bagaimanapun, Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, menafikan laporan portal itu kononnya beliau dan lapan lagi Adun bercadang meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.Beliau berkata, laporan portal berkenaan semata-mata untuk menjatuhkan imej UMNO di samping sebagai provokasi supaya mereka menyertai PKR.
(Berita ini dri Agnda Daily, 4 September 2009)
Bonus: PAS cadang kerajaan bayar satu setengah bulan
| Hazayani Zakaria | ||||||
| KUALA LUMPUR, 4 Sept: PAS menyokong penuh tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini. Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata pemberian bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September ini amat wajar kerana penjawat awam semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang ramai. "PAS melihat kakitangan awam sekarang ni cukup terbeban dengan kos sara hidup terutamanya dengan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Jadi pemberian bonus itu dapat meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya nanti," Katanya kepada Harakahdaily. PAS mencadangkan kerajaan memberikan bonus kepada penjawat awam sekurang-kurangnya satu setengah bulan gaji sebelum Aiilfitri bagi meringankan beban mereka. "PAS cadang kerajaan bagi bonus minimum satu setengah bulan gaji supay mereka dapat buat persiapan raya,"ujarnya. Isnin lalu, ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini. Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus. Mengikut perkiraan CUEPACS, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian. ------------------ Mohd Sabu ucap 'tahniah' kepada KPN
(Berita ini diambil dari Harakah Daily, 4 September 2009) ***** ****** Kapal selam pertama tiba
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melakukan lawatan ke kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) pada upacara sambutan ketibaan kapal itu di Jeti KD Sultan Abdul Aziz semalam. (Berita ini diambil dri Berita Harian Online, 4 September 2009) | ||||||





No response to “BERITA”
Post a Comment