BERITA

'Hasan Ali bohong'

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan Rafidah Mat Ruzki
bhnews@bharian.com.my



TENG (kiri) menyambut ketibaan Hasan ketika mengadakan pertemuan dengan semua Exco negeri, wakil rakyat Pakatan Rakyat serta pegawai daerah berhubung isu Selcat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, malam tadi.

Pengerusi Selcat Selangor nafi label pegawai daerah tak cekap

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim, mendakwa Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berbohong apabila menuduhnya melabel pegawai daerah di negeri ini 'tidak cekap' dan 'tidak layak' memegang jawatan berkenaan.

Teng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang dari DAP, berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian ketika pegawai daerah disoal mengenai prosedur kelulusan pengagihan peruntukan RM500,000 setahun bagi wakil rakyat dalam pendengaran awam, baru-baru ini.

"Beliau (Hasan) kata saya menuduh pegawai daerah sebagai tidak cekap dan tidak layak pada sidang media selepas setiap pendengaran. Ini satu penipuan yang nyata oleh Hasan Ali.

----------------

Speaker Kedah fail tuntutan cabar SPR kekal Abu Hassan

ALOR SETAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail akan memfailkan tuntutan bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebelum Jumaat ini.

Beliau berkata, ketika ini semua dokumen yang diperlukan mahkamah untuk mencabar keputusan SPR itu sudah disediakan panel peguam dilantik, selain berharap proses itu berjalan lancar.

"Saya berada di Kuala Lumpur hari ini (semalam) untuk bertemu panel peguam yang dilantik bagi berbincang mengenai perkara ini selain menandatangani semua dokumen diperlukan sebelum kes dibawa ke mahkamah dua tiga hari ini.

"Oleh kerana keputusan SPR berhubung kerusi DUN Kota Siputeh diumumkan di Putrajaya maka saya akan mencabarnya (keputusan) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur di sini, semalam.

Abdul Isa berkata, beliau berharap kes itu dapat didengar dan dibicarakan di mahkamah secepat mungkin bagi memastikan ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

"Saya serahkan pada mahkamah kerana saya tiada kuasa mendesak untuk meminta kes ini didengar secepat mungkin, cuma berharap ia dapat diselesaikan.

"Dalam kes kerusi DUN Kota Siputeh ini, saya mengikut semua proses perundangan yang ada bagi mengelak kekecohan. Justeru, saya amat berharap langkah ini (mencabar keputusan SPR ke mahkamah) mendapat pengadilan sewajarnya," katanya.

Pada 1 September lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, mengumumkan kerusi DUN Kota Siputeh kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas mendapati kegagalan Abu Hassan menghadiri dua mesyuarat tidak bercanggah dengan Perkara 51 Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

SPR mendapati, mesyuarat yang tidak dihadiri Abu Hassan bukan dua mesyuarat yang berturut-turut dalam satu penggal seperti didakwa Abdul Isa.

Baru-baru ini, Abdul Isa yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPR itu berhasrat mahu mencabar di mahkamah.

(Berita ini diambil dri Berita Harian Online, 29 September 2009)


***** ******


Ibrahim Ali nyanyuk, bagai kacang lupakan kuli

Mohd Nor Yahya

KUALA KRAI, 29 Sept:Sikap kurang ajar Datuk Ibrahim Ali menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibaratkan oleh Pemuda PAS Negeri sebagai Kacang Lupakan Kulit.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak Nik Abdul Aziz meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri.

katanya, Ibrahim Ali seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala ke atas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini,begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja" katanya lagi.

Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala.

"Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini"katanya lagi.

ImageMenyentuh tindakan segera yang akan diambil oleh PAS Kelantan,Abdul Latiff berkata,peringkat awal ini, Pemuda PAS negeri menyerah sepenuhnya kepada Pemuda PAS Pasir Mas untuk mengambil langkah-langkah seperti turun ke peringkat akar umbi membuat bancian sejauh manakah sokongan rakyat di Pasir Mas menyokong Ibrahim Ali ini.

"Kita tidak akan mengikut rentak Ibrahim Ali ini yang seluruh rakyat negara ini sudahpun mengenali beliau yang suka merempuh apa sahaja di hadapan asalkan beliau dapat berdiri,kalau dulu dalam Umno pun kena tendang seumur hidupnya,menumpang pula di tangga PAS dan telah berikrar untuk bersama Tuan Guru tetapi kini beliau bukan sahaja tidak mengenang budi Tuan Guru malah telah menghina rakyat Pasir Mas sendiri"katanya lagi.

Sementara itu bagi Bendahari PAS Pusat,Dr.Mohd Hatta Ramli, tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan.

"Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali."katanya lagi.

Sebelum ini kita lihat tindakan Ibrahim seolah-olah berunsur perkauman ketika perbahasan di Parlimen dan seperti tidak mengakui wujudnya masyarakat majmuk di negara ini sedangkan Tuan Guru begitu pintar dalam perjuangan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan kita boleh lihat perpaduan kukuh antara kaum di Kelantan ini.

Manakala bagi Ketua Pemuda PAS Kuala Krai,Mahadi Mat Zain berkata keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf.

"Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru" ujarnya.

Ibrahim Ali telah mengeluarkan sepuluh sebab mengapa Tuan Guru patut meletak jawatan dan telah menghina seorang tokoh ulamak,sedangkan dalam Islam sendiri telah menjelaskan amat berbeza seseorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.

"Saya yakin ilmu Ibrahim Ali dalam bidang keagamaan amatlah nipis jika dibandingkan dengan Tuan Guru dan sifat nyayuk sememangnya tiada dalam diri seseorang yang tinggi ilmu agamanya" katanya lagi.

Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

"Ketika ramai rakyat negara ini memberi gelaran sebagai Katak Lompat amat tepatlah kerana tidak mempunyai parti yang diperjuangkan,seperti Umno,S46 dan Bebas dan jelaslah beliaulah yang nyayuk dan seharusnya meletak jawatan" ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan lain,ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata pada tahun ini sambutan AidilFitri digabungkan bersama semua Dun dan Parlimen dengan menyembelih dua ekor lembu serta menyediakan satay, lemang,roti jala dan kuih muih. Lebih 3000 masyarakat Kuala Krai termasuk kaum India dan Tionghua telah menghadirinya.

----------------------

Bagan Pinang: Berjuang untuk Islam - Mursyidul Am

Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 29 Sept: Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata.

Beliau berharap walaupun Bagan Pinang sebelum ini adalah milik umno-BN,tetapi ia tidak mustahil akan beralih kepada PAS berdasarkan senario politik semasa yang berlaku sekarang ini.

"Kini kita tengok sudah banyak PRK yang berlaku dan Alhamdullillah berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu walaupun milik umno tetapi PAS berjaya mengambil alih dan ini adalah berkat kerjasama Pakatan Rakyat,"katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Jubli Perak Maahad Muhammadi Gua Musang semalam,turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Pendidikan dan Dakwah,Dato Mohd Amar Nik Abdullah.

"Penglibatan orang Islam tidak kira piliharaya umum maupun kecil,seharusnya diajar berjuang untuk Islam bukannya parti kerana kalau berjuang kerana parti,lepas sahaja pilihanraya kita hanya ada dua iaitu menang atau kalah, tetapi kalau berjuang kerana Islam ia melibatkan Syurga atau Neraka,"katanya lagi.

Sebelum itu, beliau menyeru warga di Gua Musang agar menjadikan sumbangan derma kepada tempat-tempat yang berfaedah diteruskan sepanjang masa.

"Kita orang Islam seharusnya menyediakan sebanyak mungkin bekalan pahala untuk digunakan di akhirat nanti,caranya mudah sahaja iaitu salurkan wang ringgit ke tempat-tempat yang membawa kebaikan seperti pembinaan masjid,asrama sekolah untuk anak-anak kita dan sedekah,"ujar beliau.

Maahad Muhammadi Gua Musang yang sudah menjangkau usia 25 tahun menyambut jubli peraknya tahun ini mempunyai seramai 840 pelajar dengan guru seramai 52 orang kini memerlukan sumbangan derma dari orang ramai untuk membina sebuah asrama bagi menempatkan pelajar terutamanya dalam aliran tahfiz.









No response to “BERITA”

Post a Comment