SASTERA MELAYU


PANTUN

Orang Teluk pergi menjala,

Dapatlah ikan dua, tiga;

Alangkah buruk untung saya,

Tidur bertilam air mata.*



Tergenang air di ats talam,

Diambil kulak, ditapisi;

Teringat tuan tengah malam,

Ambil bantal, ditangisi.*



Puyu – puyu konon namanya,

Di dalam kolam konon tempatnya;

Cantik manis barang lakunya,

Serta dengan budi bahasanya.*



Merkah – merkah buah betik,

Di tanah rata tumbuh jua;

Jerkah – jerkah orang politik,

Rakyat jelata moyok juga.



Jika Aceh telah merdeka,

Rapat baik dengan Malaysia;

Jika kasih tidak tercela,

Rapat balik hubungan kita.

*Pantun lama


-------------------------



MADAH CENDEKIAWAN



*****


”Pemberian zakat perlu dilihat daripada sudut yang lebih luas. Zakat wajib ke atas mereka yang sepatutnya membayar zakat sama ada perniagaan atau perseorangan. Bagi penerima (zakat), mereka juga ada tangungjawab masing – masing, iaitu tidak mempersia – siakan sumbangan yang diperolehi . Belanja auntuk jalan yang baik...”

- Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak.


*****

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment