RAHSIA DARI QURAN



CINTA NABI LUTH

SADOM adalah sebuah negeri yang terletak dalam benua afrika. Kini nama Sadom telah hilang dari bumi itu dan bertukar dengan nama lain. Allah Taala telah mengutuskan Rasul-Nya, Nabi Lut AS ke negeri itu. Kebanyakan rakyat negeri tersebut durhaka kepada Allah dan mereka melakukan hubungan seks antara sejenis (homosexual) dan perempuan dengan perempuan (lesbian).

Nabi Luth AS diutuskan ke sana untuk menyeru dan menarik penduduk-penduduk negeri itu kepada menyembah dan bertaqwa kepada Allah Taala.

Maka Luth mengakui (kenabian)nya. Dan berkatalah Ibrahim: "Sesungguhnya aku akan berhijrah (ke tempat yang diperintahkan) kepadaku oleh Tuhanku, sesungguh Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Nabi Ibrahim Khalilullah adalah bapa saudara kepada Nabi Luth AS. Mereka berdua berhijrah dari negeri Babil ke negeri Sham. Setelah nabi Luth AS menerima kenabiannya, baginda berpisah dengan bapa saudaranya dan berhijrah ke Sadom. Disanalah baginda menjalankan perintah Allah Taala.

Nabi Luth AS memikul tanggungjawab yang berat untuk berhadapan dengan penduduk-penduduk negeri itu yang pada umumnya telah rosak akhlak. Mereka menyamun di tengah jalanan, melakukan perbuatan mungkar dalam perhimpunan dan orang-orang perempua tinggal terbiar dan melakukan hubungan jenis sesama mereka (lesbian) kerana orang-orang lelaki melakukan hubungan jenis sesama lelaki ( homosexual).

Dan (ingatlah) waktu Luth berkata kepada kaumnya, Sesungguhnya kalian benar-benar mengerjakan perbuatan yang keji yang belum pernah dilakukan oleh seseorang pun sebelum kalian dalam alam ini.

Apakah patut kalian mendatangi (melakukan hubungan seks sesama lelaki), menyamun (sebahagian besar ahli tafsir Al Quran berpendapat, bahawa menyamun itu ialah melakukan perbuatan rogol lelaki di jalanan dan orang-orang yang datang ke kampung mereka) dan melakukan kemungkaran di tempat-tempat keramaian (atau pertemuan)? Maka kaumnya menjawab: Datang­kanlah kepada kami azab Allah, kalau kamu termasuk orang-orang yang benar.

Setelah mendengar jawapan yang demikian daripada mereka itu, Nabi Luth AS tidak menjawab, Baginda termenung dan berdoa kepada Allah SWT supaya Baginda diberi kekuatan untuk menentang kaum yang melakukan kejahatan itu:

Luth berdoa: "Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpa azab) atas kaum yang melakukan kerosakan".

Menurut sejarawan Islam, bahawa nabi Luth AS sangat mencintai isterinya. Isterinya juga sangat mencintai dirinya. Mereka mendapat beberapa orang anak perempuan dan dalam kejadian homosexsual yang begitu

merebak di Sadom, anak-anak perempuan Nabi Luth AS telah menjadi gadis-gadis jelita. Rupa paras mereka cantik, tetapi tidak ada seorang lelakipun menyintai mereka kerana orang-orang lelaki lebih suka melakukan hubungan seks sesama lelaki (Homosexsual).

Tetapi malangnya, isteri Nabi Luth kemudiannya tidak mengikut pimpinannya, dia menentang hukum Allah dan dia melakukan hubungan jenis sesama perempuan (lesbian). Dia adalah menjadi salah seorang pemimpin wanita-wanita lesbian. Di samping itu dia menggalakkan kaum lelaki melakukan hubungan seks sesama lelaki.

Setelah Nabi Luth AS berdoa kepada Allah Taala memohon supaya menurunkan azab ke atas kaumnya yang melakukan kejahatan seks itu, maka Allah Taala mengutuskan para malaikat kepada bapa saudara Nabi Luth AS, iaitu Nabi Ibrahim Khalilullah bagi menyampaikan berita yang Allahul Aziz akan menurunkan azab ke atas umat manusia yang jahat itu.


Dan tatkala utusan Kami (para malaikat) berkunjung (ke rumah) Ibrahim membawa khabar gembira (perkhabaran yang Allah Taala akan mengurniakan seorang anak lelaki kepada Nabi Ibrahim dan isterinya, Siti Sara), mereka memberitahu: "Sesungguhnya kami akan menghancurkan penduduk-penduduk negeri (Sadom) ini: Sesungguhnya, penduduknya orang-orang yang zalim.

Waktu itu Nabi Ibrahim Khalilullah teringat akan anak saudaranya, Nabi Luth AS yang tinggal di negeri yang

akan dihancurkan oleh para malaikat itu, maka dijelaskan dalam Al Quran:

(Ibrahim) berkata: "Sesungguhnya di negeri itu tinggal Luth”. Para malaikat berkata: Kami lebih mengetahui . Siapa yang tinggal di negeri itu. Kami sungguh-sungguh akan menyelamatkan dia dan ahlinya (anak-anak gadisnya dan pengikut-pengikutnya) kecuali isterinya. Dia (isterinya) adalah termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan).

Dan tatkala datang utusan kami (para malaikat) berkunjung (ke rumah) Luth, dia (Nabi Luth) merasa takut kerana (kedatangan) mereka (Nabi Luth AS merasa takut dengan kedatangan para malaikat itu kerana mereka pemuda-pemuda yang rupawan kerana kaumnya sangat gemarkan pemuda-pemuda, rupawan untuk melakukan hubungan seks (homosexual). Nabi Luth rasa tidak sanggup berlindung sekiranya kaumnya datang mengganggunya nanti) dan merasa tidak mempunyai kekuatan untuk melindungi mereka dan mereka (para malaikat) berkata: Jangan takut dan jangan susah hati. Sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan pengikut-pengikutmu, kecuali isterimu, dia adalah termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan).

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah (gundah) dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia (Luth) berkata: Ini adalah hari yang amat sulit.

Apabila orang-orang jahat golongan homosexual melihat orang-orang muda yang rupawan di rumah Nabi Luth AS, maka mereka datang beramai-ramai dengan tergesa-gesa dengan tujuan hendak mengambil orang-orang muda itu untuk mereka melakukan hubungan seks (homosexual) dengan mereka itu. Nabi Luth AS memberitahu mereka supaya jangan mengganggu tetamu-tetamunya itu. Baginda memberitahu mereka, bahawa mereka lebih baik berkahwin dengan anak-anak gadisnya yang jelita itu kerana anak-anak gadisnya lebih tetapi orang-orang jahat itu menolaknya.

Dan datanglah kaumnya kepadanya (Luth) dengan tergesa-gesa.

Dan sejak dulu lagi mereka itu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji (melakukan hubungan seks sesama lelaki (homosexual) iaitu liwath). Luth berkata: “Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagi kalian (maksudnya supaya berkahwin, maka bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kalian mencemarkan (nama )ku terhadap tetamuku ini. Tidak adakah di antara kalian lelaki yang berakal?"


(Orang-orang lelaki itu) menjawab: Sesungguhnya kamu telah tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan kepada puteri-puterimu, dan sesungguhnya tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki.

Setelab melihat akan kedegilan orang-orang jahat yang hendak menceroboh rumahnya dengan tujuan hendak mengambil orang-orang lelaki rupawan (para malaikat) maka Nabi Lot AS berkata:

(Luth) berkata: Sekiranya aku mempunyai kekuatan (untuk menolak kalian) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan).

Para malaikat yang menjadi tetamu Nabi Luth AS melihat akan kejadian itu dan mendengar perkataan-perkataan orang-orang jahat dan Nabi Luth. Mereka memberitahu Nabi Allah itu supaya berhijrah dari tempat itu ke tempat lain pada waktu malam. Tetapi pemergian itu tidak boleh disertai oleh isterinya.

(Para malaikat) berkata: Sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, oleh itu pergilah (berhijrah) dengan membawa keluargamu (puteri-puteri) dan para pengikut kamu pada akhir malam dan jangan ada seorang pun dari kalian yang tertinggal (menoleh ke belakang. Mungkin berpaling tadah) kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah pada waktu subuh, bukankah subuh itu telah hampir?

Nabi Luth AS bersama puteri-puterinya dan para pengikutnya (orang-orang mukmin dan mukminah) berhijrahlah seperti yang diberitahu oleh para malaikat. Setelah mereka meninggalkan tempat itu, maka Allah Taala pun menjalankanlah perintahnya:

Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (balikkan) dan Kami hujani mereka dengan batu-batu dari tanah terbakar dengan bertubi-tubi.

Dalam surah Asy Syu'ra (penyair) dalam ayat: 170, 171, 172 dan 173 Allah Taala telah memberitahu Nabi Muhammad s.a.w. tentang Nabi Luth, keluarganya, isterinya dan kebinasaan negerinya.

Lalu kami selamatkan dia (Luth) dan keluarganya semua (termasuk pengikut-pengikutnya). Kecuali seorang perempuan tua (isteri Nabi Luth), dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Kemudian kami binasakan orang-orang yang lain. Dan kami turunkan kepada mereka itu hujan (batu), dan amatlah buruknya hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.

Sila baca kisah Nabi Loth a.s. dalam surah Al Naml (semut) nombor 54, 55, 56, 57, 58.

Beberapa orang ulama yang mengkaji sejarah para Rasul Allah, di antaranya Allahyarham Sheikh Hassan Yamani, Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Fadzlullah Shuhaimi, Haji Abdul Malik Karim Amarullah (HAMKA) dan Hassan Bandung beroleh pendapat, bahawa mangsa-mangsa hujan batu yang panas dan gempa bumi di Sadom itu menjadi hangus rentung dan daging mangsa-mangsa itu yang telah busuk dimakan oleh binatang-binatang buas dari gunung dan bukit yang tidak terbalik dan tersongsang. Di antara binatang-binatang buas itu sejenis monyet yang memang suka memakan daging manusia dan haiwan.

Menurut mereka, orang-orang yang melakukan perbuatan liwath atau hubungan seks antara lelaki dengan lelaki dan di antara perempuan dengan perempuan, telah dihinggapi penyakit perempuan atau siplis dan mereka mempunyai fikiran yang tidak mendorongkan ke arah kebaikan. Ertinya otak mereka telah berpenyakit juga.

Penyakit AIDS (acquired immune deficiency Syndrome) mulai diketahui oleh ahli-ahli kaji hayat dan penyakit­-penyakit berjangkit iaitu telah merebak di kalangan penduduk-penduduk di bahagian tengah Afrika sejak beberapa tahun lampau. Dalam tahun 1981 mereka mendapati kebanyakan penduduk-penduduk di sana memakan daging sejenis monyet, iaitu monyet hijau (green Monkey) dan pengetahuan yang awal mereka dapati, bahawa monyet hijau membawa kuman atau virus HIV, LAV2 dan SBL 6669 V 2.

Kemungkinan juga penyakit tersebut berjangkit di kalangan orang-orang di sana yang masih lagi melakukan liwath atau hubungan seks sesama jenis (homosexual).

Penyakit ini telah merebak ke seluruh dunia dengan cepatnya. Kita yakin penyakit ini merebak dengan beberapa sebab di antaranya:

Orang dari Afrika dan Barat yang membawa penyakit itu melakukan persetubuhan dengan pelacur-pelacur dan kemudian pelacur-pelacur itu bersetubuh pula dengan orang-orang lelaki lain.

Masih berlaku perbuatan lelaki bersetubuh dengan lelaki. Di negara ini tidak lama dulu timbul desas desus dikalangan hospital mengenai seorang pemuda terkenal dihinggapi penyakit AIDS (atau sejenis dengannya). Dubur pemuda itu bernanah dan mempunyai kuman penyakit tersebut. Dia meninggal dunia tidak beberapa lama kemudian.

Kerana penagih-penagih dadah menggunakan jarum suntikan yang sama (tidak dibersihkan). Pada jarum itu terlekat kuman penyakit AIDS dari orang yang membawa enyakit.

Doktor-doktor di klinik-klinik swasta menggunakan cecair kuman penyakit tersebut dan disuntikkan kepada

orang-orang yang datang meminta rawatan (memerlukan suntikan). Hal boleh diambil kira 'berkemungkinan' kalau kita bandingkan dengan kuman penyakit cacar dimasukkan ke dalam tubuh bayi untuk mengelak penyakit cacar. Perbuatan seperti itu adalah bertujuan untuk melariskan ubat pembasmi AIDS yang mereka perniagakan. Ulama yang tersebut di atas berpendapat, bahawa pemuda­-pemuda jahat yang melakukan hubungan seks (homosexsual) dalam zaman Nabi Luth AS memakai pakaian dan lagak dan gaya mereka seperti perempuan, seperti berambut panjang hingga boleh disanggulkan atau rambut mereka menjejak atas bahu, memakai subang, rantai leher, rantai tangan dan sebagainya.

Sekarang, di negara kita ini, kita dapati ramai pemuda­-pemuda yang berkeadaan seperti pemuda-pemuda zaman Nabi Allah Luth. Keadaan ini telah merebak di kalangan pemuda-pemuda Islam. Tetapi kita tidak menganggap mereka melakukan perbuatan seperti orang -orang umat Nabi Luth AS di Sadom. Cara mereka berpakaian begitu menurut pandangan Islam adalah tidak baik.

(Dari buku, Rahsia dari Al Quran (1996), oleh: Mokhtar Petah)

No response to “RAHSIA DARI QURAN”

Post a Comment