SAYA FIKIR


GAGASAN 1 MALAYSIA

JIKA QURAN JADI DASAR BERJAYA

Oleh: Mokhtar Petah

Sesungguhnya, pada peringkat awal gagasan 1 Malaysia yang di wujudkan dari idea Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak kurang menarik hati saya dan saya menganggapnya sebagai gagasan Dato’ Onn Jaafar yang gagal – Malaya Malayan melalui harakahnya, Parti Negara sekitar tahun 19546 – 57.

Antara sebab – sebab saya memandang begitu, kerana sejak Najib Memagang jawatan Perdana Menteri, hingga pada hari menyambut 100 tahun beliau mengetuai kerajaan Malaysia, beliau tidak menekankan tentang Islam dan kebaikan beberapa undang - undang Islam.

Saya lalu teringatkan beberapa sahabat Nabi yang tegar iman mereka kepada Allah, sebelumnya mereka adalah terdiri dari individu – invidu musuh Junjungan, menentang agama Islam dan semua kandunga alam Quran.

PEMBANGUNAN BANGSA

Apabila Najib bercaka mengenai Nuzurl Quran – ulang tahun menyambut turun Quran pada Ramadhan, di Gua Hera, dan mengenai Khairul Ummah, menerusi laman web www. 1 Malaysia.com.my, maka keyakinan kepada gagasan 1 Malaysia oleh Najib, telah menjadi tetamu diri saya. Lalu minda saya yakin 1 Malaysia akan mendapat sokongan semua rakyat.

Najib berkata:

Kitab suci al Quran merupakan sumber terhebat

ilmu dan pembangunan bangsa untukn

meningkatkan ummah sebagai ’Kairul Ummah’,

iaitu umat manusia yang cemerlang dalam sebuah

kehidupan harmoni dan mempu menerajui negara

di bawah 1 Malaysia.”

”Kepentingan budaya ilmu dan pendidikan mela -

lui al Quran menunjukkan Islam mengutamakan

pembangunan dan menghargai pengetahuan.

Ia telah mewujudkan semua tamadun yang hebat

dan mencipta kesan tidak ternilai dalam pendi –

dikandan pembangunan dunia dalam semua

aspek kemanusiaan.”

Sumbangan Islam dalam bidang intelektualisme

menyerlah dengan hebat sekali melalui

kemunculan cendekiawan Islam dan ramai pakar

yang diiktiraf dunia.”

”Turun al Quran bukan hanya unjtuk mendidik

manusia mengnai ibadah tertentu seperti solat dan

puasa shaja ..., oleh itu dalam kontek ini masyarakat

pelbagai etnik dan agama di Malaysia, saya peraya

majoroti mesyarakatnya mengutamakan perpaduan,

keamanan dan kehamonian selain menerima

keunikan setiap kumuniti.”

HUKUM ISLAM

Maaf, dari garis inilah, saya melihat Najib dengan kepimpinannya telah berubah. Menampakkan ketulusan hati beliau, tidak selama – lama membiarkan rakyat negara ini, tetuama ummah berpecah belah disebab Islam dan asobiah (perkauman atau kebangsaan memuja kapitalisme).



Najib Razak

Memang, perpecahan ummah sejak zaman Perdana Menteri, Tungku Abdul Rahman hingga kepada Tun Dr. Mahathir disebabkan mereka menjadi pemimpin fanatik asobiah dan menentang kebanyakan hukum Islam.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara ini dan Najib oran g kedua, telah mempelopori kesedaran ummah untuk menghapuskan kefanatikan atau minda lapuk dan menerima Islam sebagai kata Najib ” sumber terhebat ilmu dan pembangunan bangsa untuk meningkatkan ummah sebagai Khairul Ummah.


Abdullah dan penulis

Saya ketahui, Najib yang dulunya, berada dalam kolongan menentang kebanahyakan suistem Islam, maka sejak wujud gagasan 1 Malaysia dan Nuzul Quran, beliau boleh dianggap (tidak keterlaluan) sebagai Salman Al Farisi pada zaman Rasul Allah Muhammad.

Kehadiran ! Malaysia dan kecederungan Najib terhadap Islam dan Quran, adalah hikmah dn berkat Allah mentakdirkan Abdullah Ahmad Badawi Memegang jawatan Perdana Menteri dan Najib timbalan beliau. Perkara hikmat ini dan kebaikan’ paduan’ mereka, saya telah mencatatkan dalam dua buah buku saya yang akan terbit, iaitu Najib Di bawah Sang Saka Bangsa dan Najib Pemimpin 1 Malaysia ( dalam bahassa Melayu dan Inggeris).

Saya telah menriti keselutuihan konsep 1 Malaysia. Mungkin tidak keterlaluan saya tekankan di sini, bahawa ia kelihatan seperti ada petunjuk dari Sahifah Madinah (Piagam Madinah), iaigtu sebuah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan beberapa golongan Yahudi di Madinah. Perjanjian itu menghasilkan perdamaian dan keharmonian umat manusia di Madinah pada awal tamadun ummah. Semua golongan Yahudi mengakui Muhammad pesuruh Allah, tetapi mereka tidak beriman kepada Junjungan.

Walau bagaimanapun 1 Malaysia tidak akan brjalan lancar, jika parti – parti politik yang duidukung oleh orang Melayu – muslimin dan muslimat tidak menyertai satu perundingan dan mengadakan ikatan persefahaman sehingga wujud sebuah kerajaan yang diangotai oleh individu - individu Kairul Ummah, iaitu ’Kerajaan Perpaduan’.

UMNO, PAS dan Parti Keadilan hendaklah bersikap berkorban demi kepoetingan bangsa Melayu dan agama Islam dan sama – sama ’membuang yang keruh ambil yang jernih’ dan selaras dengan firman Allah:

Dan berpegang teguhlah kalian pada tali Allah

(agama Islam) dan janganlah kalian berpecah –

belah ... (Ali Imran: 103)

Dan hendaklah ada di antara kalian satu golong-

An yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh

melakukan semua perkara yang baik serta melarang

melakukan segala yang buruk .. (Ali Imran: 104).

Saya mengakui, 1 Malaysia tidak akan bertahan lama, sekiranya tidak wujud Kerajaan Perpaduan. Maka saya mengalu- alukan hasrat mulia Najib untuk bunding dengan PAS bagi mencari permaufakatan untuk mebentuk Kerajaan Perpaduan. Hanya dengan wujud Kerajaan Perpaduan rakyat Malaysia akan hidup dalam perpaduan dan harmoni dan sebagai individu Khairul Ummah.

Rakyat Malaysia yang terdiri dari individu – individu bukan Islam yang telah berpengalaman ’hidup harmoni’ di negara ini, tidaklah memaksakan diri untuk berasa takut kepada Kerajaan Perpadauan yang akan menjadikan Islam sebagai tonggak kekuatan negara dan menjamin perpaduan rakyat yang terdiri dari menganu berbagai agama.

Malaysia akan mengangkat Islam sebagai pembimbing negara dan rakyat. Islam agama menjamin kesejateraan seluruh umat manusia di dunia dan menjamin kemanusiaan sejagat (mp).

No response to “SAYA FIKIR”

Post a Comment