| Nazri Abdullah | |||||
| IPOH, 2 Sept: Kesemua jalan masuk menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK pagi ini di tutup bermula jam 6.30 pagi tadi menjelang persidangan DUN pagi ini. Kesemua jalan itu termasuk dua jalan utama menuju dua pintu masuk ke SUK iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Istana. Sekatan jalan raya dibuat lebih 30 meter dari kawasan bangunan SUK di mana terletak di dalamnya Dewan Negeri yang dijangka digunakan oleh Speaker dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang hari ini. Tinjauan mendapati sekatan jalan itu bagaimanapun hanya memberi laluan kepada Ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk kesekolah, pekerja di bangunan SUK dan mereka yang bekerja di premis dalam kawasan lingkungan sekatan. Kesemua ADUN Pakatan dijangka berkumpul di bangunan Wisma DAP berhampiran bangunan SUK sebelum bergerak ke Dewan DUN jam 9.30 pagi. Sidang DUN dijangka berlangsung jam 10 pagi ini. -----------------------
(Berita ini diambil dari Harakah Daily, 2 September 2009) DUN Kota Siputeh: ADUN kekal... tiada pilihan raya kecil Kenyataan penuh Pengerusi SPR mengenai kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh Speaker DUN Kedah akan ambil tindakan lanjut: MB Najib mahu pemimpin jiwai perasaan orang miskin Wanita UMNO cadang panda 12 Fasal Perlembagaan parti dan 15 peraturan tetap Wanita Pergerakan Wanita UMNO Malaysia memutuskan agar penyertaan kaum wanita negara ini ditingkatkan jumlahnya kepada 30 peratus sekaligus dimartabatkan kedudukannya diperingkat pembuat keputusan dalam parti UMNO induk.Serentak dengan itu Mesyuarat Khas Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang dipengerusikan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil Selasai membuat ketetapan cadangan meminda 12 Fasal Perlembagaan UMNO dan 15 Peraturan Tetap Wanita yang meliputi pemilihan Presiden, Timbalan Presiden, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hingga peringkat UMNO Cawangan. MCA bakal saksikan dua EGM Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari Selasa mengumumkan perlantikan Datuk Abu Khamis sebagai Setiausaha Kerja BN yang baru menggantikan Datuk Yaakob Mohammad. Abu, 58 adalah bekas Pegawai Khas Setiausaha Agung UMNO dan juga bekas Setiausaha Politik kepada Tengku Adnan semasa menjadi anggota kabinet sebelum pilihan raya umum 2008 lalu. Yaakob pula mula berkhidmat dengan UMNO sebagai Setiausaha Kerja semasa Tan Sri Mohamad Rahmat menjadi Setiausaha Agung pada tahun 1988 dan setelah berlaku perubahan Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1996, Yaakob mulai tarikh tersebut menjadi Setiausaha Kerja BN. (Berita - berit ini diambil dari Agenda Daily, 2 September 2009) |
BERITA
at
17:47
Tuesday, 1 September 2009
JALAN KE BANGUNAN SUK PERAK DITUTUP






Tak ada pilihanraya! Setelah bermesyuarat hampir sehari suntuk pada Selasa, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memutuskan kerusi DUN Kota Siputeh Kedah masih disandang oleh Datuk Abu Hasan Sarif yang dimenanginya pada Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu. Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof, dalam kenyataan akhbarnya, berkata, setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan, di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, SPR memutuskan bahawa mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menerima pemakluman daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah pada 17 Ogos 2009 yang menyatakan terdapat kekosongan luar jangka di bawah Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, YB Dato’ Hasan bin Sarif dikatakan telah gagal hadir dalam Dewan Undangan Negeri dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut.
Agak sukar untuk membuat sebarang ramalan tentang keputusan yang bakal dibuat.Ia adalah kes pertama seumpamanya.Yang pasti semuanya debar menanti bila mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya di pejabatnya di Putrajaya bermula pada jam 10.30 pagi ini.Mesyuarat
Kerajaan Kedah bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN itu hari Selasa. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu setiap pemimpin merasai serta menjiwai perasaan orang miskin, daif dan susah apabila terpaksa menahan kedahagaan dan kelaparan agar sentiasa ingin berkhidmat, berjuang, membela serta membantu.
MCA bakal menyaksikan dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) iaitu yang dipanggil oleh presiden Datuk Seri Ong Tee Keat manakala satu lagi diusahakan oleh timbalan presiden yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.Sementara Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng hari ini mengarahkan perwakilan parti mengemukakan agenda mereka bagi EGM yang dipanggil oleh Ong menjelang Jumaat bagi mengelakkan dua EGM, Dr Chua pula berkata penyokongnya akan meneruskan usaha mengumpul tandatangan yang mencukupi bagi diadakan EGM untuk mengembalikannya semula dalam parti.
No response to “BERITA”
Post a Comment