SYAIR
Bila berada di puncak mahligai,
Lihat turun orang di bawah,
Jika tiada akhlak bernilai,
Lambat laun jatuh ke bawah.
Hidup kita mesti berbudi,
Kerana Nabi suruh begitu,
Hidup kita tidak abadi,
Ajal datang tidak menentu.
Jika tuan jadi Pemimpin,
Kuatkan iman teguhkan amanah,
Nama kita akan terjamin,
Berkat sentiasa direda Allah.
Hendak ke Makah tunai haji,
Jangan guna wang rasuah,
Tidak baik insan keji,
Hidup hina dimurka Allah.
Baik - baik jadi kekasih,
Jangan curang jangan ria;
Allah murka Nabi tak kasih,
Hidup kita jadi sia - sia.
No response to “SASTERA MELAYU”
Post a Comment