OIC Perlu Tangkis Tohmahan Kaitkan Islam Dengan Ekstremisme Dan Islamofobia
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bukan hanya merupakan satu platform kerjasama di kalangan ummah tetapi juga sebagai pentas bagi menangkis tohmahan yang mengaitkan Islam dengan kegiatan pelampau dan Islamofobia di peringkat antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata persepsi negatif dan penghinaan terhadap Islam yang semakin berkembang itu bertambah buruk terutama terhadap umat Islam yang tinggal di Barat.
"Ia menjadi tanggungjawab ummah untuk menonjolkan imej sebenar Islam dengan menekankan nilai-nilai universal, pencapaian dan warisan yang kaya dalam agama suci ini, yang mengajar pengikutnya bersikap toleransi dan menghormati orang lain," katanya dalam mesej sempena ulang tahun ke-40 penubuhan OIC yang dikeluarkan di sini Jumaat.
Najib berkata selepas 40 tahun, OIC telah berkembang menjadi sebuah badan yang berkhidmat bagi melindungi kepentingan umat Islam dan apa yang menggembirakannya ialah "pertubuhan itu telah "secara aktif bergiat dalam mempromosikan kegiatan bagi mempertingkat kerjasama dan penyelarasan di kalangan 57 negara anggota yang mempunyai 1.5 bilion penduduk".
Bagaimanapun, Najib berkata dunia hari ini adalah sebuah tempat yang jauh berbeza berbanding 40 tahun lalu serta banyak cabaran baru muncul. Bagi OIC untuk kekal relevan dalam dunia globalisasi, teknologikal dan tanpa sempadan, ia perlu bergerak dengan keperluan semasa."
"Para anggotanya perlu bekerjasama, memaksimumkan penggunaan sumber secara bersepadu demi manfaat dan kebaikan bersama seluruh ummah. OIC perlu mengenal pasti cabaran-cabaran baru dalam era selepas 11 Sept bukan hanya dalam bidang politik dan keselamatan tetapi juga di dalam lingkungan ekonomi dan sosial," katanya.
Najib berkata OIC perlu memainkan peranan sebagai pemangkin dan penyedia bagi pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan negara anggota yang kurang membangun dalam pertubuhan itu.
"Kita tidak boleh ketinggalan dalam peredaran dunia. Usaha bersama secara bersepadu diperlukan bagi menghapuskan belenggu kemiskinan yang masih melanda jutaan saudara seagama kita di seluruh dunia.
"Ia terserah kepada kita untuk membentuk nasib kita sendiri dan oleh itu kita mesti menanam cita-cita untuk maju tanpa bergantung kepada orang lain. Kemiskinan, kelaparan dan penyakit adalah musuh biasa kepada manusia," katanya.
Perdana Menteri berkata sementara masyarakat antarabangsa menangani masalah-masalah ini, OIC juga perlu memainkan peranannya.
"Sementara cabaran-cabaran itu begitu banyak, ia tidak boleh dibiarkan. Para anggota perlu merapatkan barisan bagi menanganinya demi manfaat generasi sekarang dan akan datang," katanya.
Mengenai isu Palestin, Najib berkata walaupun usaha di peringkat antarabangsa bagi menyelesaikan isu yang telah lama tertangguh, "kami kecewa dan terkejut berhubung keadaan yang teruk dan terus bergolak di kawasan yang diduduki rakyat Palestin."
Menyentuh mengenai peranan Malaysia dalam OIC, Najib berkata sebagai anggota pengasas pertubuhan itu, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam penubuhannya semasa memegang kerusi pengerusinya dari Oktober 2003 hingga Mac 2008, Malaysia telah mengorientasi semula fokus pertubuhan itu daripada semata-mata berbincang mengenai isu politik tetapi kepada menitikberatkan isu-isu ekonomi dengan pendekatan yang praktikal bagi kemajuan ekonomi dan pelaksanaan projek-projek di negara-negara anggota.
"Sehingga ini, kerajaan Malaysia tetap komited bagi meningkatkan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara anggota dan menggalakkan dagangan di kalangan negara anggota OIC. Walaupun potensi dagangan itu pada masa ini berada pada tahap 16.7 peratus daripada jumlah dagangan dunia," katanya.
(Berita ini diambil dari BERNAMA, 25 September 2009)
***** *****
Lelaki mahu rai hari jadi, isteri ditahan khalwat
KANGAR: Hasrat seorang suami untuk meraikan ulang tahun kelahiran isterinya berkecai apabila wanita itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki bukan Islam di sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.
Malah, suami wanita berkenaan menyaksikan sendiri isterinya ditahan bersama lelaki terbabit oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), kira-kira jam 5
Wanita berkenaan yang genap 31 tahun kelmarin, bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani dan pasangan itu mempunyai dua anak perempuan berusia dua serta enam tahun.
“Apabila pintu bilik hotel diketuk, wanita itu membukanya, manakala teman lelakinya berada di atas katil. Wanita itu memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki berkenaan,” katanya.
Lelaki berusia awal 30-an itu bagaimanapun, dibebaskan kerana bukan Islam, manakala wanita berkenaan dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 serta seorang penjamin, kira-kira jam 12 tengah hari semalam selepas keterangannya diambil.
Sementara itu, suami wanita berkenaan yang juga berusia 31 tahun, ketika ditemui berkata, beliau membeli kek bernilai RM35 dan sejambak bunga untuk meraikan ulang tahun isterinya, malam kelmarin.
“Ketika sampai di pekarangan rumah di Sungai Petani, saya melihat isteri bergegas menaiki kereta seorang diri dan saya mengekorinya sehingga sampai di sebuah hotel di sini,” katanya.
Beliau yang bertugas sebagai juruteknik kanan sebuah kilang, mengakui sebelum ini ada mendengar khabar angin berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai empat telefon bimbit.
(Berita ini diambil dari Berita Harian, 25 September 2009)
***** *****
Pas Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang
SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.
Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.
Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.
“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.
“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.
“Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Mohd. Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa wakil rakyat yang mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Desakan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini itu dibuat beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Khalid, Mohd. Azmi dan Santiago.
Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.
Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
(Berita ini dari Utusan Online, 25 September 2009)
***** *****
Harakahdaily | |
IPOH, 24 Sept: PAS mempertikaikan dasar bajet kerajaan BN Perak kerana kerajaan yang ada tidak pernah menggubal sebarang bajet baru selepas Umno dan BN mempertikaikan bajet yang dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan BN Perak yang dibentuk secara kudeta tidak pernah meluluskan bajetnya sendiri. Katanya, Bajet 2009 yang dibentang dan telah diluluskan dalam Persidangan DUN pada penghujung 2009 dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat "telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat. Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya. �Namun begitu sejak BN merampas kuasa di Perak, manakah dasar bajet yang telah diumumkan kepada rakyat? Inilah salah guna kuasa yang merupakan gambaran sebenar bahawa BN tidak mempuanyai kuasa yang sebenar dalam menggunakan Bajet 2009 yang telah diluluskan,� kata beliau dalam satu kenyataannya. Sidang yang bermula pada 10 Nov 2008 itu menyaksikan Perbahasan Enakmen Perbekalan sebanyak RM 643, 681,236.00 dan Usul Kumpulan Wang pembangunan 2009 sebanyak RM 175,838,000, yang akhirnya diluluskan. �Masih segar dalam ingatan saya semasa perbahasan dibuat, ADUN BN memperlekehkan Bajet 2009 yang telah dibentang oleh MB Pakatan Rakyat. Antaranya menganggap sebagai Bajet Tin Kosong. �Akhirnya saya beranggapan BN telah "menjilat" ludahnya sendiri dengan menggunakan Bajet tersebut tanpa ada dasar khusus, apalagi gagal memanggil satu sidang sah untuk membentang satu bajet baru kalaulah benar bajet yang dibentangkan kami adalah tin kosong. �Malu, tidak bermaruah, tidak berprinsip itulah mungkin yang saya boleh andaikan dengan perangai pemimpin BN di Perak yang telah membelanjakan wang rakyat tanpa ada dasar khusus,� katanya. MB Perak Pakatan Rakyat semasa membentangkan bajet tersebut telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen. Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009, beritahu Khalil dalam kenyataannya. Ini adalah antara apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini :- 1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM10.00 sebulan. 2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit. 3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. 4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat. 5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah. 6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan 7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400. 8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta. 10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan. 11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun. 12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu. 13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman. 14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir. �Kerana itulah saya beranggapan bahawa BN telah menggunakan dasar Bajet 2009 yang diluluskan semasa Pakatan Rakyat memerintah, dan sebenarnya rakyat Perak menerima banyak perubahan dengan dasar bajet yang bertemakan kebajikan itu,� katanya. Sekiranya Bajet tersebut tidak mematuhi dasar yang telah diluluskan dalam pembentangan DUN tersebut berarti telah berlaku sekali lagi pelanggaran undang-undang setelah sekian banyak pelanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh BN di Perak, katanya. Maka tidak ada jalan yang terbaik melainkan di bubarkan DUN Perak, dengan mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semua kerajaan yang sah di Perak, tegas beliau. |
(Berita ini diambil dari Harakah Daily, 29 September 2009)
No response to “BERITA”
Post a Comment