BERITA POLITIK


GENERASI MUDA MELAYU SERTAI DAP


Upacara penyerahan borang keahlian DAP oleh ketua cawangan.

Majlis berbuka puasa turut diadakan.


Azli Idris

Saudara Azli Idris, ahli Majlis Daerah Kuala Selangor berucap, “Sayalah satu-satunya ahli majlis DAP di Kuala Selangor. Saya berterima kasih kepada DAP Selangor kerana membenarkan Melayu sertai DAP kerana mereka tidak anti-Melayu, tidak anti-Islam tetapi menuntut keadilan. Apabila saya pergi majlis di Kuala Selangor, saya pakai songkok dan orang bertanya, ‘Ini ahli majlis parti mana? PAS? PKR? Tapi saya jawab DAP dengan bangga… Saya berharap lebih ramai orang Melayu akan tampi ke hadapan dan sokong DAP, terutamanya Pakatan Rakyat supaya di dalam pilihanraya akan datang, kita akan rampas balik kerajaan daripada Barisan Nasional”


Saiful Alimin Mohd Mokhtar

Wakil ahli baru, Saiful Alimin Mohd Mokhtar telah berucap, “Penubuhan cawangan ini ialah satu pemulaan yang baik…Memasuki DAP bukanlah keputusan yang mudah bagi orang Melayu, kerana DAP dianggap sebagai parti sosialis, dan orang Melayu beranggapan bahawa sosialis bererti komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis adalah sistem politik yang paling hampir dengan Islam. Ia merupakan sistem yang tidak membenarkan ketidakadilan. Di mana semua perubahan adalah untuk kebaikan, bukan untuk ketidakadilan.”


Ketua DAP Cawangan Kampung Lembah Kinrara, Haron Abdul Wahab.

Sessi bergambar beramai-ramai. 09/09/09 ialah hari yang penuh bersejarah dengan pembentukan cawangan DAP yang terbaru di Kg Lembaga Kinrara, yang merupakancawangan Melayu pertama di Selangor.


No response to “BERITA POLITIK”

Post a Comment