BERITA

Rujuk Al-quran selesai kemelut politik-Presiden PAS
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 17 Sept: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang menyeru seluruh umat Islam merujuk kepada panduan Al-quran dan Sunnah dalam menyelesaikan segala masalah dan perselisihan faham khususnya dalam bidang politik yang menentukan dasar dan hala tuju negara.

Beliau dalam teks khutbah Hari Raya Aidilfitrinya mengulas, Allah telah mengajar di dalam Al-quran bagaimana cara untuk menyelesaikan pertelingkahan di kalangan rakyat serta kerajaan.

Di dalam Al Quran juga ada diajar bagaimana menjalinkan persaudaraan di kalangan semua manusia, tanpa mengira bangsa dan agama.

"Semua prkara yang menjadi perbalahan dan berselisih faham yang menyebabkan perkelehaian hendaklah diselesaikan dengan kitab Allajh dan ajaran Rasul." jelasnya lagi.

Menurutnya, Allah turut menegaskan dalam Al Quran mengenai hubungan baik di antara pemimpin dn rakyat. Cara untuk menyatukan manusia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan latar belakang ialah dengan memerintan secara adil menurut ajaran Al Quran.

Tegasnya, Allah melarang dan mengutuk sekeras-kerasnya mereka yg mengambil petunjuk yang lain daripada Al Quran dalam menyelesaikan permasalahan yang dialami.

Beliau dalam tulisannya berkata, orang yang bertakwa ialah orang yang menjadikan Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panduan dalam seluruh aspek kehidupan termasuk dalam hal pentadbiran negara.

Untuk menjadi bangsa yang berjaya juga ujarnya, manusia mesti berpegang teguh kepada petunjuk dalam Al Quran dan sunah Rasululllah S.A.W.

Beliau turut mengajak para pendengar menyorot kembali sirah dahulu yang menunjukkan bangsa Arab yang asalnya miskin, buta huruf, dan penuh dengan sifat negatif, kemudiannya berubah menjadi kuat setelah menerima Islam namun akhirnya kembali menjadi lemah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

"Pemimpin negara dan para ulama' perlu bersama-sama memimpin dan menunjukkan kepada rakyat dengan kitab Allah dan cara beramal dengannya yang ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W." tulisnya.

------------------

ISA: "Saya akan penuhkan hingga pinggir Kamunting" - Hishammuddin
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 17 Sept: Sehari selepas membebaskan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengugut akan memenuhkan Kem Tahanan Kamunting sehingga ke pinggirnya.

Ugutan beliau itu dibuat ketika tokoh-tokoh MIC seolah-olah mengamuk menentang 'big brothers' di dalam Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pula menyatakan bahawa 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

"Jika ada orang yang merupakan ancaman kepada keselamatan, saya akan penuhkan sehingga ke pinggir Kamunting," ancam Hishammuddin.

Beliau berkeras akan mengekalkan pusat tahanan itu dengan mendakwa "ia merupakan merupakan pangkalan penting bagi memerangi sebarang ancaman terhadap keselamatan negara".

Dengan menggunakan alasan "untuk melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang ancaman ke atas keselamatan mereka," beliau juga memberi amaran akan "melakukan apa sahaja yang dibenarkan mengikut undang-undang".

"Kamunting ada di situ ada bersebab kerana ia adalah bagi melindungi sebarang ancaman terhadap keselamatan. Mereka (tahanan yang ada) merupakan ancamana kepada keselamatan," Bernama memetik beliau berkata ketika menjawab soalan mengenai sebarang cadangan bagi mengosongkan kemudahan di Kamunting.

Ancaman Hishammuddin itu dibuat ketika berlarutannya penentangan MIC terhadap Umno yang dilihat umum sebagai mengancam keselamatan dan kekuasaan BN.

Semalam, Ketua Pemuda MIC, T Mohan dilaporkan menuntut Umno mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Tuntutan Mohan itu membuktikan MIC sebenarnya tidak mengalah walaupun berundur setapak ke belakang apabila kelihatan tunduk kepada tekanan Umno dengan menggantung seorang perwakilan di perhimpunan agungnya, M Sukumaran yang berucap menyarankan potret Dr Mahathir dikalungkan dengan selipar Ahad lalu.

Ketika diminta pandangannya mengenai pergolakan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Mohan yang menuntut Umno mengambil tindakan ke atas Dr Mahathir itu sebenarnya ditujukan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu membidas kenyataan Najib ketika merasmikan perhimpunan agung ke-63 parti itu Sabtu lalu.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.

Anak lelaki Samy Vellu sendiri, Vell Paari melihat kenyataan Najib itu sebagai campur tangan dalam urusan dalam MIC.

"Para perwakilan (perhimpunan MIC) juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.

Samy Vellu bukan setakat menentang campur tangan tokoh-tokoh Umno dalam urusan parti yang dipimpinnya, malah menghentam BN apabila menyatan para pengundi India meluat dengan BN.

Keselamatan BN bukan sahaja terancam dengan penentangan MIC itu, malah ia turut tergugat dengan perpecahan MCA.

Salahuddin melihat tindakan Majlis Presiden MCA memecat bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai tindakan penentangan terhadap Najib dan Umno.

Dalam pertelagahan antara Chua dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ong Tee Keat, Najib dan Umno dilaporkan menyebelahi Chua.

Sebelum itu, dalam tindakan yang dilihat sebagai tamparan hebat kepada Ong, Najib melantik Chua sebagai ketua penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

"Ong dilaporkan amat marah dengan tindakan Najib melantik Chua ke jawatan itu," kata Salahuddin.

Menambahkan lagi ancaman keselamatan Umno dan BN, China Press Ahad lalu melaporkan Daim berkata, 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong BN.

Bahkan, katanya lagi, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.

Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.

Sebelum pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, bekas Bendahari Umno itu pernah memberi amaran tentang tiga negeri yang disifatkannya sebagai "kawasan panas" bagi BN, iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ketiga-tiga negeri itu akhirnya terlepas dari cengkaman BN dalam pilihan raya tersebut termasuk Perak yang akhirnya dirampas kembali oleh parti itu dalam "operasi lompat" yang dilaporkan telah diketuai sendiri oleh Najib.

Kelantan, dalam pilihan raya umum lalu, gagal dirampas oleh BN._mna_

(Dua berita ini dari Harakah Daily, 18 September 2009)


***** *****


NOODIN TERBUNUH



POLIS membawa jenazah Noordin (gambar kecil) yang ditembak mati di Solo, Jawa Tengah, pagi semalam.

Ditembak mati bersama pakar bom; Cap jari sama dihantar Polis Malaysia

JAKARTA: Militan paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top, yang diburu pihak berkuasa Indonesia selama sembilan tahun, ditembak mati di sebuah rumah bersama pakar bomnya di pekan Solo, Jawa Tengah, pagi semalam.

Ketua Polis Republik Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, mengesahkan lelaki yang ditembak mati itu ialah Nordin berdasarkan contoh cap jari yang dihantar Polis Malaysia.

Katanya, mayat Noordin ditemui di dalam rumah itu bersama beberapa mayat lain termasuk pakar bom, Bagus Budi Pranoto yang juga dikenali sebagai Urwah.

"Berdasarkan pemeriksaan doktor polis dan contoh cap jari yang dihantar Polis Malaysia, Alhamdulillah pada Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohammad Top," kata Bambang pada sidang akhbarnya yang disambut dengan tepukan pegawai polis lain.

"Dia adalah pemimpin al-Qaeda di Asia Tenggara," katanya pada sidang akhbar itu yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen ke seluruh negara.

Pengesahan mayat Nordin adalah kelegaan bagi pihak berkuasa Indonesia berikutan laporan Nordin ditembak mati dalam satu serbuan juga di Jawa Tengah, bulan lalu, tapi ujian forensik mendapatinya tidak benar.

Noordin, yang dilahirkan di Malaysia, menubuhkan sebuah kumpulan serpihan kepada kumpulan militan serantau, Jemaah Islamiah dan dianggap sebagai perancang utama serangan bom ke atas hotel Ritz-Carlton dan JW Marriott pada 17 Julai lalu, selain serangan di Bali dan Jakarta yang menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan.

Bambang berkata, selain Urwah, turut ditembak ialah rakan rapatnya, Ario Sudarso yang juga dikenali sebagai Aji dan penyewa rumah itu, Susilo.

Dalam serbuan itu polis turut menahan dua lelaki, selain isteri Susilo yang cedera.

Terdahulu, Ketua Polis Nasional itu mengadakan pertemuan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan bila ditanya sama ada benar Noordin dibunuh, Bambang berkata: "Ya... ya.... ya."

Laporan awal menyatakan lima mayat dibawa keluar daripada rumah itu, Empat daripada mereka dikenal pasti sebagai Urwah, Maruto, Susilo dan Putri Munaroh. Bagaimanapun, laporan kemudian mengesahkan Putri Munaroh hanya cedera.

Serbuan itu dilakukan awal pagi semalam selepas intipan polis mengesan tujuh suspek di dalam rumah berkenaan. Serbuan itu berakhir sebelum subuh, dan satu letupan kedengaran di dalam rumah berkenaan, kata jurucakap polis.

Operasi polis itu turut menyebabkan rumah berkenaan hangus.

Mayat Nordin diterbangkan ke Jakarta bagi menjalani bedah siasat.

Indonesia berada dalam tekanan hebat untuk menahan atau membunuh Noordin menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dirancang November ini.


--------------------


Sarawak, Sabah dapat lebih peruntukan

Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my



NAJIB sambil diiringi Abang Johari (kiri) bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Masjid Jamek, Petra Jaya pada majlis berbuka puasa di masjid berkenaan, semalam.

Langkah untuk rapatkan jurang dengan Semenanjung

KUCHING: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Sarawak dan Sabah akan diberi keutamaan dan peruntukan lebih besar oleh Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dalam usaha kerajaan merapatkan jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat ingin melihat pembangunan prasarana yang lebih meluas di kedua-dua negeri berkenaan yang kini masih jauh ketinggalan, termasuk dari segi bekalan air dan elektrik.

"Sudah tentu Sarawak akan mendapat peruntukan lebih dalam hal ini kerana agendanya perlu diperjuangkan kerajaan. Kita inginkan pembaharuan lebih besar supaya negara kita, termasuk umat Islam dan bukan Islam dapat menikmati pembaharuan yang lebih bermakna," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 umat Islam di Masjid Jamek, Petra Jaya, di sini, malam tadi.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Openg, menteri kabinet negeri dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.

Najib dan isteri turut menyertai umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di masjid berkenaan.

Mengenai kemiskinan, Najib berkata, ia adalah musuh Islam kerana kemiskinan membawa kekufuran dengan tidak ada mana-mana negara yang memerangi kemiskinan lebih berkesan berbanding Malaysia.

"Kita amat komited untuk terus memerangi kemiskinan menjelang akhir tahun depan dengan 45,000 rakyat miskin tegar dalam senarai e-kasih Jabatan Perdana Menteri, insya-Allah tidak lagi akan tersenarai dalam golongan miskin tegar," katanya.

Beliau berkata, kerajaan bukan saja melihat kemiskinan dari segi pendapatan, malah kemiskinan dari segi teknologi, ilmu, kemahiran dan semangat serta jiwa.

"Kita akan membawa lebih banyak kemajuan kepada Sarawak, insya-Allah. Kita akan pastikan pembahagian (pembangunan) ini dilakukan secara adil dan saksama kerana Islam menuntut kita supaya berlaku adil bukan saja kepada sesama Islam, malah kepada bukan Islam," katanya.

Najib berkata, dalam konteks membina sebuah negara bangsa, kekuatan dalaman adalah amat penting.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari yang mewakili Ketua Menteri Sarawak menyifatkan kehadiran Perdana Menteri dan isteri untuk berbuka puasa bersama rakyat di negeri ini sebagai bukti keprihatinan pucuk kepemimpinan negara terhadap rakyat Sarawak, sekali gus membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat.

(Beritsa ini diambil dari Berita harian Online, 18 September 2009)

***** *****

Polis rekod 41 kenyataan daripada saksi dalam kes pergaduhan kerabat diraja

Sebanyak 41 kenyataan telah direkodkan daripada saksi-saksi berhubung pergaduhan membabitkan anggota dua kerabat diraja di dua tempat di Kuala Lumpur pada 24 Okt tahun lepas, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Khamis.

Beliau berkata perkara itu perlu dikaji dengan terperinci dan mendalam bagi membuat keputusan yang adil dan saksama sebelum mendakwa mana-mana pihak.

"Oleh yang demikian, kertas siasatan perlu dikaji dengan mendalam dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengumumkan keputusan saya sebaik sahaja ianya selesai dilakukan," kata Abdul Gani dalam kenyataan.

Kertas siasatan itu pertama kali diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 18 Nov, 2008 dan selepas diteliti oleh para pegawai saya, ia dikembalikan kepada polis pada 1 Dis untuk siasatan lanjut pada 1 Dis.

"Ia telah diserahkan semula semalam, 16 Sept, 2009 kepada Pejabat Pendakwa Raya Kuala Lumpur dan kepada saya hari ini," kata Abdul Gani.

"Namun begitu, pada masa yang sama polis dan pegawai saya saling berhubung dan memberikan nasihat," katanya.

Bernama melaporkan katanya pada masa yang sama beliau difahamkan terdapat cubaan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik antara kerabat diraja berkenaan.

"Bagaimanapun, keadaan itu tidak mendorong polis berhenti daripada menjalankan siasatan yang perlu berhubung mana-mana kesalahan jenayah yang mungkin telah berlaku dan Pejabat Peguam Negara "tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat untuk memudahkan sebarang bentuk penyelesaian yang dilakukan secara peribadi".

Terdahulu pada sidang media di KUALA LUMPUR hari ini kerabat Diraja Negeri Sembilan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendakwa walaupun beliau dicederakan dalam pergaduhan di sebuah kelab di ibu negara pada hari berkenaan namun kes itu masih belum selesai sehingga kini.

Apabila tiada sebarang perkembangan berhubung kes itu walaupun laporan polis telah dibuat sejurus selepas kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Tunku Nadzimuddin berkata beliau akhirnya terpaksa bersuara.

"Saya menjadi mangsa serangan bersenjata. Saya diserang dengan senjata api dan saya telah dipukul di kepala dan muka saya. Tulang hidung saya retak dan saya mengalami kecederaan serius yang lain," katanya.

Tunku Nadzimuddin berkata beliau tidak mengetahui punca sebenar kejadian itu dan meminta agar polis segera menyiasat dengan adil bagi menyelesaikan kes berkenaan.

-------------------------------------


Dr Mahathir tak marah Sukumaran tapi sedih dikecam ahli UMNO sendiri

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di Putrajaya..

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota UMNO sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin UMNO kecam saya. Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada UMNO.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M. Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.

Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata : "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata...suruh buang daripada UMNO. Tapi orang tak react (beri reaksi). Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.

Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota UMNO dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam UMNO dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya,"

Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu.-

(Dua berita ini darqi Agenda Daily, 18 September 2009)





No response to “BERITA”

Post a Comment