ISTERI KAMARUDDIN JAAFAR MENINGGA DUNIA Harakahdaily |
KELANA JAYA, 11 Nov: Isteri Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser. (Gambar: Anak bongsu Datuk Kamarudin tiba dari asrama disambut abang dan kakaknya) Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini. Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi. Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk, sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC. Menjelang Mutamar PAS Jun lalu, Kamarudin telah memberitahu pucuk pimpinan PAS agar tidak lagi melantik beliau menjadi setiausaha agung. Alasan yang diberikan adalah untuk membolehkan beliau mempunyai lebih banyak masa dengan isterinya itu. Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini. Beliau mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan, sepanjang perkongsian hidupnya dengan Allahyarhamah. Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin Jaffar di atas pemergian isterinya, Datin Kamariah Kamarudin pagi tadi. (Gambar: Presiden PAS dan timbalannya antara yang memberikan penghormatan terakhir) Jenazah Allahyarhamah Datin Kamariah akan disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, SS7 Kelana Jaya dan akan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar. Seluruh warga PAS, kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta anak-anak syarikat mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah. Sehingga jam tiga petang, kelihatan pemimpin pelbagai peringkat mula berhimpun di perkarangan rumah Kamaruddin. (Berita ini diambil dari Harakah Daily, 12 November 2009) TAKZIA Saya, Mokhtar Petah dan keluarga Edit Thinker dengan perasaan sedih merafakkan ucapan takziah kepada Dato' Kamaruddin Jaafarf , Sabarlah. Kullunafsi zaaiqatul maut! |
BERITA
at
15:15
Wednesday, 11 November 2009
No response to “BERITA”
Post a Comment