KUALA LUMPUR, 17 Nov: Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.
Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.
Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan "tergantung" pengesahan Menteri Besar di Perak.
Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.
Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.
Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.
Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.
Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.
Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.
Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri.
---------------------------
Bashir Ishak dan Mohd Shubihi Muhamad Zain | ALOR SETAR, 17 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini membentangkan bajet 2010 bagi negeri Kedah. Bajet 2009 ini menggariskan empat strategi sebagai instrumen untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat.
Empat strategi tersebut ialah Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, membangunkan modal insan; Meningkatkan kesejahteraan Rakyat dan Memperkasa Jentera Pentadbiran Negeri.
Bajet yang dibentangkan ini berjumlah RM 1,279,614,642 merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM512,186,574, anggaran pembangunan sebanyak RM 347,541,580 dan anggaran bekalan air sebanyak RM419,886,488.
Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak 42 peratus adalah untuk bayaran emolumen; 34 peratus untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap; 20 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan dan 1 peratus untuk perolehan aset.
Sementara itu bagi peruntukan pembangunan pula, bajet 2010 diagihkan sebanyak 65 peratus untuk program prasarana; 20 peratus untuk pentadbiran; 8 peratus untuk pertanian, 6 peratus untuk agama dan sosial; dan0.34 peratus untuk ICT.
Manakala kerajaan negeri menganggarkan hasil yang bakal dikutip sebanyak RM496,085,253. Ini merangkumi Hasil cukai sebanyak RM281,314,403; hasil bukan cukai RM60,951,470 dan Terimaan Bukan Hasil RM153,819,380.
Anggaran hasil kerajaan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding tahun lalu (RM487,478,010).
Defisit yang dianggarkan pada tahun hadapan ialah sebanyak RM16,101,321 iaitu sebanyak 3.16 peratus berkurangan berbanding tahun 2009 sebanyak RM17,529,747 (3.47 peratus).
Sidang Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas bermula hari ini dengan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pagi tadi.
Sidang Dewan akan bersambung semula esok. (Berita ini diambil dari Harakah Daily, 18 November 2009) |
|
No response to “BERITA”
Post a Comment