BANGKAI DAN ULAT
Oleh: Mokhtar Petah
Malam sedang merangkak ke hujung. Butir-butir embun dingin luruh atas atap rumah Haji Tahir. Bagaikan orang ketagih madat, Haji Tahir duduk bercangkung dalam rukmahnya. Belakangnya disandarkan ke dinding. Marah. Sedih. Kecewa sendang mendera dirinya.
Pada pagi tadi Fauziah telah melahirkan anak lelaki. Anak haram, di Hisopital Besar Ipoh.
Isteri Haji Tahir, telah pergi ke Ipoh sebaik-baik sahaja mendapat khabar Fauziah telah berslain. Walaupun Hajah Ainun marahkan anaknya mengandungkan anak haram, tetapi hati ibu; sayang mengatasi marahnya. Dia menyayangi anak perempuan lebih dari segala-galanya.
Walaupun orang-orang kampung Haji tahir tidak mengetahui Fauziah hamil dan telah melahirkan anak luar nikah, tetapi Haji Tahir terasa telah hilang harga dirinya sebagai seorang ayah. Orang tua yang ada sedikit ilmu fardhu ’ain dan fardhu kifayah. Bekas pejuang kemerdekaan tanah air.
MENJADI PELINDUNG
Khabar Fauziah telah melahirkan anak telah disampaikan melalui telefon kepada Haji tahir oleh adik saudaranya, Shuhaimi yang tinggal di kampung Tasik, Ipoh.Sebaik-baik dia menerima khabar dari Shuhaimi, Haji Tahir terasa mukanya bagai ditampal kulit babi.Malunya tidak terhingga.
Fauziah telah berpindah ke Ipoh kira-kira dua minggu selepas Nik Kamariah menemuinya. Dia telah bekerja sebagai ’penterjemah bahasa arab ke bahasa Melayu’ dalam sebuah syarikat penerbitan, di kawasan perindutrian Tasik, dekat bandar Ipoh.
Fauziah teaalah tinggal di rumah bapa saudaranya, Shuhaimi yang telah berkeluarga. Shuhaimi dan isterinya, ustaza Nafisah telah menjadi pelindung Fauziah. Tidak ada dari jiran tetangga mereka yang mengetahui Fauziah hamilkan anak luar nikah.
“Kamu duduklah dengan kami,Fuzi, ...di sini tak ada siapa yang tau buruk baik kita,”kata Shuhimi kepada Fauziah pada hari pertrama Fauziah tinggal dirumahnya.
“Ia, Fuzi, apa yang kita tanggung,semuanaya takdir, sabar sajalah,”kata ustazah Nafisah.
“Sungguh kata mak su kamu tu, ...yang kamu kandung tu anak manusia,”kata Shuhaimi.
“Salah saya, silap saya, pak Su,”kata Fauziah.
“Tak apa, kan mak su kami dah kata takdir, sabarlah,”pujuk Shuhaimi.
“...tapi Fuzi tak nak bela anak ni,”kata Fauziah.
“Tak apa, ...bila dah bersalin nanti, kita berikan kepada kakak saudara mak su, di Kuala Kangsar, dia tak ada anak,”kata ustazah Nafisah.
”Terpulang kepada mak Su, ...baik pada mak su, pak su, baik pada Fuzi,”sahut Fauziah.
BERGELAR BETINA
Tidak ada seorang pun dari rakan-rakan Fauziah di tempat kerjanya yang telah menyangka anak yang sedang dalam kandungan Fauziah itu, anak luar nikah.Mereka menyangka anak Fauziah dengan suaminya.
Setiap kali Fauziah melihat anjing betina sarat mengandungkan anak-anaknya datang memungut sisa-sisa makanan di belakang bangunan pejabatnya, telah menyedarkan dirinya; dia bergelar perempuan, sama dengan anjing yang bergelar betina itu.Anak dalam perutnya dan anak-anak dalam perut anjing betina itu, anak-anak hasil hubungan jenis dengan jantan tanpa nikah.
“...dalam perut anjing tu anak-anak macam anak dalam perut aku ni...,” bisik Fauziah.
Pada tengah malam, Shuhaimi dan isterinya telah menghantar Fauziah yang mula sakit akan melahirkan anaknya, ke Hospital Besar Ipoh. Pada pagi esoknya Fauziah telah selamat melahirkan anak lelaki.
Sebaik-baik sahaja Fauziah telah bersalin pda pagi itu, Shuhaimi telah menelefon kepada, Haji Tahir, di Padang Rengas. Manakala ustazah Nafisah telah menelefon kepada kakak saudaranya, di Kuala Kangsar supaya datang mengambil anak Fauziah.
BERBUNGKUS DUKA
Haji Tahir tegasr hatinya. Dia tidak mahu menjenguk anaknya. Isterinya telah datang menggonggong seketul hati ibu yang berbungkus duka dan malu. Walau Jahat, buruk,cacat dan cela anak sendiri, namun kasih sayang ibu tetap ada pada hati ibu.
“Dia nak balik, baliklah, tapi jangana bawa anak tu...,”kata Haji Tahir.
“...anak Fuzi, abang, cucu kita juga...,”kata isterinya.
”Tak, bukan..., budak tu anak haram, teman tak ada cucu macam tu...,” jerkah Haji tahir.
Hajah Ainun, isteri yang taat kepada suaminya. Putih kata suami putihlah kata dia. Kata suaminya kata pemutus. Dia telah pergi ke Ipoh seorang diri dengan menumpang teksi. Luluh amat hati Hajah Ainun mengadap anaknya yang baru bersalin. Cucunya yang baru menjadi tetamu dunia. Bayi comel. Anak haram.
Fauziah duduk atas katil dalam wad bersalin. Hatinya sedang dimamah duka nestafa.Dua bola matanya merenung kepada bayi comelnya dalam pangkuan seorang perempuan, Zahara. Bayi itu akan di bawa pergi meninggalkan sebentar lagi.
“...Zainal, anak kita...,”raung hati Fauziah.
Air mata Fauziah tumpah atas sepasang pipinya.
“... anak kita Zainal..., orang ambil, Zainal,”raung hati Fauziah lafi.
Fauziah mengalik renungannya dari bayinya. Wajah ibunya direnung.Wajah ibunya moyok.
Seorang bidan Melayu telah datang membawa surat kelahiran yang dikeluarkan oleh hospital itu. Surat itu diserahkan kepada Fauziah.
“Nama bayi ni macam cik nak tu, Naufal Afandi bin Abdul Rahim,”kata bidan itu.
“Ia, ... binkan Abdul Rahim,”kata Fauziah kepada bidan itu.
“Ia..., ”sahut bidan lalu pergi.
“ Pak cik Bidin, ...anak saya ni bin Abdul Rahim, tak nama pakcik,...tak boleh berbinkan bapa angkatnya, haram..., Islam larang,”kata Fauziah kepada bapa angkat anaknya.
“Ia, kami setuju,’kata bapa angkat bayi itu.
Fauziah mengangguk. Sedih. Ibu Fauziah tunduk. Sedih.
“...cucu aku, ...orang bercucu, aku bercucu, ...cucu aku diambil orang...,” hati ibu Fauziah meratap
Naufal Afandi menangis atas pangkuan ibu angkatnya, seolah-olah tidak mahu berpisah dari ibu kandungnya. Fauziah menahan hati dan air matanya. Bayi yang dikandung semenjak dari Lembah Nil, Mesir hingga lahir di Lembah Kinta, diserahkan kepada orang lain.
“...ini wang seribu ringgit, hadiah dari kami, ”kata ibu angkat Nauafal Afandi.
Sebungkus wang kertas telah diserahkan oleh ibu angkat Naufal Afandi kepada Fauziah.
“Eh, tak payahlah,”kata Fauziah.
“Tak apa, hadiah ikhlas dari kami...,”kata ibu angkat bayi.
Jari jamari Fauziah terketar-ketar memegang bungkusan berisi wang itu. Wang dalam bungkusan itu berpindaha ke tangannya.Wang laksana surat perintah memisahkan dia dari anaknya.
“...aku nak ke Masir ramai orang beri wang kepada aku, derma kepada aku..., ...hari ni aku terima seribu ringgit, duit, duit...upah, ...jual..., anak aku..., anak haram...,” hati Fauziah meratap.
Dua biji mata Fauziah merenung kepada Naufal Afandi atas panggkuan ibu angkanya.
“Zainal, anak kita..., orang dah ambil...,”hati Fauziah meraung lagi.
Air mata Fauziah tumpah atas sepasang pipinya.Dengan ditabiri air mata,Fauziah melihat berbalam-balam anaknya sedang dibawah oleh ibu angkatnya keluar dari wad bersalin itu.
“...Zainal, cinta kita..., anak kita...,”hati Fauziah merintih.
Fauziah menangis. Ibunya membungkam. Sedih.
“Sabarlah Fuzi, ...takdir,” ustaz Nafisah memujuk.
“Ia, Fuzi, sabarlah...,”pujuk ibunya.
“Zainal...,”hati Fauziah meraung lagi.
*** ***
Masjid Kamaluddin, di Nakhon Sri Thammarat, tersergam indah dalam cahaya senja. Suara juruazan bergema ke seluruh kawasan sekitar dan beralun-alun di angkasa raya. Azan pada waktu Maghrib itu seolah-olah menyambut kedatang seorang lelaki zuhud yang tubuhnya sarang AIDS.
Zainal Rashid talah meletakkan pundutnya, di tepi pintu bilik air. Sambil menyahut seruan azan idia merenung orang-orang yang sedang masuk ke masjid dan sedang mengambil air sembahyang. Kemudian renungannya menerawang ke dalam warna senja. Selesai mengambil air sembahyang, dia telah mengangkat pundutnya dan masuak ke dalam masjisd suci itu.
Orang-orang dalam masjid itu bercakap sesama mereka dengan bahasa Siam. Mujurlah Zainal Rashid boleh bercakap dengan bahasa Siam. Bahasa itulah menjadai senjatnya dalam perantauan duka begitu.
SEMBAHYANG SUNAT
Selesai imam membaca doa lepas sembahyang Maghrib, Zainal Rashid telah membawa pundutnyanya ke sudut. Di situ dia sembahyang sunat. Bertobat kehadhrat Allah memohon keredaan dan menagih jalan yang lurus dari yang Maha Kuasa itu.
Sebaik-baik sahaja Zainal Rashid selesai berdoa, tiba-tiba bahu kanannya disentuh orang dari belakangnya. Dia berpaling ke belakang. Seorang lelaki berketayap putih dan berbaju Melayu dan kain pelikat telah lusuh, senyum dengan gigi brseringai kepdanaya.Zainal Rashid membetulkan duduknya dan berhadapan dengan dengan lelaki itu.Mereka berjabat tangan.
“Saya Hassan Kotel,”lelaki itu perkenalkan dirinya dengan dailet orang Melayu Pattani.
“ ...saya Amin,”Zainal Rashid berbohong.
“Tuan ni bukan orang sini,...Tuan dari mana?”Hassan Kotel bertanya.
“Ia, ...saya datang dari Kerunai, Ulu Perak,”Zainal Rashid berbohong lagi.
“Eh, jauh tu, ...tuan datang ke sini nak cari sapa?”Tanya Hassan Kotel.
Zainal Rashid senyum. Dua biji matanya merenung legat kepada Hassan Kotel.
“...tak cari sapa, ... saya nak menumpang di sini,”jawab Zainal Rashid.
Hassan Kotel merenung wajah Zainal Rashid.Dia yakin tetamu tidak diundang itu, seorang yang alim dan warak.
“Tuan nak duduk sini?” Hassan Kotel bertanya.
“... ia, saya nak duduk di sini,”jawab Zainal Rashid.
“Ooo, begitu, moleklah, ...Tuan nak mengajar di sini?”Hassan Kotel bertanya.
“Dak, saya tak boleh mengajar, ...tak dak ilmu,” jawab Zainal Rashid merendah
diri.
“...dah tu, Tuan nak buat apa di sini?” Hassan Kotel bertanya lagi.
“...saya bercadang nak buat ibadat, ...sambil cari akar kayu dalam hutan..., nak buat ubat,”jawab Hassan Kotel.
“Bagus sangatla tu, tak apa, lapas sembahyang Isya maghi ghumah saya,”pelawa Hassan Kotel.
KERANDA MAYAT
Zainal Rashid menerima pelawaan Hassan Kotel itu seperti orang mengantuk disurungkan bantal. Kalau tidak diajak oleh Hassan Kotel, entah dimana dia telah tidur pada malam itu. Mungkin atas pangkin dekat keranda mayat, di belakang masjid itu.
Pada malam itu, Hassan Kotel dan isterinya, Zaiton telah menjamu Zainal Rashid dengan nasi berkaukkan ayam masak merah, tomyam, sayur kangkung campur belacan dan sambal belacan cicah terung telunjuk berebus.
Sebelum tidur, Hassan Kotel telah bercerita tentang dirinya dan keluarganya.Dari cerita Hasaan Kotel itu, Zainal Rashid bersyukur kepada Allah, kerana dia telah bertemu dengan bapa dan ibu kepada pelacur muda, Nai, yang telah disewa dan bermalam dengannya, di sebuah hotel, di Songkhla lima malam lalu.
Keluarga yang menganut ajaran Budha itu telah berpindah ke Nakhon Sri Thammarat. Mereka telah memeluk agama Islam setelah berpindah dari kampung mereka di sempadang Siam – Laos, pada beberapa tahun lalu. Keluarga itu telah menjadi anggota-anggota masyarakat orang Melayu Nakhon Sri Thammarat.
“... orang Melayu..., ...Islam, tapi kami tak boleh cakap Melayu,”kata Hassan Kotel.
“Ia, tak apa tak boleh cakap Melayu, asalkan orang Islam,”kata Zainal Rashid.
“Kalau Tuan duduk sini, Tuan bolehlah mengajar orang sini,”kata Hassan Kotel.
“Saya tak boleh mengajar, ...tak ada ilmu,”kata Zainal Rashid merendah diri.
“Eh, takkan tak adak ilmu, ...saya tengok Tuan macam orang alim,”kata Hassan Kotel.
“...saya tak alim, ...pakaian saya saja, ...sikit, sikit tu adalah,”kata Zainal Rashid.
DANGAU USANG
Hassan Kotel senyum. Sebagai orang tua, dia percaya tetamunya itu seorang yang berilmu.Zainal Rashid telah tinggal di rumah Hassan Kotel selama dua hari. Dengan pertolongan Hassan Kotel, dia telah berepindah menumpang dalam sebuah dangau usang, terpencil dari kampung. Dangau itu terletak dekat gigi rimba, kira-kira dua ratus meter dari ssebatang anak sungai yang airnya mengalir dari gunung.
Di sekeliling dangau itu tumbuh aneka jenis tanaman; ubi kayu, ubi keledek, nenas, pisang, betik,jambu batu, jambu air dan beberapa jenis pokok buah-buahan.
“Tuan boleh makan ubi, pisang, buah-buahan yang ada di sini, ... saya yang tanam,”kata Hassan Kotel sebelum meninggalkan Zainal Rashid.
“Terima kasih,Pak Hassan,”ucap Zainal Rashid.
“Sama-sama, ...tak apa,”sahut Hassan Kotel.
“Dalam dangau itu ada beras, gula, kopi, garam, belacan ..., Tuan boleh makan,”kata Hassan Kotel.
“Baik, Pak Hassan, terima kasih,”ucap Zainal Rashid lagi.
“Sama-sama,”sahut Hassan Kotel.
Pada hari pertama Zainal Rashid tinggal di dangau itu, terasa dirinya benar-benar hina. Asing. Terbunga. Ibu dan bapa jauh di mata. Tunang dan kekasiah tiada di sisi.Sahabat handai entah di mana.
URAT SARAF
Pada malam yang ketujuh Zainal Rashid tinggal di dangau itu, wajah ibu dan bapanya, Fauziah, Nik Kamariah telah menjelma dalam otaknya.Hatinya pilku dan sayu terkenangkan mereka.Mereka itu terlalu jauh dari dirinya.Mungkin hingga ke akhir hayatnya, dia tidak akan bertemu dengan mereka itu.
Kira-kira tiga bulan Zainal Rashid tinggal di dangau tersebut, penyakit AIDS yang bersarang dalam tubuhnya bagaikan unak-unak rotan menariknya dari dunia ini. Selera maka tiada lagi. Semua sendiri dan urat sarafnya senga dan sakit.Tubuhnya kurus.Sepasang pipin dan sepasang matanya cegkung.Tidah bertenaga dan tidak berdaya lagi.
Zainal Rashid telah menjejaki hari-hari yang getir dengan semabahyang, bersikir, bertobat.Dalam otaknya terasak padat ayat-ayat Quran yang mjenginsafkan dirinya yang telah banyhak melakukan dosa.
Hanya Allah yang menerima Tobat dari orang-orang yang melakukan kejahatan kerana kebodohan mereka.[1]
Dialah yang menerima toba dari hamba-hamba-Nya, memaafkan kesalahan dan mengetahui apa-apa yang kamu lakukan.[2]
Hai orang-orang yang beriman! Tobatlah kepada Allah (dengan) tobat nasuha (sebenar-benarnya). Mudah-mudahan Allah menghapuskan dosa-dosa kamu dan memasukakan kamu ke dalam syurga...’[3]
Pada satu petang, dalama keadaan tubuh terlalu lemah,Zainal Rashid telah dicengkam perasaan rindu kepada mereka yang tersayang; ibu dan bapanya,Naik Kamariah dan Fauziah. Dia telah menuturkan sebuah sajak yang ditulisnya dalam berbahasa Arab. Suaranya terluah bagai meraung ke sekitar dangau dan sungai dekat rimba banat dan gunung ganang itu.
Cintaku pada dua kekasih,
Nik Kamariah, Fauziah.
Kasihku,
pada Ibu dan ayah.
Allah Maha Tahu,
hidupku telah musnah segala,
mati akan datang bila-bila,
menghantar aku ke alam baqa.
Zainal Rashid telah tinggal di dangau itu lebih empat bulan. Pada satu petang, dua telaga matanya bergenang air jenih. Air itu tumpah dan mengalir atas sepasang pipinya.Rongga dadanya bagaikan disumbat dengan sabut kelapa. Tubuhnya menggigil. Mulut, rahang dan pembuluh kerongkongnya telah kering.Badannya Panas membahang bagaikan dibakar api. Pepohon rimba yang direnungnya nampak berbalam-balam. Kelabu.Hitam. Gelap.
“...la ilaha illal lah...,” ucapnya.
“... Muhammad Rasulul Lah,”ucapannya lagi.
Dua ulas bibirnya yang pucat lesi bergerak-gerak lemah.Sepasang kelupuk matanya lemah, layu dan menutup dua bola matanya yang telah pudar.
LANTAI BULUH
Tubuh Zainal Rashid berbungkus dalam jubah putih. Lemah. Longlai. Semua sendi anggotanya tidak berpungsi lagi. Tubuhnya luruh atas lantai buluh dalam dangau itu. Di situ dia melepaskan nafasnya dengan payah. Allah terlalu hampir dengannya. Malaikat maut telah menjalankan perintah Allah dengan patuh. Ruh Zainal Kadir direntap. Tubuh pemuda siswazah syariyah dan usuluddin itu terpisah dari ruhnya.
‘Di mana saja kamu berada, nescaya mati mendapatkan
kamu,walaupun kamu dalam benteng yang teguh...’ [4]
Seminggu kemudian, pada satu pagi, Hassan Kotel telah datang ke dangaunya untuk menziarah Zainal Rashid. Ketibaannya telah disambut oleh bau bangkai yang amat busuk. Hassan Kotel terpaksa menutup sepasang lubang hidungnya dengan kain basahannya. Dia melangkahkan dua puntung kakinya ke dangau itu.
Hassan Kotel telah tiba berhampiran dangau itu, dia melihat lalat dan langau bagaikan sekawan lebah mengaung bunyinya dan menghurung seluruh dangaunya. Burung-burung ering, helang dan sewah berterabangan ke sana kemari menggonggong makanan. Beberapa ekor biawak dan beriang lari ke dalam semak sambil menggonggong makanan.
Hassan Kotel menjerit dan melolong sebaik-baik sahaja dia melihat bangkai Zainal Rashid atas lantai dangaunya. Bangkai itu sedang dihurung beribu-ribu ekor langau dan lalat.Ulat-ulat bagaikan biji-biji nasi mengerumuni daging dan urat yang berkecai dan Tulang-temulang yang berserakan. Belulang dan daging mayat itu telah hancur dan berkencai di sana sini. Baunya amat busuk bagaikan mengopak lelubang hidung.
Pakaian sufi Zainal Rashid - kupiah putih dan jubah putih - , telah berbaur dengan bangkainya. Warnanya seperti lumpur limbah. Sekalung bibi-biji tasbihnya berbelit pada tulang lengan kanannya.
Air danau bangkai Zainal Rashid yang meleleh atas lantai dangau itu, mengalir dan luruh atas bumi. Baunya busuk. Hanyir seperti bau bangkau gajah.
Hanyir. Busuk.
(Tamat) .
No response to “CERITA DARI NOVEL”
Post a Comment