NASIHAT


SIKAP MENTAL

Setiap manusia mempunyai empat macam sikap mental: 1 – mental bahimiyah (kebinatangan), iaitu yang melahir dan membangkitkan perasaan syahwat dan segala fikiran jahat. 2 – Sikap mental syubaiyah (binatang buas atau ganas), iaitu melahirkan sikap marah, dengki, permusuhan dan kebencian. 3 – Sikap mental kesyaitanan (syaitaniyah), iaitu yang melahirkan fikiran untuk menipu dan membolot hak milik orang lain (termasuk amalan rasuah - mp). 4 – Sikap mental Rububiyyah (keTuhanan) yang melahirkan perasaan sombong, mahu dimuliakan dan dipuji (manusia tidsak boleh menggunakan sikap ini – mp).

Semua sikap mental ini tumbuh secara beransur – ansur besesuaian dengan perkembangan tubuh manusia. Apabila telah mencapai usia empat puluh tahun, barulah tumbuh sikap yang sempurna dan melahirkan iman. – Imam Al Ghazali.


TAHUKAH


JIHAD

Ramai orang Islam yang takut berjihad (berjuang pada jalan Allah, menegak dan membela Islam, menegakkan negara Islam, membela umat Islam dl) berhasrat besar untuk masuk syurga, tetapi Allah ada bertanya dalam Quran; adakah mereka mengira mereka akan masuk syurga sedangkan mereka tidak berjihad.

No response to “NASIHAT”

Post a Comment