BERITA

“syok sendiri” penyebab rasuah berleluasa PDF | Print | E-mail
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 13 Nov: “Syok Sendiri” adalah punca utama berlakunya gejala rasuah dan penyelewengan oleh ahli politik di negara ini dan penyebab hilangnya integriti dalam diri masing-masing.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yakob berkata, kini semakin ramai ahli politik di negara ini sudah hilang integriti terutamanya bila berhadapan dengan sesuatu yang membawa kepada berlakunya gejala rasuah.

“Ahli politik juga berasa syok sendiri apabila mereka menerima maklumat berkaitan sokongan padu rakyat terhadap peribadi mereka ,sedangkan hakikatnya berlakunya penolakan secara menyeluruh di peringkat akar umbi dan akhirnya ahli politik tersebut akan kecundang.

"Oleh itu saya berharap dengan adanya integriti yang kukuh,mereka ini akan sentiasa menjadi harapan rakyat, " katanya ketika merasmikan majlis penutup Forum Kepimpinan Integriti Politik Dan Masyarakat Peringkat akar umbi Kawasan Parlimen Tumpat semalam.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat turut berharap gejala rasuah yang menjadi isu utama dalam parti politik lain tidak menular dalam parti PAS kerana rakyat akan memandang jijik kepada mana-mana pimpinan parti ini yang terlibat dengan rasuah.

“Rasuah adalah merupakan musuh paling utama, kerana melalui amalan rasuah, kehidupan masyarakat akan rosak dan ia juga adalah punca kehancuran sesebuah parti politik”ujar beliau lagi.

Beliau juga berharap dengan adanya kajian yang dibuat oleh tokoh-tokoh akademik seperti Profesor Dr.Aziz Bari, Prof.Madya Dr.Abu Hassan Hasbullah dan lain-lain tokoh akademik dijadikan kayu pengukur bagi ahli parti PAS dalam menjamin kejayaan parti ini meneruskan perjuangan.

“Kita seharusnya menerima kajian yang dilakukan oleh mereka ini walaupun amat berat dengan hati terbuka dan mencari jalan penyelesaiannya bukan hanya sekadar meminggirkan bila ia tidak bersesuaian dengan kehendak peribadi”ujarnya lagi..

Beliau juga berharap dengan adanya seminar maupun forum yang dianjurkan oleh Jabatan integriti ini akan diambil peluang sepenuhnya oleh seluruh kawasan Parlimen di negeri ini demi untuk memantapkan jentera parti dari peringkat akar umbi sehinggakan kepada Wakil-wakil Rakyat.


--------------------

Tidak akan hadir esok, tidak tahu menahu - Dr Asri
l
Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 12 Nov : Bekas Mufti Perlis menyelar tindakan pihak JAIS yang menghebahkan kepada media bahawa akan di dakwa di mahkamah syariah esok sedangkan tiada sebarang surat rasmi atau makluman dokumen kepada beliau sendiri yang tidak tahu menahu pendakwaan tersebut.(

"Sehingga kini saya tidak ada sesiapa yang menghubungi, hantar surat atau sebarang dokumen untuk meminta saya hadir di mahkamah syariah.

"Saya tidak akan hadir dan tidak boleh hadir kerana ianya tidak ikut prosedur yang betul. Kenapa dia hebahkan kepada media sedangkan mereka perlu maklumkan kepada saya terlebih dahulu.

"Saya sendiri tidak tahu menahu," katanya ringkas ketika menghubungi Harakahdailyt sebentar tadi.

Beliau yang kesal dengan sikap JAIS yang bertindak 'melangkaui' bidang kuasa dengan menjadi penghebah, penangkap, penguatkuasa, pendakwa dan penghukum dalam masa yang sama.

"Sikap dan tindakan melampau inilah yang menyebabkan orang hilang keyakinan terhadap kewibawaan pihak institusi agama seperti JAIS yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka," katanya

Semalam, menurut laporan portal berita beliau dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam, Penolong Pengarah Perhubungan Awam JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata kertas siasatan kes Dr Mohd Asri "hampir siap".

Menurutnya, pihak pendakwa kini sedang menyemak kertas siasatan tersebut sebelum mendakwa Dr Mohd Asri di mahkamah.

Mohd Hidayat berkata, JAIS akan juga mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah Gombak untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Syariah Shah Alam kerana ia dianggap kes 'berprofail tinggi'.

"Ia juga memudahkan kami menguruskan kes tersebut dari Shah Alam... selain itu, permohonan seumpama itu dibenarkan mengikut undang-undang," katanya.

Langkah terbaru Jais itu dijangka mencetuskan bantahan pelbagai pihak yang sebelum ini mengecam penangkapan bekas mufti Perlis itu ketika memberi ceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Gombak pada 1 November lalu.




No response to “BERITA”

Post a Comment