CATATAN SEJARAH MALAYSIA



RENTAK YANG SAMA



Najib Tun Razak Menteri Pertahanan dan Abdullah Badawi Menteri Dalam Negeri mempunyai tanggungjawab besar menghalang provokasi Dr. Mahathir Mohamad dan provokasi dari Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew bagi menjaga sesuatu yang tidak di ingini berlaku.

Dr. Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew seolah-olah menari dengan ‘rentak yang sama’ pada satu masa. Mereka seperti ‘sepasang rakan’ mahu mencarik atau mengoyakkan daun yang subur. Dr Mahathir Mohamad secara dalam dengan semangat orang dalam dan Lee Kuan Yew secara orang luar dengan semangat orang luar pula.

Dr. Mahathir Mohamad melakukan provokasi terhadap Abdullah Badawi, ‘mungkin’ supaya perpaduan Abdullah Badawi dengan Najib Tun Razak menjadi retak dan perpaduan UMNO khasnya dan orang Melayu amnya menjadi agak tidak kemas.

Manakala Lee Kuan Yew, ‘mungkin’ supaya perpaduan orang Cina dengan orang Cina dan perpaduan orang Cina dengan orang Melayu menjadi sepohon pokok yang daun-daunnya di makan ulat.

Lee Kuan Yew yang seolah-olah tidak mengambil kira perpaduan ASEAN telah mengambil sikap bersuara mengecam Indonesia dan Malaysia yang kononnya dua negara itu meminggirkan orang-orang Cina secara sistematik.

Lee Kuan Yew seorang ahli politik keturunan Cina dan menjunjung ideologi sosialis demokratik. Pada 27 Mac 1965, pada ketika ditemu ramah oleh wartawan dari Radio Australia di Melbourne telah berkata, “...sebagai seorang yang berfahaman sosialis, saya mahu satu masyarakat yang lebih adil dan lebih sama rata”, seolah-olah hendak menerapkan fahaman sosialis (amat mohair dengan fahaman komunis-mp) ke dalam masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat orang Cina di Malaysia khasnya.

Seorang pemerhati politik yang tidak mahu dinyatakan namanya berkata, “gerak tari dan lagu Lee Kuan Yew sama dengan gerak tari dan lagu Dr. Mahathir Mohamad yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.”

Lee Kuan Yew amat sedar, mungkin sampai pada akhir hayatnya masih wujud dalam mindanya, ‘ Parti politiknya, Peaples’ Action PartiPAP (Parti Tindakan Rakyat –PETIR)- , telah ditubuhkan oleh orang-orang Melayu,Cina, India dan Shik, di antaranya Abdul Samad Ismail (Singapura) dan Jamik Singh (Padang Rengas, Perak) kemudiannya menjadi parti yang dimonopoli oleh orang-orang China bertujuan menyatu padukan semua kaum di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu.

Apabila terbentuk Malaysia pada tahun 1965 dan masalah kerakyatan, maka PAP yang mempunyai ramai ahli di Semanjung Tanah Melayu terpaksa berpecah. Orang-orang Cina, India dan Shikh di Semenanjung Tanah Melayu yang menjadi ahli PAP terpaksa meninggalkan parti itu dan menubuhkan Democrat Action Parti –DAP-, yang mempunyai dasar yang sama dengan PAP.

Kecaman Lee Kuan Yew kepada Indonesia dan Malaysia kononnya untuk meminggirkan orang-orang Cina secara sistematik itu tentulah mendapat perhatian yang baik di kalangan DAP yang berfiikiran berbeza dari fikiran orang-orang Malaysia yang setia.

‘Hak Melayu telah dituliskan dalam

Perlembagaan, tujuannya ialah untuk

menolong menaikkan orang - orang

Melayu ke taraf ekonomi dan sosial

Yang lebih diingini. Perlebihan-

perlebihan ini disamabut baik oleh

Kerajaan Singapura yang bertugas

untuk mewujudkan satu masyarakat

sama rata.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Singapura telah menunjukkan kepada umum disalahgunakan yang telah dilakukan atas nama hak-hak Melayu, dan tekah juga dihujahkan dengan bersungguh-sungguh bahawa langkah mengadakan quata bagi lesen-lesen dan sebgainya hendaklah digantikan dengan ikhtiar-ikhtiar yang lebih praktik seperti memberi pelajaran percuma, perumahan yang lebih baik dan sebgainya. Dengan jalan begini, fadah-faedahnya tersebar sampai ke golongan bawahan, dan jauh memberi kesan, kerana dengan yang demikian orang-orang Melayu mendapat pertolongan ke jalan mencapai hormat-diri dan persamaan kebolehan. Pihak yang Ultra dengan sengaja memberi pengertian yang salah terhadap langkah yang praktik ini untuk kelemahan-kelemahan dasar mereka sendiri.’[1]

Dalam soal jawab di majlis penuntut-penuntut Malaysia di Adelaide pada 29 Mac 1965, Lee Kuan Yew menjelaskan, “Bantahan saya bukan terhadap adanya hak-hak istimewa (orang Melayu) ini tetapi hak-hak istimewa ini tidak akan menyelesaikan masalahnya. Bagaimana langkah memberi kesen-lesen bas atau lesen-lesen untuk menjalankan syarikat-syarikat bas kepada satu dua ratus keluarga Melayu dapat menyelesiakan maslah kemiskminan orang Melayu? ...di Australia dan New Zealand, semua peladang orang-orang yang mewah. Mengapa pula di Malaysia, semua peladang orang-orang miskin?”

Parti-parti politik orang Cina di Malaysia, MCA dan Gerakan telah mengecam bekas Perdana Menteri Singapura itu kerana campur tangannya dalam hal ehwal dalam negeri Malaysia.

Najib Tun Razak telah menangkis kenyataan Lee Kuan Yew itu dan menyelarnya serta menganggap kenyataan itu sebagai ‘ nakal’, tidak wajar dikeluarkan dan tidak perlu diterima oleh sesiapa pun.

Presiden Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik sambil mengingatkan Lee Kuan Yew supaya tidak campur tangan dalam hak ehwal negara ini berkata, “Mengapa orang asing mahu campur tangan (dalam hal ehwal kita). Kami kesal dengan kenyataan itu dan kami tidak mengalu-alukannya.”

“Apa yang Singapura tahu tentang Malaysia,”tanya Lim Keng Yaik.

Menurut Lim Keng Yaik, kenyataan Lee Kuan Yew itu terbabas dari kontek sebenarnya, kerana keadaan di Singapura tidak sama dengan keadaan di Malaysia.

Presiden MCA,Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata, Lee Kuan Yew tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mendakwa orang-orang di Indonesia dan Malaysia dipinggirkan secara sistematik.

“Sebagai bekas Perdana Menteri tentulah dia tahu yang kenyataan begitu akan memberi kesan buruk kepada negara jiran, beliau seorang yang ‘over-confident’,”katanya.

Pada masa gagasan Malaysia baru dibentuk dan Singapura masih dalam Malaysia, Lee Kuan Yew telah menjelajah ke beberapa bandar di Australia dan New Zealand untuk menerangkan kepada pihak kerajaan di sana dan orang ramai menerusi radio akan betapa baiknya gagasan Malaysia.

Di samping mengecam ‘sikap kebangsaan’ di negara baru Malaysia dan Indonesia, beliau menjajakan ideologi yang dijunjungnya, iaitu sosialisme demokratik.

Beliau juga telah menjaja ‘ideologi’nya kepada para penuntut Malaysia di negara-negara tersebut, “...kerajaan Singapura dalam usahanya secara beransur-ansur kepada mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan sama rata berpegang kepada faham sosialis demokratik sebagai jalan untuk mencapai tujuan yang suci itu”.

Apabila Singapura keluar dari Malaysia – sama ada dengan kehendak golongan Yahudi dan Inggeris Singapura atau terpaksa atas sebab-sebab lain, maka Lee Kuan Yew telah gagal melaksanakan faham ‘sosialis demokratik’nya di kalangan orang ramai di Semenanjung Tanah Melayu.

Fahaman ‘sosialis demokratik’ menganggap negara republik sahaja yang paling baik dan negara monarki atau beraja tidak baik, tidak demokrasi dan mesti diubah - suaikan.

Dalam sidang akhbar di Adelaide, Australia pada 30 Mac 1965, Lee Kuan Yew telah berkata:

“Politik perkauman dapat dijalankan di Malaya lama kerana sungguhpun orang-orang Melayu hanya 50 peratus daripada jumlah bilangan penduduk, mereka itu ialah 65 peratus daripada jumlah bilangan penduduk-penduduk. Siapa sahaja mendapat kelebihan suara dalam pilihan raya dengan sendirinya memegang kuasa dalam negeri. Tetapi hal yang demikian tidak dapat dijalankan di Malaysia.” [2]

Apabila kita meneliti pendapat Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman berbeza dengan fikiran ‘sosialis dimokratik’ Lee Kuan Yew mengenai kedudukan orang Melayu.

Dr. Ismail ketika berucap merasmikan Seminar Kepimpinan Pelajar-Pelajar Kebangsaan, di Kolej Pertanian Malaysia (kini Universiti Putara Malaysia-UPM), serdang pada 11 September 1972, berkata, bahawa Malaya merdeka akan membawa harapan bahawa orang-orang Melayu mendapat kedudukan istimewa dan taraf ekonomi mereka disamakan dengan kaum-kaum lain.

Berikut ini di antara kandungan ucapan Dr. Ismail tersebut:

“Dalam menilai atau mengkritik sesuatu yang timbul waktu itu, saudara patut juga menimbang- kan bagaimananya tokoh-tokoh politik generasi saya berjuang mencapai kemerdekaan negara serta kesulitan yang kami hadapi pada zaman penjajah.

Dalam hubungan ini, saya ingin menggambarkan dan menjadi panduan kepada pelajar yang akan muncul sebagai pemimpin negara di masa depan. Kesulitan pejuang-pejuang kemerdekaan hendak mencapai kemerdekaan negara sangatlah besar terutama sekali mengingatkan bahawa ada golongan nasionalis (orang Cina Perak dan Selangor yang diketuai oleh Law Pak Kuan mendesak kerajaan British supaya tidak memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu-mp)di negeri ini yang bekerjasama dengan penjajah atau boleh mengkompromi prinsip perjuangan dengan kuasa penjajah pada masa itu. Oleh yang demikian, sebagai usaha mendapatkan kemerdekaan dan demi mengadakan satu front bersatu dengan kaum-kaum lain sebagai memperkuatkan tenaga perjuangan telah diadakan beberapa persetujuan dengan kaum lain terutama sekali orang-orang Cina dan India.

Pada hakikatnya kompromi yang telah dicapai itu berasaskan dua faktor. Pertama, Malaya merdeka akan membawa harapan bahawa orang-orang Melayu mendapat kedudukan istimewa dan taraf ekonomi mereka disamakan dengan kaum-kaum yang lain.Kedua, bagi orang bukan Melayu pula, mereka patutlah diberi kerakyatan oleh sebab ketika menghadapi satu realiti di mana ramai penduduk-penduduk Tanah Melayu pada waktu itu bukan rakyat. Soal kerakyatan tersebut telah dipersetujukan dengan harapan supaya mereka ini menumpukan taat-setia yang tidak berbelah bagi kepada negara Malaya waktu itu.

Dengan tercapainya kemerdekaan, sungguhpun ‘kekuasaan politik’ berada di tangan pemimpin Melayu, pada hakikat yang sebenar Persekutuan Tanah Melayu ini adalah bercorak Malayan dan bukan hanya dipunyai oleh orang Melayu sahaja. Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka merupakan hasil daripada perjuangan rakyat semua bangsa seluruhnya.

Satu perkara yang penting yang telah dapat diperjuangkan sebagai hasil kemerdekaan ialah soal bahasa. Pada satu ketika terdapat manifestasi di mana sebahagian besar rakyat negara ini meragu-ragukan kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi ataupun keazaman pihak yang memerintah untuk mendaulatkan bahasa ini.

Sebagai pemimpin kerajaan kami tidak bercita-cita untuk menyerahkan sesuatu kepada bakal pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang kai anggap menuju kepada keruntuhan sahaja.

Gover

Power atau kuasa kerajaan akan digunakan untuk melaksanakan, memelihara serta mencapai objektif ini. Kami akan gunakan kuasa terhadap apa yang boleh mengancam kestabilan negara dan keharmonian masyarakat dengan tegas, tetapi adil tanpa mengira apakah kami menghadapi satu golongan anak-anak pelajar atau kepada golongan yang antinasional.”

Tunku Abdul Rahman telah memberitahu saya setelah Singapura keluar dari Malaysia, “ ...biar kita rugi kerana hilang sebuah pulau, daripada rugi kerana hilang raja Melayu dan bangsa Melayu sebagai ketuanan negara ini....”

“ kalau kita biarkan Singapura dalam Malaysia, parti itu (PAP) akan mendorongkan rakyat negara kita kepada cara tidak beraja, ...hilang ketuanan Melayu, hilang harga diri orang Melayu- Islam, ...negara kita akan jadi negara sosialis Cina macam Lee Kuan Yew duk nak,” kata Tunku Abdul Rahman lagi.

“Lee Kuan Yew dengan beberapa orang pemimpin politik Cina di Semenanjung ini ada niat hendak menghapuskan raja Melayu dan bangsa Melayu,”tambah Tunku Abdul Rahman.

Walaupun pada masa Singapura akan keluar dari Singapura saya adalah seorang wartawan, tetapi atas permintaan Tunku Abdul Rahman supaya percakapan itu dianggap ‘of the record’, maka percakapan Tunku Abdul Rahman dengan saya itu tidak menjadi bahan berita dan artikel.

Kalangan pemerhati politik percaya, langkah Dr. Mahathir Mohamad seperti’ membelasah’ Abdullah Badawi kerana Perdana Menteri kelima itu tidak menerima beliau sebagai menteri mentor, iaitu seperti yang diperolehi oleh Lee Kuan Yew. Setiap peranan atau politik yang hendak dilaksanakan oleh Perdana Menteri mestilah mendapat persetujuan menteri mentor.

‘Pada 22 September 1970, Tun Razak menjadi Perdana Menteri selepas Tunku Abdul Rahman bersara. Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang kedua pada bulan Februari 1959 apabila Tunku Abdul Rahman meninggalkan jawatan itu untuk berkempen pada pilihan raya umum tahun itu. Tunku Abdul Rahman men tinggalkan jawatan dan

menyerahkannya kepada Tun Razak. Sungguhpun demikian, Tun Razak sentiasa berhubung dengan Tunku Abdul Rahman dalam beberapa perkara yang penting.

Keadaan ini berlainan dengan Lee Kuan Yew di Singapura Chok Tong menjadi Perdana Menteri dengan Senior Minister Lee Kuan Yew yang mempengaruhi tugasnya. Jawatan Goh Chok Tong terhimpit oleh pengaruh Senior Minister . Dari segi politiknya, Goh Chok Tong tidak dapat bergerak sendiri sebagai Perdana Menteri. Goh Chok Tong tidak dapat membuat keputusan melainkan selepas mendapat persetujuan daripada Lee Kuan Yew.’[3]

Meneliti ucapan-ucapan Dr.Mahathir Mohamad mengecam Abdullah Badawi dan kerajaan, dan kenyataan Lee Kuan Yew mengenai Malaysia ‘meminggirkan’ kaum Cina, nyatalah mereka itu ada kekecewaan kerana gagal melaksanakan hasrat hati.

Kegagalan Dr.Mahathir Mohamad kerana tidak dapat menyatukan orang Melayu (katanya Melayu cepat lupa) dan umat Islam di negara ini. Tidak berjaya melihat jambatan bengkok di Selat Teberau, - Johor – Singapura.

Lee Kuan Yew, seperti bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawarta, keturunan Cina Hakka, gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu seperti Singapura, iaitu ‘ negara sosialis dimokratik’, kerana kesedaran Tungku Abdul Rahman dan Tun Razak akan ‘buruk baik’nya kalau Singapura berada dalam Malaysia. Lee Kuan Yew tidak berjaya untuk menggunakan ruang udara Malaysia bagi jet-jet pejuang dan kepentingan pertahanannya.

Allah menentukan segala-galanya. Jika Dr. Mahthir Mohamad masih Perdana Menteri dan Abdullah Badawi tidak memegang jawatan Perdana Menteri hingga tahun 2006, tentulah Jambatan Bengkok telah di bina dan Lee Kuan Yew berjaya melihat jet-jet pejuang Singapura mengusai ruang udara Malaysia.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein menyifatkan kritikan Lee Kuan Yew menyinggung perasaan Kerajaan dan rakyat Malaysia.

“Sudah menjadi kebiasaan Lee Kuan Yew membuat kritikan serta mencari keburukan Malaysia untuk mengukuhkan kedudukannya dan parti DAP, “katanya.

“Pemuda UMNO mahu Lee Kuan Yew berhenti menggunakan kritikan dan memburukkan Malaysia,”tambahnya.

Mungkinkah pada satu zaman nanti, Singapura akan menjadi ‘ancaman atau musuh’ kepada Malaysia seperti negara Israel (Jewish state) terhadap negara Arab – Palestin. Dunia telah meniti sejarahnya dengan ‘ sesuatu mungkin berlaku’ dan ‘tak mustahil akan berlaku’.

Menteri Hal Ehwl Luar Malaysia, Dato’ Seri Syed Hamid Albar kepada Buletin Rakyat pada 18 April 2006, “ Biar saya cakap begini, tidak ada satu negara pun akan untung menerusi konflik senjata. Dasar luar kita adalah dipengaruhi oleh pendekatan kita mencapai kemerdekaan. Kita tidak tubuhkan resistence movement atau kita melalui pertumpahan darah bunuh membunuh”.

“Kita tak pun terfikir dan tak pun timbul fasal perang. Kita tengok orang-orang di negara yang berperang, satu pun tak dapat manfaat,” katanya lagi.

“Saya fikir perang dalam konteks hari ini tidak akan menguntungkan sesiapapun. Saya tidak fikir negara seperti Singapura ada terfikir soal nak perang,”tambahnya.

Elak kita meneliti sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. sebelum penubuhan itu, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 telah mengumunkan pentingnya diwujudkan satu ‘persatuan ekonomi dan politik’ di antara kawasan Borneo Utara, Swarawak, Sabah, Brunei, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

Seperti yang disebut Tunku Abdul Rahman kepada penulis, bahawa beliau bimbang dengan beberapa perkembangan terakhir Singapura yang ada hubungan dengan ancaman komunis. Di samping itu Tunku Abdul Rahman menaruh rasa ‘tidak sedap hati’ terhadap PETIR pimpinan Lee Kuan Yew yang membawa pengaruh Sosialis Demoratik’[4] ke atas rakyat Malaysia.

Lee Kuan Yew dan PAP telah menyokong penubuhan Malaysia, kerana Malaysia akan dapat mengembangkan cita-cita seorang sosialis demokrasi Lee Kuan Yew ke seluruh Malaysia. Dengan demikian bangsa Melayu sebagai ‘ketua’ negara dan raja Melayu akan terhapus.

Elok kita meneliti cabutan ucapan-ucapan Lee Kuan Yew menyokong Malaysia yang dibuat di New Zealand dan Australia pada tahun 1965 seperti berikut ini:

‘Dari semasa ke semasa Soekarno[5] menyebut empayar Majapahit dan Srivijaya. Secara samar-samar dua empire itu merliputi seluruh Rntau Ini, termasuk Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Filipina.Dia tidak begitu tegas menerangkan di mjana sempadan-sempadan empire Majapahit dan Srivijaya itu berakhir. Tetapi, percubaannya dalam hal menerangkan ilmu alam dari segi politik mengikut aliran fikiran yang telah diasaskan oleh orang-orang Indonesia dengan theori bahawa telah ditakdirkan oleh Tuhan bahawa gugusan pulau-pulau yang terloetak di antara Lautan Hindi dengan Pasifik, di antara dunia bahagian Utara dengan Selatan, telah dimaksudkan untuk menjadi persimpangan jalan bagi dunia telah ditetapkan untuk dikuasai oleh satu pemerintah. Dan siapa saja yang memerintahnya dialah yang menguasai persimpangan jalan bagi dunia itu.

Malaysia mempunyai sejarah yang singkat sekali,keperibadian bangsa yang belum tentu daan perjalanan yang putus-putus.Yang demikian ini ialah akibat pemerintahan penjajah British selama lebih kurang 100 tahun. Penduduk-p4nduduk tyempat yang ada pada masa British tiba, tidak suka menjaedi pekerja buruh yang bmandur di ladang-ladang atau lombong-lombong.Jadi langkah membawa orang masuk ke dalam negeri dari China Selatan dan India Selatan digalakkan dengan giatnya.

Pekerjua-pekerja buruh yang murah dan rajin ini, dalam proses yang demikian,telahmembuka negeri, membina ekonomi berladang dan berlondong yang menjadi asas kemakmuran Malaysia dan dalam pada itu juga sekarang sudah memainkan satu peranan penting dalam ekonomi pembahagiasn dagangan, urusan-urusan bank, insuran, pembainaan asas-asas yang menjadi sendi peniagaan dalam semua bandar.

Adalah penting bagi satu bangsa mempunyai azam hendak menyelamatkan dirinya. Kalautidak begitu pertolongan dari luar tidak akan dapat menyelamatkan bangsa itu walaupun bagaimana besar sekali pun bantuan yang diberikan. Sama ada bantuan ketenteraan mahupun ekonomi.Tetapi kalau bangsa itu mempunyai azam demikian, maka bantuan yang diberikan tentu tentu mendatangkan kejayaan.Dalam hal Malaysia, bantuan itutentu dapat menentukan sama ada negara itu akan brjaya hidup sebagai satu bangsa yang mempunyai ekonomi yang tumbuh sendiri, kalau kami tidak diganggu dan dibiarkan hidup dengan aman, atau dicegah Indonesia mengharu kami, atau pun sebaliknya kami diheret masuk ke dalam lembah kegagalan seperti di Laos dan Vietnam Selatan.

Dalam hal Malaysia terdapat dua pembahagian.British berkewajipan mempertahan kan Malaysia.Australia dan New Zealand oleh yang demikian terlibat dengan hujah bahawa adalah bagi kepentingan mereka juga untguk mempertahankan Malaysia.Tetapi Amerika belum dapat dipengaruhi supaya keluar dari bersem bunyi di sebalik telunjuk supaya menyokong Malaysia menentang Indonesia, kerana kepentingan-kepentingan kuasa Amerika dalam rantau ini dengan latar belakang tindak tanduk politik jangka panjang Amerika telah menolong mendorong ia kepada satu kedudukan yang menampakkan sikap berfsembunyi di sebalik telunjuk sejauh yang mengenai perkara menyokong Malaysia menentang Indonesia, atau menyokong Indonesia menentang Malaysia.

Gambaran sebuah negara kecil, seperti Malaysia, yang sentiasa bergantung kepada bantuan daana jagaan tentera Barat bukanlah sesuatu yang menyenangkan hati. Kalau Malaysia sentiasa bergantung pada bantuan Barat untuk kerselamatannya; maka ia tidak patut diselamatkan.

Tetapi ada faktor-faktor khas yang mnyokong Malaysia untuk mencapai kejayaan. Ia mempunyai satu masyarakat berbilang bangsa. Orang-orang Melayu dan anak Bumiputera kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar. Orang-orang Cina, India dan lain-lain yang berasal dsari orang dagang, kebanyakannya tinggal di kawasan bandar.’[6]

Lee Kuan Yew yang telah menjadi pemegang kuasa di sebuah ‘negara republik kecil’ di tengah negara-negara dalam Kepulauan Malayu, mempunyai cara yang sama dengan pemimpin-pemimpin umat Krisitan dan Yahudi - Bush, Blair dan Pope Benedict XVI -, ‘ lepaskan cakap dengan tidak ambil kira sama ada uangkapan mereka itu menyakitkan hati orang lain atau tidak, kemudian mereka dengan mudah meminta maaf.

Mereka mengetahui, sebagai orang besar, orang kenamaan dan orang berpengaruh dalam negara atau dalam dunia, percakapan mereka itu diterima baik oleh sebilangan besar para pengikut dan penyokong mereka. Bagi mereka yang berakal dan terkena air liur basi mereka yang bercakap itu, maka ‘memohon maaf’ dari mereka itu sama dengan ‘seorang pelakon lelaki mengucapkan cinta atau kasih ‘kepada pelakon wanita dalam drama atau sendiwara’ sahaja.

Surat Perdana Menteri Abdullah Badawi kepada Lee Kuan Yew berhubungan dengan pembinaan jambatan di Tambak Johor.

‘Saya minta maaf kerana apa yang saya katakan telah menyebabkan tidak keselesaan. Selepas sedikit hububungan dengan perkara serius itu, telah dijawab oleh Lee Kuan Yew pada 29 Septembar 2006.Surat itu telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi negara itu, T. Jasadesan ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Salina surat itu dihantar kepda BERNAMA menerusi faks.

Di samping memohon maaf kepada Abdullah Badawi, beliau telah mengaitkan perkara antara pemerintah Singapura dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berhubung bermasalah dengan pemimpin sebelum anda. Perkara ini tidak diingini lansung.’

Lee Kuan Yew menjelaskan dalam suratnya, bahawa beliau tidak ada niat untuk masuk campur dalam politik Malaysia dan malah beliau tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi politik Malaysia atau menghasut orang-orang Cina di Malaysia.

Abdullah Badawi telah membuka mata hati Lee Kuan Yew dalam wawangcara bersama pengacara Anjali Rao dan Talk Asia CNN pada 14 Oktober 2006 dengan berkata, “Mereka (kaum Cina) sangat berjaya kerana kami memberi mereka peluang untuk berjaya. Kami benrkan mereka, anak mereka ke sekolah Cina...ke institut vokasional...belajar Mandarin dan mereka mengamalkan budaya mereka.”

“Tahun baru Cina disambut bukan sahaja oleh mereka tetapi oleh Melayu, orang lain...India. Kami saling menghormati yang semakin berkembang di Malaysia,”kata Abdullah Badawi.

Dalam wawancara itu Abdullah Badawi mahu Lee Kuan Yew mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan sesetengah orang menganggap Lee Kuan Yew mencampuri urusan dalam Malaysia.

Menurut Abdullah Badawi , bahawa masyarakat Cina di Malysia dalam kedudukan baik. Meteka lebih selesa berbanding rakyat peribumi, berbanding orang Melayu.

Menurutnya, semenjak Abdullah Badawi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, pada November 2003, hubungan antara kedua negara semakin baik. Dan beliau yakin rakyat Malaysia dan Singapura saling menghargainya.

Abdullah Badawai memberitahu sidang akhbar selepas bersidang dengan para ulama di Putera Jaya pada 3 Oktober 2006, berkata, “saya telah mengambil maklum mengenai yang beliau (Lee Kuan Yew) telah katakan dalam surat itu, semua yang telah dinyatakan.”

“Walau apa juga alasan beliau berikan, kenyataan seumpama itu boleh menghasut rakyat Malaysia..., kenyataan Lee Kuan Yew di Singapura itu tidak wajar dan tidak dihargai,”katanya lagi.

“Saya sudah tentu tidak bersetuju, saya tentu saja menolak alasan kenapa beliau (Lee Kuan Yew) membuat kenyataan itu,”tambah Abdullah Badawi.

Abdullah Badawi menasihatkan Menteri Mentor Singapura, supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan seumpama itu pada masa akan datang ‘kenyataan Lee Kuan Yew pada 15 September itu tidak patut diutarakan’.

Dalam surat itu Lee Kuan Yew tidak menafikan yang dia telah berkata demikian, atau silap kata atau seperti kebanyakan ‘orang besar’ menyalahkan para wartawan kerana memutar belitkan berita.

Najib Tun Razak ketika bercakap dalam majlis Ehya Ramadhan anjuran Bandar Perhubungan UMNO Kelantan, di Kota Baharu, pada 5 Oktober 2005, telah berkata, bahawa kerajaan tidak menganggap surat Lee Kuan Yew sebagai memohon maaf terhadap kenyataannya mengenai Kerajaan Malaysia meminggirkan masyarakat Cina.

“Surat itu meminta maaf kalau kita tidak selesa dengan kenyataannya, kita anggap mohon maafnya tidak mutlak,”kata Najib Tun Razak.

Kerana Malaysia sentiasa menjaga hubungan baik dengan Singapura, beliau berharap Lee Kuan Yew tidak melakukan lagi perbuatan yang boleh menyakitkan hati pihak kerajaan dan rakyat Malaysia itu.

Dr.Mahathir Mohamada telah menyifatkan Lee Kuan Yew seorang yang angkuh, kerana keangkuhannya, dia tidak mahu meminta maaf dalam suratnya kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi.

“Beliau tidak mahu minta maaf kerana keangkuhannya, sering menganggap kita (orang Melayu) sebagai orang yang tidak ada kedudukan, ...sebab tulah dia buat kelakuan begitu,”kata bekas Perdana Menteri itu di majlis berbuka Puasa, di UK Perdana, Ulu Kelang, dekat Kuala Lumpur, pada 6 Oktober 2006.

“Saya tidak hairan dengan apa yang dilakukan kerana sebelumnya dia memang macam itu,”tambahnya.

Menurut beliau, pada masa beliau memimpin negara ini, Lee Kuan Yew sering menimbulkan masalah, sering melewat-lewatkan rundingan dengan pihak Malaysia dan akhirnya satu benda pun tidak dapat dicapai.

Sesungguhnya kata-kata Lee Kuan Yew itu akan menjadi catatan dalam sejarah Malaysia dan Indonesia. Walaupun Lee Kuan Yew meminta maaf, tetapi kata-katanya itu amat berkesan kepada Malaysia dan rakyatnya, dan Pemerintah Republik Indonesia dan rakyatnya.

Bagi kebanyakan orang Cina – sama ada rakyat Malaysia mahupun rakyat Singapura, perkataan Lee Kuan Yew dianggap ‘kata hikmat yang perlu dikaji’ dan mungkin ‘perlu diikuti’. Sesungguhnya Lee Kuan Yew telah menyuntikkan sedikit seperti ‘madat salah kena’ ke dalam hati orang-orang Cina di Malaysia dan Indonesia.

Siapakah orang-orang perkauman yang ultra? Mereka telah dikenal sebagai pelampau-pelampau Melayu di seluruh Malaysia yang berusaha merayu kepada pengundi-pengundi di kalangan orang-orang Melayu dengan membuat dongengan-dongengan supaya membangkitkan semangat mereka untuk bertindak tanpa tanggungjawab.Yang demikian merekalah yang sebenar-benarnya musuh Malaysia berbilang keturunan yang mengatasi bangsa – keturunan, agama dan bahasa,” ungkapan Lee Kuan Yew kepada NZBC di Australia, pada 5 Mac 1965.



[1] Lee Kuan Yew, Malaysia Dalam zaman Revolusi, Singapura, hln. 64

[2] Ibid. hln.68

[3] Shariff Ahmad, Tun Razak Putera Titiwangsa,1999, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors

Sdn.Bhd. hln. 128.

[4] Disgi ‘sains politik’, manusia yang menganut fahaman sosialis demokratik menentang kapitalisme,

peodalisme tetapi mereka paling hampir dengan komunisme atau ada kemungkinan akan menjadi

penganut komunisme.

[5] Presiden Republik Indonesia 1945 – 1965.

[6] Lihat; Malaysia Dalam Zaman Revolusi, 1965, Singapura, Penerbitan Kementerian Kebudayaan.


(Dari dokumen sejarah Malaysia, oleh: Mokhtar Petah)




No response to “CATATAN SEJARAH MALAYSIA”

Post a Comment