QURAN, HADIS DAN LAIN


MANUSIA

Adakah umat manusia itu menyangka, bahawa mereka dibiarkan begiTu sahaja dengan tidak mempunyai tanggungjawab? Bukankah dulunya mereka setitis air mani yang tumpahkan (dari lelaki ke dalam rahim perempuan)? Kemudian menjadi segumpal darah, dan (Allah) menciptakan (bentuk) nya dan menyempurnakan kejadiannya. Dan dijadikan Allah dua jenis, lelaki dan perempuan. Tidakkah Allah yang amat (besar kekuasaan – Nya), berkuasa juga menghidupkan orang yang telah mati? – Al Qiamah: 36 – 40


HADIS

ILMU PENGETAHUAN

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Mengikuti (memperlajari) ilmu pengetahuan (mengikut yang dibenarkan oleh Islam) sekadar satu jam lebih afdal dari sembahyang selama seribu malam.

Perawi: Imam Bukhari


PETUA

MENGUMPAT

Orang yang sentiasa mengumpat orang lain, hati dan urat sarafnya menjadi seperti akar yang terputus dari pangkalnya, wajahnya tidak bercahaya dan hampir sama dengan wajah syaitan atau haiwan yang hodoh.


TAHUKAH?

KHAYAL DAN LEKA

Oleh kerana sebilangan besar orang Melayu khayal dan leka selepas negara mencapai memerdekaan pada tahun 1957, maka anak – anak muda mereka sekarangan telah hilang arah atau pegangan hidup mengikut Islam; ada yang menjadi hamba orang dan sedang menuju kepada keadaan, ’ merempat di bumi sendiri’.

No response to “QURAN, HADIS DAN LAIN”

Post a Comment