BERITA


Perkukuh perpaduan


DOA: Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaminkan doa solat Maghrib pada majlis berbuka puasa dan Majlis Kesyukuran Merdeka sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan ke-52 di Masjid Negara, malam tadi. - Foto Bernama

Rakyat perlu runtuh tembok pemisah antara kaum: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada, di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata, masa yang berlalu menyaksikan jambatan yang dibina oleh pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang cuba menangguk di air keruh.

Katanya, golongan itu mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.

Apa yang penting, kata Najib, rakyat perlu terus mengurus kejayaan dan membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang terpupuk selama ini.

"Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik, malahan akan musnah jika rakyat tidak berwaspada.

"Buktinya, lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan," katanya dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke-52 yang disiarkan, malam tadi.

Hari Kebangsaan ke-52 hari ini disambut dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahlukan Pencapaian Diutamakan.

Najib mengingatkan semua pihak, terutama generasi muda bahawa nikmat yang sedang dikecapi hari ini tidak terhasil begitu saja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.

"Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada mahupun tidak, tua atau muda," katanya.

Najib berkata, setiap seorang daripada rakyat negara ini mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia dan yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan bekerja keras dan keberanian mengambil risiko.

Menyingkap kembali sejarah selepas merdeka, Najib berkata, dengan pengalaman sendiri begitu singkat dan berlatarbelakangkan pemberontakan komunis yang belum reda, kewujudan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang meluas dan ditambah dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak ketika itu meramalkan Malaysia ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya.

Namun, katanya, negara membuktikan bahawa ramalan itu meleset sama sekali kerana dalam tempoh lima dekad merdeka, Malaysia berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju.

Malah, katanya, Malaysia menjadi negara pertama di dunia berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama, hanya dalam tempoh masa amat singkat, iaitu dua generasi saja.

Perdana Menteri berkata, formula rahsia yang mendasari kejayaan ini adalah tidak lain dan tidak bukan, faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan, "bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan".

Najib berkata, sepanjang lebih 50 tahun ini, rakyat dan negara menempuhi pelbagai peristiwa, suka mahupun duka, tetapi semuanya dilalui dengan jayanya.

"Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosio ekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 1969, kemelesetan ekonomi 80an dan krisis kewangan Asia hujung 90an. Semuanya kita tempuhi dan semuanya kita redahi dengan jaya," katanya.

Namun, beliau mengingatkan bahawa rakyat tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan baru.

Lantaran itu, katanya, untuk menentukan hari esok yang lebih baik dari hari ini, pentadbirannya memperkenalkan dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang Malaysia menjadi sebuah negara maju, antaranya konsep 1Malaysia sebagai dasar yang mempaksikan matlamat kerajaan.

"Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa-prakarsa yang konkrit. Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara," katanya.

Dalam perutusannya, Perdana Menteri turut menyeru rakyat agar menyuburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia.

Beliau turut mengajak rakyat agar merealisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

"Marilah pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama-samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjuk-Nya jua," katanya.

(Berita ini diambil dari Berita Harian Online - Bernama, 31 Ogos 2009)



***** *****


Arak kepala lembu, NGO Melayu cemar imej agama sendiri
Oleh Mohd Nor Yahya
Sun | Aug 30, 09 | 4:55:19 pm MYT
KUBANG KERIAN, 30 Ogos: Tindakan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu dan memijaknya di hadapan bagunan SUK Selangor dua hari lalu telah mencemarkan imej penganut dan agama Islam itu sendiri.

Akibat tindakan segelintir pihak itu, seluruh penganut Islam terpalit sama dan boleh dipandang serong.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS negeri Kelantan Ustaz Muhammad Mustafa berkata, selain menyinggung perasaan penganut agama hindu, tindakan di luar ajaran Islam itu juga mampu mencetuskan ketegangan kaum.

"Apakah dengan membuat demonstrasi membawa kepala lembu tersebut satu cara penyelesaian? Ini akan menyinggung perasaan penganut agama Hindu yang mereka menganggapkan lembu sebagai seekor binatang suci. Islam tidak menyuruh kita menyinggung perasaan penganut agama lain," ujar Adun Demit tersebut.

Beliau yang hairan dengan sikap pihak tersebut yang mendakwa mereka juga Islam, namun bertindak jauh melampaui batas dan tunjuk ajar agama dan sering kali menjadi dalang kepada perpecahan Islam dan perpaduan kaum.

Beliau yakin tindakan itu dilakukan kerana kurangnya kepada kefahaman agama islam itu sendiri.

Image"Mereka ini cuba menunjuk hero apabila mencanangkan merekalah pembela agama tetapi langkah membawa kepala lembu yang diletakkan di pejabat SUK Selangor adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan memalukan umat Islam di negara ini," ujarnya lagi.

Beliau yakin tindakan tersebut bermotif politik melihat kepada beberapa serangan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khususnya dalam perkara membabitkan sensitiviti agama Islam.

Sebelum ini Selangor diserang dengan isu "kandang babi moden" yang ingin diperkenal kerajaan Selangor bagi mengatasi beberapa masalah berkaitan akibat sistem penternakan babi tradisional yang diamal sekarang.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pakatan Rakyat itu juga diserang dengan isu 'penjualan arak' yang didakwa tidak sensitif terhadap ummat Islam negeri.

ImageJika diperhatikan, dalam kedua dua isu tersebut, kerajaan Pakatan Selangor sebenarnya tampil dengan penyelesaian terbaik terhadap masalah yang dibina zaman pemerintahan kerajaan BN dahulu lagi. Namun sebarang usaha penyelesaian itu pula telah dipolitikkan.

Selangor juga pada waktu ini sedang berdepan pelbagai lagi serangan, khususnya terhadap Menteri Besar dan exco DAP negeri itu.

Mengulas perkara itu Muhammad berkata, Pakatan negeri itu perlu bersedia kerana BN tidak akan berdiam diri untuk menjatuhkan Selangor seperti yang dilakukan kepada kerajaan Kelantan sejak dulu.

"Kalau dulu mereka sering menyerang negeri Kelantan dalam pelbagai isu yang juga melibatkan pelbagai kaum, namun Alhamdullillah sehingga kini kerajaan di bawah pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat bertahan dan kaum-kaum lain dapat hidup aman dan mereka juga tidak dinafikan tempat-tempat ibadat mereka," ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada Armalah (ubu tunggal) dan Anak Yatim di DUN Demit.

Seramai 400 golongan Armalah dan Anak Yatim dalam DUN itu menerima sumbangan kerajaan negeri Kelantan bagi menghadapi bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Mereka diberikan sejumlah RM200 setiap orang dan melibatkan keseluruhan RM80 ribu. Peruntukan ini dikeluarkan setiap tahun kepada seluruh DUN di Kelantan dan mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan.

Jumaat lalu kira-kira 50 orang Melayu dari beberpa NGO mengarak kepala lembu dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar sebagai bantahan terhadap cadangan memindahkan sebuah kuil di syeksyen 23 Shah Alam.

Media hari ini melaporkan pihak polis sedang membuat siasatan terhadap kes ini dan akan menggunakan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 dan Akta Hasutan ke atas mereka yang terlibat dalam perarakan berkenaan.

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam pada itu kesal dengan tindakan NGO tersebut seolah olah tidak menghormati suasana Ramadhan dan juga suasana menyambut hari Kemerdekaan.

(Berita ini diambil dari Harakah Daily, 31 Ogos 2009)

DARI SEJARAH NUSANTARA



BANGSA MELAYU

’Apabila telah nyata Raja - Raja Melayu dan Orang Besar – Besar telah mabuk angan – angan, maka diberilah kuat kuasa untuk mengerah rakyat jelata supaya mentaat dengan buta tulis akan Raja – Raja Melayu dan siapa yang menentang dan enggan taat kepada mereka dianggap khianat dan ingkar.

Diberi gelaran – gelaran kepada Raja – Raja Melayu di samping menyusun segala adat istiadat yang ramah tamah dan diadakan pula tingkatan yang berbeza atau kasta.

Tetapi bagi rakyat yang mempunyai semangat pemberontak memandang Raja – Raja dan Sultan – Sultan tidak lebih daripada lanun – lanun yang menang dan mengangkat diri sendiri menjadi Raja dan Sultan.

Tidak cukup dengan cara demikian, oleh Inggeris mencari pula lebai – lebai dan para ulama ujntuk mengajar agama Islam yang dalam pengajaran itu dimasuk kebesaran Raja – Raja dan Sultan - Sultan sehingga rakyat yang tidak mempunyai kesedaran memandang Raja – Raja dan Sultan – Sultan maha tinggi darjah hidup mereka.

’Pada tahun 1948 – 49, Undang – Undang Darurat diistiharkan dan tindakan Kerajaan Inggeris dengan tentera – tentera upahannya pun dijalankan di luar perikemanusiaan.

Dalam masa darurat ini semua parti politik yang berfahaman kebangsaan tulin (Melayu dan Islam) telah diharamkan dan pemimpin – pemimpinnya ditangkap dan ditahan serta diseksa dalam khemah - kehmah tahanan.

Undang – undang darurat disitharkan kepada dunia sebagai menyelamatkan negeri ini (Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura) daripada cengkaman komunis. Tetapi sebenarnya undang – undang darurat dan tindak – tanduk darurat itu dilaksanakan dengan tujuan untuk menumpaskan perjuangan anak negeri ini dan cita – cita bangsa Melayu.

Sesungguhnya, dalam masa darurat ini dan setelah pemimpin – pemimpin (kiri) Melayu ditangkap dan ditahan, maka perjuangan orang Melayu mulai lemah dan masing – masing tinggal dalam ketakutan. Salah cakap dan salah bertindak, akibatnya, kedalam tahananlah.

Pada masa inilah penjajah Inggeris memujuk dan membeli jiwaraga permuda – pemuda Melayu untuk bekerja dalam pasukan polis khas atau dikenali dengan nama ringkasnya S.C.

Anak Melayu dan pemuda pemudi rakyat negeri ini telah masuk menajdi anggota polis khas itu kerana lari dari kebuluran akibat terkanan darurat dan juga kerana beberapa orang ulama di negeri ini (ulama tembolok di pihak Kerajaan Inggeris) mengeluarkan fatwa, bahawa sesiapa yang masuk menjadi anggota polis khas bererti menjalankan tugas yang mulia di sisi agama Islam dan kalau mereka mati terbunuh, kematian mereka itu adalah syahid.

Benar – benar Inggeris berjaya dengan tipu muslihatnya melalui undang – undang darurat, pemuda – pemuda polis khas itu telah diletakakan dalam kawasan estate dan lombong – lombnong bijih untuk menjaga dan mengawal kepentingan kapitalis Cina dan Inggeris.

Polis khasa menjadi hamba dalam kawasan – kawasan harta punya penjajah’. (Dari buku Bangsa Melayu Menggugat Dunia, (1966), oleh: Mokhtar Petah)

SASTERA MELAYU

PANTUN

Dari sini ke Pulau Bangka,
Kota Medan Sumatera Utara;
Hari ini kita sambut merdeka,
Semua bangsa hidup bersaudara,



Putrajaya bandar baru,
Berkilat indah masjid besi;
Semua bangsa hidup bersatu,
Ibarat mencicah sebiji nasi.



Jika pergi ke Pulau Pinang,
Singgah sejenak di Matang;
Jika hendak hidup senang,
Kena menuntut pagi petang.



Tinggi tinggi si matahari;
Anak unta mati tertambat;
Sekutah bumi kanda mencari;
Baru adinda kanda dapat.



Dari mana hendak ke mana,
Tumpang perahu muata sarat;
Hari mana tahun mana,
Dagang piatu tidak melarat.

MALAYSIA



MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KITA, YANG KE – 52 KEPADA SEMUA WARGA NEGARA – ORANG MELAYU, ORANG KETURUNAN CINA, ORANG KETURUNAN INDIA DAN ORANG KETEUKRUNAN – KETURUNAN LAIN.

KAMI BERHARAP KITA SEMUA TERUS TAAT SETIA KEPADA NEGARA, BERSATU PADU DAN MEMEGANG KUKUH AKAN FALSAFAH, ’ DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG.

Mokhtar Petah

Petah Shahrir Aidid

T

BERITA LUAR NEGARA

PARTI ISLAM PATTANI TERUSKAN PERJUANGAN

Pattani (Selatan Thailan) , Ahad, Parti Islam Patani (PIP) yang berjuang mawakili umat Islam dalam empat wilayah di Selatan Thailand, akan terus berjuang untuk membebaskan empat wilayah tersebut dari terus dijajah oleh Kerajaan Siam dan akan menubuhkan sebuah negara republik Islam, demikian seorang anggotanya memberitahu.

--------------------

KUASA KAPITALIS

Jakarta, Ahad, Para angkatan muda Islam di Indonesia sedang dalam keadaan sangsi terhadap pemerintah republik tersebut akan terkobkong dalam genggaman golongan kapitalis Cina.
"Perubahan Republik Indonesia terjebak dalam tangan golongan kapitalis Cina semenjak Presiden Suharto berekuasa,"kata seorang ulama muda yang enggan didedahkan namanya.

------------------

ORANG ISLAM KETURUNAN INDIA DIINGATKAN

Karala, India, Ahad, Para ulama di sini mengingatkan orang - orang Islam keturunan India yang tinggal di Malaysia, terutama peniaga kedai makanan - nasi kandar - dari terlibat dengan gerakan Bariasan Hindu - Hindu Frunt -yang sedang bergerak di sana.
Barisan itu diwakili oleh dua tokoh politik dan perniagaan orang Indiua beragama Hindu, di Malaysia, di katakan membantu semua peniaga nasi kandar yang terdiri orang keturunan India Muslim agar menyebelahi mereka, menurut seorang ulama di sini.
"Tujuan itu ada dua hala, pertama, agar semua orang India Muslim di Malaysia tidak membantu gerakan dan perjuangan umat Islam India dan kedua dengan tujuan untuk mengukuhkan dana kewangan barisan tersebut,"katanya.
"Mererka yang terlibat dengan gerakan dan mendapat bantuan kewangan dari Hindu Frunt terpaksa membeli haiwan dan ayam tidak disembelik dari para peniaga yang terdiri dari orang Hindu.(Agensi berita Islam).



KISAH DARI NOVEL



NABI SULAIMAN TOLAK RASUAH

Ilmu Pengasih Paling Mujarab

Oleh: Mokhtar Petah

(Ulangan)

Sesungguhnya warkah ini dari Sulaiman, (bersamanya) dan sesungguhnya dengn nama Allah Yang Pemudah dn Penyayang.

(An Naml: 30)

Amalan rasuah telah berlaku sejak zaman berzaman lagi. Pada zaman Nabi Sulaimnan a.s., kerajaan Saba, di bawah perintah Ratu Balqis, telah mencuba untuk memberi rasuah dengan gadis-gadi cantik dan emas dan permata kepada Junjungan.

Dalam Quran, surah An Naml: 20 – 44 Allah telah menceritakan kisah kerajaan Saba yang telah menghantar hadiah (rasuah) kepada Nabi Sulaiman dan Junjungan menolaknya dengan tegas.

Nabi Sulaiman a.s. terkenal dengan kebolehannya memahami bahasa jin, haiwan, unggas dan serangga. Junjungan telah menguasai atau memerintah semuanya itu dengan pertolongan Allah yang Maha Kuasa.

Pada satu hari, Nabi Sulaiman telah memeriksa (pertemuan) dengan berbagai unggas. Didapatinya burung hud-hud – taguk-taguk atau belatuk -, tidak ada di kalangan burung-burung itu.

Lalu Junjungan bertanya, mengapa belatuk tidak ada dalam pertemuan itu. Junjungan memberitahu, jika belatuk tidak mengemukakan alasan menesabah akan sebab-sebab dia tidak datang dalam pertemuan itu, maka ia akan di hukum dengan hukuman yang keras.

Sebentar kemudian belatuk tiba ke dalam pertemuan itu. Belatuk memaklumkan kepada Nabi Sulaiman, bahawa baru pulang dari sebuah negeri, iaitu Negeri Sabah – Yaman (lihat, surah Saba: 15-20) dan membawa berita baik untuk Junjungan.

Saya mendapati(di Saba) seorang perempuan cantik (Ratu atau Maharani) memerintah rakyatnya. Baginda mempunyai segala-galanya dan istana yang besar.

Saya mendapati Baginda dan kaum (rakyat)nya menyembah matahari selain dari Allah. Syaitan telah (perdaya) mereka nampak perbuatan yang buruk itu sebagai baik dan menghalang mereka dari jalan (yang benar) kerana mereka tidak mendapat pimpinan Allah itu, tiada Tuhan selain dari pada-Nya. Pemimpin singgasana yang besar.(An Naml: 22 – 26)

Nabi Sulaiman telah memnberitahu belatuk itu, bahawa Baginda akan melihat, adakah cerita belatuk itu benar atau sengaja mendustakan Junjungan. Lalau Junjungan memerintahkan belatuk supaya membawa warkah Junjungan ke istana Ratu Balqis dan gururkan warkah itu ke dalam istana Ratu tersebut. Belatuk telah melaksana perintah Nabi Allah itu.

Sebaik-baik sahaja Ratu Balqi menemui warkah dari Nabi Sulaiman yang dugugurkan oleh berlatuk itu, maka Ratu itu memberitahu para bembesar atau kabinetnya.

Sesaungguhnya (warkah) itu dari Sulaiman (di antara isinya), dan sesungguhnya dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang.(An Naml:30)

Ayat Quran ini telah melembutkan hati Ratu Balqis dan perasaan cintanya kepada Nabi Sulaiman telah menguasai hatinya. Pada masa ini ayat tersebut telah dijadikan mentera pengasih lelaki kepada seseorang gadis yang mereka berkenan untuk dijadikan teman hidup.

Caranya: Apabila memandang gadis itu, baca istighfar tiga kali, di ikuti dengan memohon kepada Allah agar menjadikan hati gadis itu jatuh kasih kepada (yang berhajat), diikuti dengan membaca ayat itu, dan diikuti pula dengan pantun:

Terentak terenting atas batu,

Terberak terkencing ingatkan aku.

Baca selawat kepada Nabi Muhammad. (ulang tiga kali sambil menyedut nafas). Dengan izin dan kehendak Allah, berhasil.

Antara kandungan surat Nabi Sulaiman itu:

Jangan (baginda) menyombong kepada aku dan datanglah kepada aku dengan sujud kepada Allah (memeluk agama Islam). (An Naml: 31).

Ratu Balqi telah memberitahu anggota-anggota kabinetnya, supaya membaut pertimbangan akan hajatnya untuk mengadap Nabi Sulaiman itu. Ratu itu tidak akan memutuskan hal itu dengan sendiri mlainkan menerima keputusan kabinetnya.

Para anggota kabinet telah menenasihatkan Ratu Balqis supaya tidak tunduk kepada Nabi Sulaiman keran mereka mempunyai kekuatan untuk menentang Nabi Allah itu. Tetapi mereka menyerahkan kepada Balqis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Ratu Balqis memaklumkan kepada mereka, bahawa Nabi Sulaiman mempunyai kekuatan dan memnpunyai tentera yang ramai. Kalau Junjungan menyerang sesebuah negeri, maka negeri itu menjadi binasa dan rakyatnya menjadi hina.

Dan sesungguhnya, aku hendak mengirim hadiah (rasuah) hapadanya (Nabi Sulaiman) dan mahu melihat bagaimana utusan-utusan (kita) kembali (membawa jawapan).(An Naml:35).

Menurut kisah, bahawa hadiah-hdiah dari kerajaan Ratu Balqis itu, ialah 99 orang gadis cantik, emas dan permata yang dibawa oleh beberapa buah kereta kuda. Hadiah itu adalah rasuah agar Nabi Sulaiman membatalkan tujuannya untuk mengajak ratu itu memeluk agama Islam.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. mengembangkan agama Islam di Makah, para pembesar dan hartawan Arab Qurisy telah mencuba untuk merasuah Junjungan dengan menewarkan harta benda dan kekayaan kepada Junjungan agar Junjungan berhenti dari mengembangkan agama Islam. Nabi Muhammad s.a.w. telah menolaknya.

Tatkala utusan-utusan Ratu Balqis itu membawa hadiah-hadiah itu tiba di istana Nabi Sulaiman, Nabi Allah itu berbertanya kepada mereka:

Kamu semua hendak menolong (memberi rasuah) dengan harta (kekayaan)? (ketahuilah) segala yang diberikan oleh Allah kepada aku lebih dari dari yang diberikan kepada kamu sekalian.tetapi kamu semua rasa bangga dengan hadiah kamnuitu. (An Naml: 36).

Nabi Sulaiman telah memerintahkan utusan-utusan Ratu Balqis itu agar pulang dengan membawa kembali hadiah-hadiah tersebut. Junjungan memberitahu mereka yang Baginda dengan bala tenteranya akan menyerang negeri mereka.

Setelah utusan dari Ratu Balqis berangkat pulang, maka Nabi Sulaiman telah bertanya kepada para pembesarnya (mungkin dengan makhluk Islam yang terdiri dari jin dan manusia), iaitu siapa di antara mereka yang sanggup menerbangkan istana Ratu Balqis di Saba ke negerinya, sebelum Ratu Balqis dan rakyatnya datang menyerah.

Sejenis jin yang paling kuat bernama ‘Ifrit telah bengun dan memberi kesanggupan menerbangkan istana ratu itu. Dia berkata:

Aku sanggup membawan ya kepada kamu sebelkum kamu berdiri dari persidangan kamu, sesungguhnya aku sangat kuat dan (boleh) dipercayai.(An Naml: 93).

Di antara mereka itu ada seorang lelaki, menurut ahli tafsir Quran, dia bernama Asyaf, telah bengun dan menyatakan kesanggupannya kepada Nabi Suliaman.

Kata seorang lelaki yang berpenetahuan tentang kitab telah menyatakan kesanggupannya kepada Nabi Sulaiman: Saya sanggup membawa (istana ratu Balqis) kepada Junjungan dalam sekelip mata. Setelah itu (Nabi Sulaiman) melihat istana tersebut berdiri tersergam di hadapannya. Junjungan telah berkata, Ini adalah dari kurniaan Tuhanku, kerana dia hendak menduga aku. Apakah aku tahu bersyukur, dia bersyukur untuk kebaikan dirinya. Dan siapa yang tidak bersyukur, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Mulia.

perhatikan, adakah dia (ratu Balqis) mengetahui atau dia dari mereka yang tidak jengetahui.(An Naml:40,41).

Istana Ratu Balqis itu diubahusai dengan segera dan lantai masuk ke dalam ruang tamu Istana itu diperbuat dari batu marmar yang bercahaya seperti air mengalir.

Setelah ratu Balqis itu tiba, ditanya (oleh seseorang) kepadanya, adakah istana Tuanku seperti ini? Dia (ratu Balqis) menjawab: Keadaannya seperti (istana) ini. Dan kepada kami diberi pengetahauan sebelum ini (tentang ratu Balqis dalam Bible). Dan kami adalah orang-orang yang orang-orang beragama Islam.

Dan yang menghalangnya menyembah lain dari Allah (ratu itu hidup ditengah rakyat yang menyebah matahari dan haiwan-haiwan, itulah yang menhalangnya dari menyembah Allah). Sesungguhnya ratu itu termasuk kaum yang kafir. (An Nzaml:42.43)

Pada ketika hendak melangkah masuk ke dalam istana tersebut, ratu Balqis telah menyelak kainnya sehingga nampak betisnya kerana dia menyangka langtai marmar itu air sedang mengalir.

Dikata (dipersila)kan kepadanya (Ratu Balqis): (Silalah)Masuk ke dalam istana. Setelah dilihatnya, disdsangkanya air kolam (disingsingkan kainnya) dan terdedah betisnya. (Nabi Sulaiman) bersabda : Sesungguhnya inilah istana yang dipersenikan dengan kaca (marmar).(ratu itu bertitah):Ya tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, dan aku (mengaku) aku tunduk (memeluk agama Islam) bersama Sulaiman, kepada Allah Penguasa semesta alam. (An Naml:44).

Dalam kitab Byble, dalam Bab Raja-Raja yang pertama, ada dikisahkan tentang Ratu Balqis pada ketika bertemu dengan Nabi Sulaiman, iaitu : 10: 6-7:

“Lalu katanya kepada Raja (nabi) Sulaiman : “Benarlah seperti khabar yang beta dengar di negeri beta akan hal ehwal Tuanku.”

“Maka khabar itu pun tidak beta tidak percayasebelum beta datang ke mari dan mata betas sendiri melihat semuanya, maaka sesungguhnya, separuhnya tidak dikhabarkan kepada beta, kerana hikmat (pengetahuan) dan harta benda Tuanku yang meliputi segala khabar yang beta telah dengar itu.”

Ratu Balgis tidak sahaja beriman kepada Allah dan Nabi Sulaiman, bahkan hatinya telah jatuh cinta kepada Nabi Allah itu. Maka ekoran dari per temuan dua orang ketua kerajaan itu, maka Ratu Balqis telah menamatkan usia mendaranya dengan berkahwin dengan lelaki yang dicintainya itu.

Mungkin para penyair kini dapat mengukir sajak mereka tentan Ratu Balqis seperti saya di bawah ini:

Biar sahara gersang panas membara,

Biar betapa perit meleraikan kuasa,

Aku hanya perempuan dara,

Hatiku selembut dedaun muda,

Imanku pada Allah Maha Kuasa,

Cintaku pada lelaki Rasul-Nya,