SASTERA MELAYU

PANTUN

Tanah mana hala ke hulu,

Paya dalam hala ke seberang;

Punah bangsa kerana tak bersatu,

Anak cucu jadi hamba orang.


Orang Belanda minta tanah,

Cukup dapat sekangkang kera;

Hilang bangsa agama punah,

Hidup melarat di mana - mana.


Naik sampan mudik ke hulu,

Kain batik dibiar basah;

Baik damai kita dahulu,

Kerana politik kita berpecah.


Peria katak menjalar ke padi,

Taruk ubi dari seberang;

Jika tidak dengan budi,

Hidup kita dibenci orang.


Dari mana hendak ke mana,

Datang tamu waktu pagi;

Jika kita tidak beragama*,

Hidup mati tentu rugi

*Islam

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment