JIKA DIIZIN ALLAH
HAJI AWANG TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
Hadi Awang
Putrajaya - Khamis. Di kalangan orang ramai seluruh negara sedang bercakap mengenai topik; adakah akan wujud Kerajaan Perpaduan, hasil kebijaksanaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Dato' Haji Abdul Hadi Awang.
Dua pemimpin Melayu ini sama - sama memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan orang Melayu dan rakyat Malaysia dari semua keturunan pendatang dan sekali gus menjadikan mereka sebagai satu keluarga yang aman.
Beberapa orang cedekiawan - politikus, penulis politik dan pensyarah ilmu sejarah dan sain politik, dalam pertemuan bersingan di sini hari ini, berpendapat, kemungkin wujud 'Kerajaan Perpaduan' seperti pengantin berada disebalik tabir yang nipis sahaja pada hari akad nikah.
"Kalau berlaku 'Kerajaan Perpaduan', kabinet Malaysia akan berubah menjadi kebinet 'Kerajaan Perpaduan' dan Presiden PAS akan mengambil tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri,"kata politikus yang memiliki ijazah sain politik yang enggan dicatat namanya.
"Jika Najib benar - benar mahu mewujudkan 'Kerajaan Perpaduan', maka beliau hendaklah relah berkorban atau tahan berugi, di antaranya mengubah suai kabinet yang ada menjadi sebuah kabinet 'Perpaduan dan harmoni' dan bertanggungjawab,"katanya.
Penulis politik yang juga enggan didedahkan namanya berkata: " Kalau wujuudkan 'Kerajaan Perpaduan', UMNO akan selamat dalam menghsdapi pilihan rtaya akan datang, tetapi Kerajaan itu tidak akan sempurna jika penasihat Parti Keadilan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menyertai kerajaan itu."
"Untuk mewujudkan 'Kerajaan Perpaduan', semua pihak - parti politik pihak kerajaan dan parti - parti pembangkang mestilah mengambil sikap yang tulus 'buang yang keroh dan ambil yang jernih', "katanya lagi.
"Sampai bila rakyat Malaysia berada dalam pecah belah? Saya yakin Najib dengan kebijaksanaan yang ada, beliau boleh mewujudkan 'Kerjaan Perpadauan' dan mendapat sokongan semua parti politik di negara ini," tambahnya.
Seorang cedekiawan Melayu berkata, " Pak Sheikh (Anwar Ibrhaim mesti diajak berunding dan beliau mestilah diberi tempat dalam kebinet yang akan menjamin 1 Malaysia mencapai matlamat para pemimpin yang lalu."
"Apa guna kuasa di tangan, jika rakyat berpecah belah ..., dari pecah belah Melayu itu akan berlaku seperti kata falsafat orang Melayu, 'antan sama antan beringkah ayam yang kenyang' atau 'kapal pecah yu kenyang'," ujarnya.
Beberapa orang pemerhati politik yang ditinjau pendapat, mereka mengalu - alukan usaha Najib dan Haji Hadi, kerana usaha itu membuktik mereka itu patuh kepada perintah Allah agar umat Islam bersatu padu.
No response to “BERITA”
Post a Comment