datuk seri betul ker nk amik kerajaan pusat ni? jgn sembang jer…. datuk seri, saya ada kwn anak kepada datuk kamarudin md nor (kelantan), oleh kerana saya tak berapa semak keputusan election di kelantan, haritu berkesempatan jumpa dia tanyer lar… ayah hang menang?.. dia jwb kami sekeluarga syukur kalah, jadi apa pendirian datuk seri tentang datuk kamarudin, dia masih sokong datuk seri walaupun dalam umno,mungkin ada tekanan yang dikenakanterhadap beliau sewaktu ditahan isa kerana cuba bersama datu seri… bagaiman hubungan datuk seri dengan golongan2 seperti ini… ini aset penting sebenarnya.
i am malaysian chinese and i dislike UMNO politician to play race card as to win malays sentiment or invoke it.the father of race card (Mahatir) raise it occasionaly merely to win support for his own political agenda. we , chinese and other races had enough of bashing or being threated as the BOGEY MAN , each time they (umno )power broking amongs themself. we , the malaysian of others race hope that PKR and PR will govern malaysia asap and kick race politics out of malaysia forever.we, the malaysian wishes you all the best as you are the only hope to kick out UMNO dirty politics.
Kenangan manis tujuh tahun di Kuala Kangsar; Pendedahan ilmu berguna; Guru berketerampilan dan dedikasi, Sahabat karib lagi setia; Solat di masjid Ubudiah; Nasi lemak di restoran tepi sungai (malangnya diroboh kini); Berceramah di Sayong; Berkenalan di kota Lama kiri; Ziarah makam almarhum Ustaz Zulkifli Mohamad; Berkenalan dengan Mokhtar Petah; Selain MCKK ada kalanya bersua rakan di GEGS; Wah, tempat jatuh lagi dikenang; Inikan pula tempat bermain dan mula berjuang. 5 November 2006 Anwar Ibrahim
Kira-kira 19 bulan yang lalu, mantan Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melontarkan ke maya, sebuah sajak karyanya yang mengenangkan kepada zaman dia menuntut di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) selama tujuh tahun, iaitu sekitar tahun 1960-an. Sajaknya itu ditulis Anwar Ibrahim kerana memenuhi hajat peminat atau pengikutnya, Nizam, melalui laman blognya. Dalam sajak Anwar Ibrahim itu, pada baris yang ke sepuluh, iaitu di bawah barisan ‘Ziarah makam almarhum ustaz Zukifli Mohamad’. Maka harini, iaitu setelah 19 bulan sajak itu terlontar ke maya, maka, saya rasa terpanggil untuk menulis seperti berikut; sama ada tentang Anwar Ibrahim selama menuntut di MCKK dan sebagai pejuang terbilang. ‘Guru berketerampilan dan dedikasi; Sahabat karib lagi setia’ Semua guru yang mengajar di MCKK adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan (lepasan universiti bidang pendidikan), dedikasi dan bertanggungjawab kepada tugas masing-masing. Di antara mereka, Muzaffar Desmon Tat, berasal dari Australia. Telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang gadis, di Bukit Mertajam. Ustaz Abdul Rahman, guru agama. Dari Bukit Gantang, Perak. Dia seorang guru yang aktif dalam aktiviti pelajar, di antaranya majlis dan peraduan syarahan, majlis agama dan kebudayaan. Sebuah jawatankuasa khas di MCKK telah meminta mengendalikan kursus ‘kewartawanan dan hal ehwal antarabangsa’ untuk kira-kira 180 orang pelajar kolej itu yang akan melanjutkan pelajaran ke beberapa insititusi pengajian tinggi di seberang laut. Kursus itu diadakan pada tiap-tiap petang Sabtu dan Ahad, selama empat bulan. Anwar Ibrahim tidak menyertai kursus itu,kerana dia bakal penuntut Universiti Malaya. Jawatankuasa Penganjur Peraduan Syarahan antara penuntut-penuntuk MCKK telah mengundang saya dan dua penulis, Haji Fadzil Khalid (wartawan surat khabar Semenanjung) dan Abdul Latif Hussein (Utusan Malayu) untuk menjadi pengadil syarahan tersebut. Pada malam peraduan syarahan di Dewan Razak, kolej tersebut, antara penuntut-penuntut yang mengambil bahagian, ialah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim telah berucap dengan baik, tetapi gaya tangan dan memek mukanya pada ketika berucap perlu diperbaiki. Dia telah berjaya menjadi johan syarahan pada malam itu. Setelah keputusan diumumkan, saya telah diminta mewakili para pengadil untuk memberi ucapan kepada pelajar-pelajar dalam dewan itu. Dalam ucapan saya itu, saya telah memuji kebolehan Anwar Ibrahim dan saya telah berkata, ‘ …saya yakin, johan syarahan ini, akan menjaadi pemimpin negara kita pada satu hari nantiâ€�. Sebaik-baik mendengar percakapan saya itu, semua pelajar bertepuk dan bersorak dan Anwar Ibrahim melompat dari kerusi di hadapan saya. Sebaik-baik majlis peraduan itu bersurai, Anwar Ibrahim telah bertanya kepada saya akan bagaimana hendak bersyarah dengan baik. Saya telah memberitahu dia, supaya berlatih di hadapan cermin besar untuk melihat gerak gerinya pada waktu berucap. Di samping itu dia kena hafal ketungan ucapan atau tulisan Presiden Soekarno, Muhammmad Abduh, Syed Qutb dan pemimpin-pemimpin dunia yang pandai berucap. Kebetulan pada masa itu, saya gemar membaca buku tentang ‘pengintipan’ dan tugas-tuga polis cawangan khas. Saya kira percakapan saya dengan Anwar Ibrahim, saya telah berjaya memasukkan serba sedikit fahaman dan idea saya (boleh dikatakan brains wash) kepadanya (mungkin tidak). Selain dari itu saya menasihatinya, supaya menggunakan kata-kata yang menarik pada waktu berucap, misalnya ‘iltizam’ dan ‘jihad’ dan kata-kata lain. Anwar terus berlatih berucap di bilik asramanya. Di antara rakan-rakan Anwar Ibrahim, ialah Mahsun (pelukis) dan Abdul Rahman, peminat bidang penulisan (kemudian bekerja dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Abdul Rahman Yusof). Mahson dan Abdul Rahman telah mengikuti bengkel penulisan dan kewartawanan yang saya telah anjurkan, di Kuala Kangsar selama enam bulan. Pada masa itu, saya adalah penulis pertama di Negara ini yang telah mengadakan kursus dan bengkel ilmu penulisan dan kewartawanan. Lebih seratus orang calon penulis, di antara mereka itu, Baharuddin Kahar (kemudian penulis dan novelis), Mohd. Nur Samsuddin, Nasaruddin Abu Bakar, Shabuddin Hassan, Hashim Panjang Mamat (kemudian bekerja dengan Utusan Malaysia), Abdul Rahman Yusof (bekerja dalam DBP) dan Mahsun (bekerja dengan kerajaan). Anwar Ibrahim seorang penuntut yang tidak pernah tinggal sembahyang. Bila hari kelepasan, dia sembahyang di masjid Ubudiah, Bukit Chandan dan makan di restoran Pak Kasim, dekat Bazaar dan tepi sungai dekat jambatan ke Bukit chandan. Sekarang restoran dan bazaar itu telah tidak ada lagi. ‘Berceramah di Sayong; Berkenalan di Kota Lama Kiri, Ziarah makam almarhum ustaz Zukifli Mohamad; Berkenalan dengan Mokhtar Petah; Pada masa itu, pemimpin Parti Rakyat Malaya, Ahmad Boestamam sering datang ke majlis-majlis yang diadakan oleh Parti Rakyat di kampung-kampung sekitar Kuala Kangsar. Setiap kali dia datang ke Kuala Kangsar, dia telah menemui saya. Dia dan saya dua rakan karib, tetapi saya tidak menjadi ahli partinya. Beberapa orang anggota Parti Rakyat Kuala Kangsar, di antara mereka itu, Haji Fadzil Khalid, Abdul Latif Hussein, Abu Bakar Qasimi, Rashid Ali dan Meor Hashim rapat dengan saya. Pihak Parti Rakyat yang mengadakan majlis menyambut Maulidur Rasul di Kampng Geliong (kampung pendalaman), Kampung Sayong (seberang sungai Perak) dan Kampung Talang Dusun (dekat Padang Polo dalam Bandar Kuala Kangsar).Melalui saya mereka mengundang Anwar Ibrahim memberi ucapan di majlis-majlis tersebut. Anwar Ibrahim telah berucap dalam ketiga-tiga majlis itu seperti seorang pejuang politik. Dalam ucapannya, dia telah mengkritik Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Menteri Besar Perak, Datuk Shaari Shafie dan ahli Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) Toh Muda Abdullah Abdul Rauf. Rakan-rakan Anwar Ibrahim sering melawat ke Kampong Kota Lama Kiri. Ramai orang bijak pandai Melayu lahir di kampug itu,di antara mereka itu, Profesor Sulkili Mohamad (Timbalan Yang Dipertua PAS), Dato’ Dr. Arifin Marzuki, Ir. Ishak Marzuki, Yang Amri Kamaruddin, Dr. Haji Megat Khas dan Senator Mohd. Said Abu Bakar. Pada masa Anwar Ibrahim menuntut di MCKK , seorang pelajar di kolej itu telah berkahwin dengan seorang janda, di Kampung Kota Lama. Khabarnya penuntut itu tidak dapat meneruskan pelajarannya di kolej tersebut. “Selain MCKK ada kalanya bersua rakan di GEGS’ Anwar Ibrahim ada seorang rakan – girl friend -, di Government Girls School (GEGS) Kuala Kangsar, iaitu, Rohaya, anak kepada seorang tokoh syarikat kerjasama, Baheran. Setelah tamah universiti, Rohaya bekerja di sebuah bank di Ipoh. Pada masa Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri, Rohaya seorang tokoh Pergerakan Wanita UMNO Kuala Kangsar dan dia telah dilantik sebagai anggota Dewan Senat – Senator Rohaya Baheran. Pada masa Anwar Ibrahim meninggalkan MCKK, saya telah tinggal di Ipoh. Pada masa dia menuntut di Universiti Malaysia, ada juga sekali sekala saya melihat dia berdemonstrasi termasuk demonstrasi kemiskinan Baling. Apabila Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Pendidikan, pada satu pagi saya tertembung dengannya di lobi Kementerian Pendidikan, Pusat Damansara, tetapi kami sekadar bersalaman di hujung jari sahaja. Pada tahun 1990-an, saya telah menulis sebuah buku mengenai Anwar Ibrahim. Dalam buku itu saya telah mengesakan, bahawa Anwar Ibrahim tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Buku itu telah diproses oleh Karang Kraf untuk diterbitkan. Pada satu hari, saya dijemput oleh salah seorang pengarah syarikat itu, Fahim (rakan anwar Ibrahim masa di Universiti Malaya). Dia memberitahu saya, bahawa dia tidak yakin dengan tulisan saya dalam buku itu mengenai Anwar Ibrahim dan dia mahu saya padamkan. Saya telah menolak kehendaknya dan saya meminta dia memulangkan manuskrip buku itu kepada saya. Dia telah meminta tempoh sekadar seminggu. Tetapi kira-kira sebulan kemudian saya pergi menemuinya, dan rakan-rakannya memberitahu saya yang manuskrip saya itu telah hilang. Fahim hanya meminta maaf. Maklum dia ada pemilik syarikat dan saya hanya penulis. Saya telah meneliti Anwar Ibrahim dan susur galur perjuangannya. Dia seorang kuat berpegang kepada Islam dan yakin kepada politik Islam dan dia bukan seorang penganut sosialisme, tetapi entah mengapa, kini, berada dalam perjuangan sosio-demokratik. Dalam buku saya Abdullah Badawi Penjana Modal Insan (2006), saya telah menulis: ‘Kata-kata ulul albab (cendekiawan) Melayu, “dua orang politikus bersahabat tidak sampai ke hujung dan bermusuh tidak ada hujungnya juaâ€�. Demikian agaknya antara Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi.’ ‘Walau bagaimanapun, saya yakin sebagai orang Islam dan tegas iman; dalam hati Anwar Ibrahim ada Abdullah Badawi dan dalam hati Abdullah Badawi ada Anwar Ibrahim. Mereka sama bangsa, menganut sama agama, sama kuat iman kepada Allah yang mengajar mereka ‘ar rahman ar rahim’ Tarik tarik akar bayam, Maman juga pahit daunnya; Carik carik bulu ayam, Lambat laun bercantum jua’. Mengakhiri tulisan ini, saya bertanya kepada Pak Sheikh; kemana hendak membawa orang Melayu dan rakyat Malaysia, kepada negara nasionalis – kapitalis, negara Islam atau negara sosialis-demokratik?
Teringat pesan arwah emak, orang kampung je tapi pandangan emak melebihi politikus durjana ;”kerja betul-betul, biar berkat rezeki, kalau bukan hak kita,banyak macamana pun, tetap bukan hak kita, Allah tarik balik semuanya nanti…”
Awal-awal dulu dia mentadbir, impress jugakalh banyak perubahan nak buat, lama-lama mula terasa, apahal makin hari makin melalut negara tercinta
- kuasa kesultanan & raja-raja bukan dia ke yang mula-mula mencuit dulu - kuasa kehakiman, bukan dia ke yang mula menganggu.. - bahasa Melayu & jawi , bukan ke dia yang sat bagi tenggelam sampai tak timbui- timbui - imej Islam bukan dia ke terjemah melulu - biasiswa anak-anak habis semua tinggal bulu - jenayah banyak, tanda apa tu…?
banyak lagi ha..senang sat gi sambung..banyak sangat…yang dah depa rosakkan
apa makna pembangunan ? KLCC kembaq lapan pun tak guna…kalau tak semua merasa
Barisan Rakyat , ayuh pulihkan semula tanpa mengira agama dan bangsa..
Quitting UMNO is his individual right but what Dr.M is trying to do is very dangerous for Malaysia and Malaysians especially the Bangsa Malaysia idea mooted by the very person himself. Being a past PM it is very unbecoming of him to say non-Malays are taking away Malay assets or non-Malays are not afraid of Malays to demand things from Malays. One could easily see he is motivated to misguide Malays into going against non-Malays and starting racial unrest. If his intention is to avoid the Lingam’s case from being heard, or to bring down Pak Lah than this is clearly wrong path he is taking. For that Dr.M must be condemned. In fact he is trying to divide Malays for personal agenda. I hope Malays are not misled by him and any changes in leadership must be it in a democratic way. Pakatan Rakyat on the other hand has to ensure Mahathir and his cronies not abuse the influence to destroy Malaysia.
Inilah manusia yang tak nampak pintu taubat. Allah hijabkan kebaikan akhirat akibat manusia yang suka membuat fitnah. DSAI dah maafkan pun maseh tak mahu mengaku bersalah. Merasakan diri tu hebat. Kepada kalian, baik pemimpin mau pun rakyat jelata berhati-hatilah dengan fitnah. Hati menjadi keras dan akan dileburkan dengan api neraka. Hati ini akan menjadi lembut apabila sentiasa memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dan mohon ampun dan maaf dari sesiap yang difitnahkan. Kepada kalian, semasa maseh ada lagi dihayat ini bersegeralah minta ampun dan maaf kerana contoh akibatnya dah terbentang didepan mata. Rugi, didunia dan akhirat apabila Allah tidah menyayangi kita dan kita tidah mencari jalan menyayangi Allah.
Bagus juga keluar UMNO ini. Kesemua mantan Perdana Menteri Malaysia mati di luar UMNO (baru). Mungkinkah TDM yang seterusnya? Wallahua’lam. Ajal maut di tangan tuhan.
DSAI telah menjadi pelopor kepada gerakan ‘tidak berguna mengubah UMNO dari dalam’. Nampaknya DSAI telah lebih kehadapan dari TDM.
Dengan keluarnya Tun dari Umno, adalah disarankan DSAI melalui Keadilan memberi maklumat tentang cara-cara untuk menyertai Parti Keadilan bagi semua parti komponen BN. Saya sendiri sudah banyak kali ingin membuka cawangan keadilan di Bandar Putri Puchong tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Kita perlu alu-alukan ahli-ahli parti komponen yang telah sedar untuk bersama-sama kita membuat perubahan kearah masa depan negara yang lebih baik. sekian!
Hidup Rakyat! Hidup Pejuang Reformasi! http://www.tvanda.com Saluran Alternatif Anda
Tun pergi tidak disuruh, Tun kembali pada UMNO pun tidak menyusahkan PKR. Kerana UMNO sudah tidak releven lagi.
Pada PKR@PR walaupun Tun berada dalam UMNO tidak merugikan dan Tun tinggalkan UMNO juga tidak menguntungkan PKR. Kerana Tun dianggap oleh PKR sebagai barang yang sudah expire. Rejected maaaaa.
Sebagai seorang penulis yang tidak kurang ajar, saya hormati Tun sebagai ‘barangan antik’ yang perlu disimpan baik-baik di Muzium Negara.
Satu lagi yang mungkin Tun lupa letak jawatan, Tun patut juga letak jawatan sebagai Penasihat Petronas seumur hidup.
Saya tidak mahu mengutuk Tun berlebihan, tapi suka menasihati Tun agar berehat dan beribadat.
Saya tidak suka menulis panjang panjang macam ‘cerpen’ nanti orang bosan membaca atau orang tidak mahu baca langsung kerana terlalu panjang. Biar lah pendek asal tepat dan padat. Asal Tun mengerti cukup lah. He he he tau takper. HZ.
Suara keramat rakyat melumpuhkan perjuangan retorik Umno sehingga Bekas Presiden yang sangat berkuasa suatu masa dahulu pun tidak mampu membersihkan Umno dari dalam! Perjuangan rakyat makin terserlah! Umno semakin pupus! maka wadah baru perlu disediakan kepada insan-insan dan pemimpin-pemimpin yang insaf untuk bersatu dengan kita.
DSAI melalui keadilan perlu mengeluarkan tatacara bagaimana ahli-ahli umno yang telah insaf untuk menyertai parti Keadilan rakyat. Perlu disenaraikan alamat cawangan di seluruh negara dan kempen menambah ahli oleh cawangan-cawangan tersebut. Prosedur untuk membuka cawangan baru juga perlu diperjelaskan dengan terperinci bagi memperkuatkan kekuatan parti yang menjadi tunjang reformasi rakyat!.
Dulu, tindakan Shahrir, Musa Hitam & lelain lebih dahsyat. Buat ceramah jalanan menghasut ahli umno keluar parti. Masuk Kubci. Lebih teruk, Shahrir & ramai jadi calon pembangkang tentang calon UMNO dlm pilihanraya . UMNO porak peranda waktu itu. Tungu & lihat saja kesan dri tindakan Tun Dr M keluar UMNO. Moga ramai lagi yg mengikutinya.Harapan baru untuk Malaysia.
Kenapelah Tun Mahathir mcm tu…perjuangan UMNO tu nampak sangat untuk individu bukannya untuk rakyat jelata..kami di Sarawak ni banyak yg harus diperjuangkan..di Semenanjung pemimpin Melayu mcm pentingkan diri sendiri…….kenape mcm tu…..DSAI buatlah apa yg patut…waktu reformasi dulu kita suruh Tun letak jawatan beliau pun tak letak jawatan..sekarang apa dah jadi…
Duri dalam daging dah keluar…kalau dok ada lagi duri tu alamat busuk habislah daging tu… …umno jadi parti mainan..hang keluar aku masuk..hang masuk aku keluar…lagi hang dok ada aku keluar …bila hang dah tak dak aku masuk balik la!..he..he..he ..main tarik tali!
…perjuangan tahi minyak apa ni???
…Perjuangan yang diasaskan oleh ideologi yang rapuh…berasaskan materialisma dan nasionalisma sempit akan menghadapi jalan buntu ,sesak nafas dan sempit dada., kerana pencapaian materialisma yang menjadi ukuran utama..maka jika kepentingan terhadap materilisma itu telah terjejas…kuasa yang melindungi materialisma itu terhakis.. maka apa itu perjuangan bangsa.?. itu hanya alat untuk mencapai kepentingan..jika alat itu sudah tidak dapat digunakan lagi maka campakkan saja…boleh ambil pulak jika perlu..
Sedangkan Islam sendiri dengan tegas menyatakan…ketika hari wafatnya Rasulullah maka berlaku suasana yang panik dan mengharukan sehingga Saidina Umar menghunuskan pedang sambil berkata “Barang siapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah mati akan aku pancong kepalanya”…..maka tiba-tiba datang Saidina Abu Bakar sambil berkata “Barang siapa yang menyembah Muhammad ,maka Muhammad telah mati ,Barang siapa menyembah Allah..Allah tetap hidup”…lalu Beliau membaca beberapa ayat dari Al Quran..
Islam terus hidup hingga hari kiamat dan …sehingga datangnya ketentuan Allah terhadapnya.
Maka perjuangan Islam ..menegakkan kebenaran dan keadilan ..mengajak manusia kepada perhambaan kepada Allah semata-mata dengan menerima seluruh sistem hidup CiptaanNya..samada Sistem Politik,Ekonomi,Sosial,Kekeluargaan,Pendidikan dan sebagainya……tetap kan relevan selagi manusia masih ada diatas muka bumi ini…perjuangan Islam tidak pernah merasa kecewa kerana..apa yang diharapkan ialah Keredhaan Allah…dan Ganjarannya yang tidak dapat diberikan oleh manusia.
Maka saya berseru kepada saudara-saudara dalam UMNO tinggalkanlah perjuangan anda yang tidak ketahuan hala ideologi dan asas perjuangannya …Mahathir sendiri pun telah keluar bersama “UMNO Mahathirismanya”…apa yang tinggal sekarang ?..perjuangan Melayu?…atau isma-isma yang lain …yang rapuh…kembalilah kepada perjuangan Islam…PAS dan Keadilan dalam Pakatan Rakyat tetap menjamin Hak Melayu selaras dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan.
Salam DSAI,
Diharap DSAI istiqamah dalam perjuangan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Walaupun episod ngeri UMNO ini merupakan masalah dalaman UMNO namun DSAI perlu sentiasa siaga dan jangan alpa kerana mereka ini adalah strategis politik yang sentiasa mencari kelemahan lawan untuk diatasi.
Sama ada MP UMNO akan meninggalkan UMNO atau tidak, itu bukan masalah PR, yang perlu ditumpukan ialah khidmat kepada rakyat perlu diteruskan secara
Alhamdulillah. KuPanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah SWT atas kurnianya akal fikiran yang waras pada umat yang tahu bersyukur.
Masa kecik cerdik akal masuk MC, Lepas Form 5 result MCE tak menjadi, Kawan-kawan ramai sambung belajar kat overseas, Tapi Nuar hanya layak buat STP.
Lepas STP dekat UM si Nuar sambung study, Dia buat pengajian melayu punya degree, Orang sibuk belajar Nuar sibuk berdemostrasi, Sebab tu Nuar hanya pas ngan GD.
Anwar mulakan langkah perjuangan ke arah Islam, Dalam ABIM pidato Nuar susah nak lawan, Berap-apian si Nuar ni kutuk kerajaan, Tapi akhirnya pintu UMNO Nuar ketukkan.
Chedet terima Nuar dengan tangan terbuka, Tapi Nuar dah mula nampak the ladder of power, Perjuangan ABIM si Nuar pula makin lupa, Dulu haram tapi kini semua halal belaka.
Dalam UMNO langkah si Nuar makin gelojoh, Sorang-sorang pembesar UMNO hendak dijatuh, Di suruh pula keldai si Zahid buat kecoh, Supaya dia sorang je nampak bagus.
Anwar lupa bahawa dia pun dua kali lima, Orang ABIM ramai yang kaya sekelip mata, Ambil kesempatan sebab Pak Sheikh is finance minister, Bapak dan abang si Nuar pun join sama.
Ini pula sidang parlimen punya cerita, benggali karpal dalam dewan ada tanya, Apa pasal sama orang nombor 2, dia suka sama itu jantan juga.
Chedet hanya tarik senyum tak percaya, Dia fikir karpal cuma buat jenaka, tapi Nuar muka masam macam cuka, macam nama boleh bocor ini rahsia.
Senyap-senyap Nuar kawan sama yahudi, Dengan zionis mahu jual ini negeri, Nasib baik chedet nampak Nuar’s strategy, kena pecat dengan notis setengah hari.
Nuar mula jadi pemimpin politik jalanan, Hari-hari dok memekik cari sokongan, berbekalkan hanya slogan lawan-tetap-lawan, perjuangan nuar sudah mula hilang tujuan.
MASTER MOKHTAR PETAH Saya kira tiada bezanya antara perjuangan Islam Anwar dan so called sosialisnya sekarang . Ianya hanya bentuk rupa mengikut zaman tetapi isinya tidak banyak bezanya . Lebih baik dari ‘make up’ Islam Hadhari yang orang bingung tidak tahu apa isinya dan haluannya . Lagipun untuk kelihatan vokal dan terang Islam cukup Pas yang semakin gagah kini . Disitu sahabat n ex Abim – Tuan Guru Abdul Hadi and Master Kamarudin Jaafar . Anwar perlu lebih luas skopnya . Kadang-kadang kita terlalu dangkal sehingga agak taksub dengan benda yang nampak terang saja malah kadang hanya gimik . Dalam Idealisme Pas (meminjam kata Husam Musa) ada kebajikan untuk semua kaum sehingga penganut Agama lain tidak perlu takut kerana itu terdapat India yang cukup komited dengan kelab penyokong Pas . DAP yang memperjuangkan sosialis demokratik untuk semua Malaysia barangkali dapat memberi perhatian yang lebih dari Umno kepada sekolah Agama Rakyat kerana disitu ada keadilan dan hak untuk semua orang . KeADILan pula wadah yang sangat cantik yang fleksibel dan membuka ruang yang lebih luas untuk ragam manusia yang pelbagai jenis . Anwar tidak lagi sekadar fast learner tapi cukup pandai mengadun antara tafsir Al-Azhar dan masterpiece Shakespear . Apa yang kita doakan agar Anwar terus Istiqamah dan menjadikan kedamaian Akhirat sebagai matlamat hidup .
No response to “SEBUAH KENANGAN MANIS DIKUALA KANGSAR”
datuk seri betul ker nk amik kerajaan pusat ni? jgn sembang jer…. datuk seri, saya ada kwn anak kepada datuk kamarudin md nor (kelantan), oleh kerana saya tak berapa semak keputusan election di kelantan, haritu berkesempatan jumpa dia tanyer lar… ayah hang menang?.. dia jwb kami sekeluarga syukur kalah, jadi apa pendirian datuk seri tentang datuk kamarudin, dia masih sokong datuk seri walaupun dalam umno,mungkin ada tekanan yang dikenakanterhadap beliau sewaktu ditahan isa kerana cuba bersama datu seri… bagaiman hubungan datuk seri dengan golongan2 seperti ini… ini aset penting sebenarnya.
dato seri,
i am malaysian chinese and i dislike UMNO politician to play race card as to win malays sentiment or invoke it.the father of race card (Mahatir) raise it occasionaly merely to win support for his own political agenda. we , chinese and other races had enough of bashing or being threated as the BOGEY MAN , each time they (umno )power broking amongs themself.
we , the malaysian of others race hope that PKR and PR will govern malaysia asap and kick race politics out of malaysia forever.we, the malaysian wishes you all the best as you are the only hope to kick out UMNO dirty politics.
ANWAR IBRAHIM
PENGANUT SOSIALISMEKAH DIA?
Oleh: Mokhtar Petah
Kenangan manis tujuh tahun di Kuala Kangsar;
Pendedahan ilmu berguna;
Guru berketerampilan dan dedikasi,
Sahabat karib lagi setia;
Solat di masjid Ubudiah;
Nasi lemak di restoran tepi sungai (malangnya diroboh kini);
Berceramah di Sayong;
Berkenalan di kota Lama kiri;
Ziarah makam almarhum Ustaz Zulkifli Mohamad;
Berkenalan dengan Mokhtar Petah;
Selain MCKK ada kalanya bersua rakan di GEGS;
Wah, tempat jatuh lagi dikenang;
Inikan pula tempat bermain dan mula berjuang.
5 November 2006 Anwar Ibrahim
Kira-kira 19 bulan yang lalu, mantan Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melontarkan ke maya, sebuah sajak karyanya yang mengenangkan kepada zaman dia menuntut di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) selama tujuh tahun, iaitu sekitar tahun 1960-an.
Sajaknya itu ditulis Anwar Ibrahim kerana memenuhi hajat peminat atau pengikutnya, Nizam, melalui laman blognya.
Dalam sajak Anwar Ibrahim itu, pada baris yang ke sepuluh, iaitu di bawah barisan ‘Ziarah makam almarhum ustaz Zukifli Mohamad’. Maka harini, iaitu setelah 19 bulan sajak itu terlontar ke maya, maka, saya rasa terpanggil untuk menulis seperti berikut; sama ada tentang Anwar Ibrahim selama menuntut di MCKK dan sebagai pejuang terbilang.
‘Guru berketerampilan dan dedikasi;
Sahabat karib lagi setia’
Semua guru yang mengajar di MCKK adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan (lepasan universiti bidang pendidikan), dedikasi dan bertanggungjawab kepada tugas masing-masing. Di antara mereka, Muzaffar Desmon Tat, berasal dari Australia. Telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang gadis, di Bukit Mertajam. Ustaz Abdul Rahman, guru agama. Dari Bukit Gantang, Perak. Dia seorang guru yang aktif dalam aktiviti pelajar, di antaranya majlis dan peraduan syarahan, majlis agama dan kebudayaan.
Sebuah jawatankuasa khas di MCKK telah meminta mengendalikan kursus ‘kewartawanan dan hal ehwal antarabangsa’ untuk kira-kira 180 orang pelajar kolej itu yang akan melanjutkan pelajaran ke beberapa insititusi pengajian tinggi di seberang laut.
Kursus itu diadakan pada tiap-tiap petang Sabtu dan Ahad, selama empat bulan. Anwar Ibrahim tidak menyertai kursus itu,kerana dia bakal penuntut Universiti Malaya.
Jawatankuasa Penganjur Peraduan Syarahan antara penuntut-penuntuk MCKK telah mengundang saya dan dua penulis, Haji Fadzil Khalid (wartawan surat khabar Semenanjung) dan Abdul Latif Hussein (Utusan Malayu) untuk menjadi pengadil syarahan tersebut.
Pada malam peraduan syarahan di Dewan Razak, kolej tersebut, antara penuntut-penuntut yang mengambil bahagian, ialah Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim telah berucap dengan baik, tetapi gaya tangan dan memek mukanya pada ketika berucap perlu diperbaiki. Dia telah berjaya menjadi johan syarahan pada malam itu.
Setelah keputusan diumumkan, saya telah diminta mewakili para pengadil untuk memberi ucapan kepada pelajar-pelajar dalam dewan itu.
Dalam ucapan saya itu, saya telah memuji kebolehan Anwar Ibrahim dan saya telah berkata, ‘ …saya yakin, johan syarahan ini, akan menjaadi pemimpin negara kita pada satu hari nanti�. Sebaik-baik mendengar percakapan saya itu, semua pelajar bertepuk dan bersorak dan Anwar Ibrahim melompat dari kerusi di hadapan saya.
Sebaik-baik majlis peraduan itu bersurai, Anwar Ibrahim telah bertanya kepada saya akan bagaimana hendak bersyarah dengan baik. Saya telah memberitahu dia, supaya berlatih di hadapan cermin besar untuk melihat gerak gerinya pada waktu berucap. Di samping itu dia kena hafal ketungan ucapan atau tulisan Presiden Soekarno, Muhammmad Abduh, Syed Qutb dan pemimpin-pemimpin dunia yang pandai berucap.
Kebetulan pada masa itu, saya gemar membaca buku tentang ‘pengintipan’ dan tugas-tuga polis cawangan khas. Saya kira percakapan saya dengan Anwar Ibrahim, saya telah berjaya memasukkan serba sedikit fahaman dan idea saya (boleh dikatakan brains wash) kepadanya (mungkin tidak).
Selain dari itu saya menasihatinya, supaya menggunakan kata-kata yang menarik pada waktu berucap, misalnya ‘iltizam’ dan ‘jihad’ dan kata-kata lain.
Anwar terus berlatih berucap di bilik asramanya.
Di antara rakan-rakan Anwar Ibrahim, ialah Mahsun (pelukis) dan Abdul Rahman, peminat bidang penulisan (kemudian bekerja dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Abdul Rahman Yusof).
Mahson dan Abdul Rahman telah mengikuti bengkel penulisan dan kewartawanan yang saya telah anjurkan, di Kuala Kangsar selama enam bulan.
Pada masa itu, saya adalah penulis pertama di Negara ini yang telah mengadakan kursus dan bengkel ilmu penulisan dan kewartawanan. Lebih seratus orang calon penulis, di antara mereka itu, Baharuddin Kahar (kemudian penulis dan novelis), Mohd. Nur Samsuddin, Nasaruddin Abu Bakar, Shabuddin Hassan, Hashim Panjang Mamat (kemudian bekerja dengan Utusan Malaysia), Abdul Rahman Yusof (bekerja dalam DBP) dan Mahsun (bekerja dengan kerajaan).
Anwar Ibrahim seorang penuntut yang tidak pernah tinggal sembahyang. Bila hari kelepasan, dia sembahyang di masjid Ubudiah, Bukit Chandan dan makan di restoran Pak Kasim, dekat Bazaar dan tepi sungai dekat jambatan ke Bukit chandan. Sekarang restoran dan bazaar itu telah tidak ada lagi.
‘Berceramah di Sayong;
Berkenalan di Kota Lama Kiri,
Ziarah makam almarhum ustaz Zukifli Mohamad;
Berkenalan dengan Mokhtar Petah;
Pada masa itu, pemimpin Parti Rakyat Malaya, Ahmad Boestamam sering datang ke majlis-majlis yang diadakan oleh Parti Rakyat di kampung-kampung sekitar Kuala Kangsar. Setiap kali dia datang ke Kuala Kangsar, dia telah menemui saya. Dia dan saya dua rakan karib, tetapi saya tidak menjadi ahli partinya.
Beberapa orang anggota Parti Rakyat Kuala Kangsar, di antara mereka itu, Haji Fadzil Khalid, Abdul Latif Hussein, Abu Bakar Qasimi, Rashid Ali dan Meor Hashim rapat dengan saya.
Pihak Parti Rakyat yang mengadakan majlis menyambut Maulidur Rasul di Kampng Geliong (kampung pendalaman), Kampung Sayong (seberang sungai Perak) dan Kampung Talang Dusun (dekat Padang Polo dalam Bandar Kuala Kangsar).Melalui saya mereka mengundang Anwar Ibrahim memberi ucapan di majlis-majlis tersebut.
Anwar Ibrahim telah berucap dalam ketiga-tiga majlis itu seperti seorang pejuang politik. Dalam ucapannya, dia telah mengkritik Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Menteri Besar Perak, Datuk Shaari Shafie dan ahli Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) Toh Muda Abdullah Abdul Rauf.
Rakan-rakan Anwar Ibrahim sering melawat ke Kampong Kota Lama Kiri. Ramai orang bijak pandai Melayu lahir di kampug itu,di antara mereka itu, Profesor Sulkili Mohamad (Timbalan Yang Dipertua PAS), Dato’ Dr. Arifin Marzuki, Ir. Ishak Marzuki, Yang Amri Kamaruddin, Dr. Haji Megat Khas dan Senator Mohd. Said Abu Bakar.
Pada masa Anwar Ibrahim menuntut di MCKK , seorang pelajar di kolej itu telah berkahwin dengan seorang janda, di Kampung Kota Lama. Khabarnya penuntut itu tidak dapat meneruskan pelajarannya di kolej tersebut.
“Selain MCKK ada kalanya bersua rakan di GEGS’
Anwar Ibrahim ada seorang rakan – girl friend -, di Government Girls School (GEGS) Kuala Kangsar, iaitu, Rohaya, anak kepada seorang tokoh syarikat kerjasama, Baheran.
Setelah tamah universiti, Rohaya bekerja di sebuah bank di Ipoh. Pada masa Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri, Rohaya seorang tokoh Pergerakan Wanita UMNO Kuala Kangsar dan dia telah dilantik sebagai anggota Dewan Senat – Senator Rohaya Baheran.
Pada masa Anwar Ibrahim meninggalkan MCKK, saya telah tinggal di Ipoh. Pada masa dia menuntut di Universiti Malaysia, ada juga sekali sekala saya melihat dia berdemonstrasi termasuk demonstrasi kemiskinan Baling.
Apabila Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Pendidikan, pada satu pagi saya tertembung dengannya di lobi Kementerian Pendidikan, Pusat Damansara, tetapi kami sekadar bersalaman di hujung jari sahaja.
Pada tahun 1990-an, saya telah menulis sebuah buku mengenai Anwar Ibrahim. Dalam buku itu saya telah mengesakan, bahawa Anwar Ibrahim tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri.
Buku itu telah diproses oleh Karang Kraf untuk diterbitkan. Pada satu hari, saya dijemput oleh salah seorang pengarah syarikat itu, Fahim (rakan anwar Ibrahim masa di Universiti Malaya). Dia memberitahu saya, bahawa dia tidak yakin dengan tulisan saya dalam buku itu mengenai Anwar Ibrahim dan dia mahu saya padamkan.
Saya telah menolak kehendaknya dan saya meminta dia memulangkan manuskrip buku itu kepada saya. Dia telah meminta tempoh sekadar seminggu. Tetapi kira-kira sebulan kemudian saya pergi menemuinya, dan rakan-rakannya memberitahu saya yang manuskrip saya itu telah hilang. Fahim hanya meminta maaf. Maklum dia ada pemilik syarikat dan saya hanya penulis.
Saya telah meneliti Anwar Ibrahim dan susur galur perjuangannya. Dia seorang kuat berpegang kepada Islam dan yakin kepada politik Islam dan dia bukan seorang penganut sosialisme, tetapi entah mengapa, kini, berada dalam perjuangan sosio-demokratik.
Dalam buku saya Abdullah Badawi Penjana Modal Insan (2006), saya telah menulis:
‘Kata-kata ulul albab (cendekiawan) Melayu, “dua orang politikus bersahabat tidak sampai ke hujung dan bermusuh tidak ada hujungnya jua�. Demikian agaknya antara Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi.’
‘Walau bagaimanapun, saya yakin sebagai orang Islam dan tegas iman; dalam hati Anwar Ibrahim ada Abdullah Badawi dan dalam hati Abdullah Badawi ada Anwar Ibrahim. Mereka sama bangsa, menganut sama agama, sama kuat iman kepada Allah yang mengajar mereka ‘ar rahman ar rahim’
Tarik tarik akar bayam,
Maman juga pahit daunnya;
Carik carik bulu ayam,
Lambat laun bercantum jua’.
Mengakhiri tulisan ini, saya bertanya kepada Pak Sheikh; kemana hendak membawa orang Melayu dan rakyat Malaysia, kepada negara nasionalis – kapitalis, negara Islam atau negara sosialis-demokratik?
mokhtarpetah@blogspot.com
Teringat pesan arwah emak, orang kampung je tapi pandangan emak melebihi politikus durjana ;”kerja betul-betul, biar berkat rezeki, kalau bukan hak kita,banyak macamana pun, tetap bukan hak kita, Allah tarik balik semuanya nanti…”
Awal-awal dulu dia mentadbir, impress jugakalh banyak perubahan nak buat, lama-lama mula terasa, apahal makin hari makin melalut negara tercinta
- kuasa kesultanan & raja-raja bukan dia ke yang mula-mula mencuit dulu
- kuasa kehakiman, bukan dia ke yang mula menganggu..
- bahasa Melayu & jawi , bukan ke dia yang sat bagi tenggelam sampai tak timbui- timbui
- imej Islam bukan dia ke terjemah melulu
- biasiswa anak-anak habis semua tinggal bulu
- jenayah banyak, tanda apa tu…?
banyak lagi ha..senang sat gi sambung..banyak sangat…yang dah depa rosakkan
apa makna pembangunan ? KLCC kembaq lapan pun tak guna…kalau tak semua merasa
Barisan Rakyat , ayuh pulihkan semula tanpa mengira agama dan bangsa..
Reply
Assalamualaikum…
Memang telah kujangkakan inilah balasannya.
Dia dah semakin nyanyuk…
DSAI teruskan dengan gear 3 & 4 tu .. jangan reverse lagi…
Quitting UMNO is his individual right but what Dr.M is trying to do is very dangerous for Malaysia and Malaysians especially the Bangsa Malaysia idea mooted by the very person himself. Being a past PM it is very unbecoming of him to say non-Malays are taking away Malay assets or non-Malays are not afraid of Malays to demand things from Malays.
One could easily see he is motivated to misguide Malays into going against non-Malays and starting racial unrest. If his intention is to avoid the Lingam’s case from being heard, or to bring down Pak Lah than this is clearly wrong path he is taking. For that Dr.M must be condemned. In fact he is trying to divide Malays for personal agenda. I hope Malays are not misled by him and any changes in leadership must be it in a democratic way. Pakatan Rakyat on the other hand has to ensure Mahathir and his cronies not abuse the influence to destroy Malaysia.
Inilah manusia yang tak nampak pintu taubat. Allah hijabkan kebaikan akhirat akibat manusia yang suka membuat fitnah. DSAI dah maafkan pun maseh tak mahu mengaku bersalah. Merasakan diri tu hebat. Kepada kalian, baik pemimpin mau pun rakyat jelata berhati-hatilah dengan fitnah. Hati menjadi keras dan akan dileburkan dengan api neraka. Hati ini akan menjadi lembut apabila sentiasa memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dan mohon ampun dan maaf dari sesiap yang difitnahkan. Kepada kalian, semasa maseh ada lagi dihayat ini bersegeralah minta ampun dan maaf kerana contoh akibatnya dah terbentang didepan mata. Rugi, didunia dan akhirat apabila Allah tidah menyayangi kita dan kita tidah mencari jalan menyayangi Allah.
Buruknya orang tua yang merajuk.
Bagus juga keluar UMNO ini. Kesemua mantan Perdana Menteri Malaysia mati di luar UMNO (baru). Mungkinkah TDM yang seterusnya? Wallahua’lam. Ajal maut di tangan tuhan.
DSAI telah menjadi pelopor kepada gerakan ‘tidak berguna mengubah UMNO dari dalam’. Nampaknya DSAI telah lebih kehadapan dari TDM.
Syabas dan teruskan berjuang DSAI.
Dengan keluarnya Tun dari Umno, adalah disarankan DSAI melalui Keadilan memberi maklumat tentang cara-cara untuk menyertai Parti Keadilan bagi semua parti komponen BN. Saya sendiri sudah banyak kali ingin membuka cawangan keadilan di Bandar Putri Puchong tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Kita perlu alu-alukan ahli-ahli parti komponen yang telah sedar untuk bersama-sama kita membuat perubahan kearah masa depan negara yang lebih baik. sekian!
Hidup Rakyat! Hidup Pejuang Reformasi! http://www.tvanda.com Saluran Alternatif Anda
Dato Seri Anwar Ibrahim
U. P. Tun Dr. Mahathir Mohammad
Tun pergi tidak disuruh, Tun kembali pada UMNO pun tidak menyusahkan PKR. Kerana UMNO sudah tidak releven lagi.
Pada PKR@PR walaupun Tun berada dalam UMNO tidak merugikan dan Tun tinggalkan UMNO juga tidak menguntungkan PKR. Kerana Tun dianggap oleh PKR sebagai barang yang sudah expire. Rejected maaaaa.
Sebagai seorang penulis yang tidak kurang ajar, saya hormati Tun sebagai ‘barangan antik’ yang perlu disimpan baik-baik di Muzium Negara.
Satu lagi yang mungkin Tun lupa letak jawatan, Tun patut juga letak jawatan sebagai Penasihat Petronas seumur hidup.
Saya tidak mahu mengutuk Tun berlebihan, tapi suka menasihati Tun agar berehat dan beribadat.
Saya tidak suka menulis panjang panjang macam ‘cerpen’ nanti orang bosan membaca atau orang tidak mahu baca langsung kerana terlalu panjang. Biar lah pendek asal tepat dan padat. Asal Tun mengerti cukup lah. He he he tau takper.
HZ.
Suara keramat rakyat melumpuhkan perjuangan retorik Umno sehingga Bekas Presiden yang sangat berkuasa suatu masa dahulu pun tidak mampu membersihkan Umno dari dalam! Perjuangan rakyat makin terserlah! Umno semakin pupus! maka wadah baru perlu disediakan kepada insan-insan dan pemimpin-pemimpin yang insaf untuk bersatu dengan kita.
DSAI melalui keadilan perlu mengeluarkan tatacara bagaimana ahli-ahli umno yang telah insaf untuk menyertai parti Keadilan rakyat. Perlu disenaraikan alamat cawangan di seluruh negara dan kempen menambah ahli oleh cawangan-cawangan tersebut. Prosedur untuk membuka cawangan baru juga perlu diperjelaskan dengan terperinci bagi memperkuatkan kekuatan parti yang menjadi tunjang reformasi rakyat!.
Salam Perjuangan!
Dulu, tindakan Shahrir, Musa Hitam & lelain lebih dahsyat. Buat ceramah jalanan menghasut ahli umno keluar parti. Masuk Kubci. Lebih teruk, Shahrir & ramai jadi calon pembangkang tentang calon UMNO dlm pilihanraya . UMNO porak peranda waktu itu. Tungu & lihat saja kesan dri tindakan Tun Dr M keluar UMNO. Moga ramai lagi yg mengikutinya.Harapan baru untuk Malaysia.
Kenapelah Tun Mahathir mcm tu…perjuangan UMNO tu nampak sangat untuk individu bukannya untuk rakyat jelata..kami di Sarawak ni banyak yg harus diperjuangkan..di Semenanjung pemimpin Melayu mcm pentingkan diri sendiri…….kenape mcm tu…..DSAI buatlah apa yg patut…waktu reformasi dulu kita suruh Tun letak jawatan beliau pun tak letak jawatan..sekarang apa dah jadi…
Betoi jugak spt kata Tun Musa Hitam…
Duri dalam daging dah keluar…kalau dok ada lagi duri tu alamat busuk habislah daging tu…
…umno jadi parti mainan..hang keluar aku masuk..hang masuk aku keluar…lagi hang dok ada aku keluar …bila hang dah tak dak aku masuk balik la!..he..he..he ..main tarik tali!
…perjuangan tahi minyak apa ni???
…Perjuangan yang diasaskan oleh ideologi yang rapuh…berasaskan materialisma dan nasionalisma sempit akan menghadapi jalan buntu ,sesak nafas dan sempit dada.,
kerana pencapaian materialisma yang menjadi ukuran utama..maka jika kepentingan terhadap materilisma itu telah terjejas…kuasa yang melindungi materialisma itu terhakis..
maka apa itu perjuangan bangsa.?. itu hanya alat untuk mencapai kepentingan..jika alat itu sudah tidak dapat digunakan lagi maka campakkan saja…boleh ambil pulak jika perlu..
Sedangkan Islam sendiri dengan tegas menyatakan…ketika hari wafatnya Rasulullah maka berlaku suasana yang panik dan mengharukan sehingga Saidina Umar menghunuskan pedang sambil berkata “Barang siapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah mati akan aku pancong kepalanya”…..maka tiba-tiba datang Saidina Abu Bakar sambil berkata “Barang siapa yang menyembah Muhammad ,maka Muhammad telah mati ,Barang siapa menyembah Allah..Allah tetap hidup”…lalu Beliau membaca beberapa ayat dari Al Quran..
Islam terus hidup hingga hari kiamat dan …sehingga datangnya ketentuan Allah terhadapnya.
Maka perjuangan Islam ..menegakkan kebenaran dan keadilan ..mengajak manusia kepada perhambaan kepada Allah semata-mata dengan menerima seluruh sistem hidup CiptaanNya..samada Sistem Politik,Ekonomi,Sosial,Kekeluargaan,Pendidikan dan sebagainya……tetap kan relevan selagi manusia masih ada diatas muka bumi ini…perjuangan Islam tidak pernah merasa kecewa kerana..apa yang diharapkan ialah Keredhaan Allah…dan Ganjarannya yang tidak dapat diberikan oleh manusia.
Maka saya berseru kepada saudara-saudara dalam UMNO tinggalkanlah perjuangan anda yang tidak ketahuan hala ideologi dan asas perjuangannya …Mahathir sendiri pun telah keluar bersama “UMNO Mahathirismanya”…apa yang tinggal sekarang ?..perjuangan Melayu?…atau isma-isma yang lain …yang rapuh…kembalilah kepada perjuangan Islam…PAS dan Keadilan dalam Pakatan Rakyat tetap menjamin Hak Melayu selaras dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan.
Salam DSAI,
Diharap DSAI istiqamah dalam perjuangan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Walaupun episod ngeri UMNO ini merupakan masalah dalaman UMNO namun DSAI perlu sentiasa siaga dan jangan alpa kerana mereka ini adalah strategis politik yang sentiasa mencari kelemahan lawan untuk diatasi.
Sama ada MP UMNO akan meninggalkan UMNO atau tidak, itu bukan masalah PR, yang perlu ditumpukan ialah khidmat kepada rakyat perlu diteruskan secara
Alhamdulillah. KuPanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah SWT atas kurnianya akal fikiran yang waras pada umat yang tahu bersyukur.
Masa kecik cerdik akal masuk MC,
Lepas Form 5 result MCE tak
menjadi,
Kawan-kawan ramai sambung belajar kat overseas,
Tapi Nuar hanya layak buat STP.
Lepas STP dekat UM si Nuar sambung study,
Dia buat pengajian melayu punya degree,
Orang sibuk belajar Nuar sibuk berdemostrasi,
Sebab tu Nuar hanya pas ngan GD.
Anwar mulakan langkah perjuangan ke arah Islam,
Dalam ABIM pidato Nuar susah nak lawan,
Berap-apian si Nuar ni kutuk kerajaan,
Tapi akhirnya pintu UMNO Nuar ketukkan.
Chedet terima Nuar dengan tangan terbuka,
Tapi Nuar dah mula nampak the ladder of power,
Perjuangan ABIM si Nuar pula makin lupa,
Dulu haram tapi kini semua halal belaka.
Dalam UMNO langkah si Nuar makin gelojoh,
Sorang-sorang pembesar UMNO hendak dijatuh,
Di suruh pula keldai si Zahid buat kecoh,
Supaya dia sorang je nampak bagus.
Anwar lupa bahawa dia pun dua kali lima,
Orang ABIM ramai yang kaya sekelip mata,
Ambil kesempatan sebab Pak Sheikh is finance minister,
Bapak dan abang si Nuar pun join sama.
Ini pula sidang parlimen punya cerita,
benggali karpal dalam dewan ada tanya,
Apa pasal sama orang nombor 2,
dia suka sama itu jantan juga.
Chedet hanya tarik senyum tak percaya,
Dia fikir karpal cuma buat jenaka,
tapi Nuar muka masam macam cuka,
macam nama boleh bocor ini rahsia.
Senyap-senyap Nuar kawan sama yahudi,
Dengan zionis mahu jual ini negeri,
Nasib baik chedet nampak Nuar’s strategy,
kena pecat dengan notis setengah hari.
Nuar mula jadi pemimpin politik jalanan,
Hari-hari dok memekik cari sokongan,
berbekalkan hanya slogan lawan-tetap-lawan,
perjuangan nuar sudah mula hilang tujuan.
MASTER MOKHTAR PETAH
Saya kira tiada bezanya antara perjuangan Islam Anwar dan so called sosialisnya sekarang . Ianya hanya bentuk rupa mengikut zaman tetapi isinya tidak banyak bezanya . Lebih baik dari ‘make up’ Islam Hadhari yang orang bingung tidak tahu apa isinya dan haluannya . Lagipun untuk kelihatan vokal dan terang Islam cukup Pas yang semakin gagah kini . Disitu sahabat n ex Abim – Tuan Guru Abdul Hadi and Master Kamarudin Jaafar . Anwar perlu lebih luas skopnya . Kadang-kadang kita terlalu dangkal sehingga agak taksub dengan benda yang nampak terang saja malah kadang hanya gimik . Dalam Idealisme Pas (meminjam kata Husam Musa) ada kebajikan untuk semua kaum sehingga penganut Agama lain tidak perlu takut kerana itu terdapat India yang cukup komited dengan kelab penyokong Pas . DAP yang memperjuangkan sosialis demokratik untuk semua Malaysia barangkali dapat memberi perhatian yang lebih dari Umno kepada sekolah Agama Rakyat kerana disitu ada keadilan dan hak untuk semua orang . KeADILan pula wadah yang sangat cantik yang fleksibel dan membuka ruang yang lebih luas untuk ragam manusia yang pelbagai jenis . Anwar tidak lagi sekadar fast learner tapi cukup pandai mengadun antara tafsir Al-Azhar dan masterpiece Shakespear . Apa yang kita doakan agar Anwar terus Istiqamah dan menjadikan kedamaian Akhirat sebagai matlamat hidup .