SARJANA KEJURUTERAAN AWAM
AIR MATA DALAM DEWAN KONVOKESYEN
Oleh:Mokhtar Petah
Parit Raja, Johor, Isnin – Universiti tun Hussein Onn – UTHM, telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Sajana Kejuteraan Awam kepada bekas asli Parlimen, kawasan Batang Sadong, Sarawak dan ahli perusahaan dan perniagaan Melayu terbilang, Dato' Ir. Wahab bin Suhaili, 59 tahun, dalam majlis konvokesyen ke - 8 universiti tersebut, semalam (Ahad).
Ir. Wahab dari kelurga misikin – tinggal dalam rumah kecil empat batang tiang bersama tujuk orang anak dan hidup dalkam keadanan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, di kampung Iboi, Samarahan Sarawak.
Beliau adalah seorang jurutera profesional dan seorang ahli koporat Melayu yang terbilang di negara ini.
Sepanjang menuntut disekolah rendah, kata Ir. Wahab, “ saya ada hanya sepasang pakaian seragam, jika basah kena hujan pada petang, malamnya ibu saya mengeringkannya ..., kerana akan pakai esok pagi.”
“Pada zaman itu tak ada mesin pengering ..., jadi ibu saya yang mengeri dengan
api ...,”katanya.
Beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Tun Razak di Kucing dan kemnudiuan berrjahya mekanjutkan pelajaranya di Universiti Teknologi Malaysia pada 1974 – 77 dan berjaya memperolehi diploma kejuruteraan awam.
Beliau telah melanjutkan oelajarannya ke University of Glosgow,Scotland pada 1978 -81.
Sekembali ke tanah air, Ir. Wahab telah berkhdimat dalam Jabatan Kerjaraya Sarawak. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan pembinaan jambatan di Universiti of Surrey, Guildford United Kingdom pada 1983 - 84.
Setelah menamatkan khidmatnya sebagai ahli Parlimen, Ir. Wahab tekah menceburkann dirinya dalam bidang perusahaan dan perdagangan. Sekrang beliau mengtuai sebilangan syarikat gergasi dalam bidang kejurteran, pembangunan, ekeltrik, petrolium dan gas, alam sekitar dan lain.
Beliau juga telah banyak menderma kepada badan- badan amal sebagai mengenangkan 'penderitaan hidupnya pada masa kanak – kanak'.
Ketia berucap setelah menerima ijazah dalam dewan komvokesyne, beliau telah tidak dapat menahan tanginsannya. Pada ketika bercakap mengeanangkan kesushan hidup ibu bapanya, tinggal dalam sebuah rumah (dangau) betiang empat, beliau menangis dan mengendalakan ucapannya.
Dewan komvokesyen seolah kebanjiran air mata beliau, kerana sebilangan besar ibu bapa mahasiswa dan siswi yang hadir turut menangis kerana berkongsi kesedihan.
Beliau telah berpesan kepada para siswazah kejuruteraan awamn yang baru menerima ijazah masiang – masaing dan berada dalam dewan tersebut, “ Saya harap, para jutera muda tidak lupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa ..., jika tidak kerana mereka, siapalah kita ...”.
'Jangan sayangkah ilmu pengetgahuan, khidmatlah kepada masyarakat ...,”pesannya.
Gambar bawah sekali, siswazah kejuruteraan awam, Petah Ibnu Khaldoon bin Mohd. Mokhtar bergembira bersama ibunya, Datin Sitti Haishah Abdul Rahman setelah menerina ijazahnya.
History of UTHM |
Tun Hussein bin Dato’ Onn
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
| ||||||||||||
|
Atiff Idris
| |||||
KOTA BHARU, 9 Ogos (Hrkh) - Biar pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 tidak dapat dilaksanakan di negeri ini kerana dihalang kerajaan pusat, namun sambutan Hari Hududullah tetap diadakan setiap tahun. Tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 21 Syaaban 1430 bersamaan 12 Ogos depan bertempat di Besar Balai Islam, Lundang. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dato' Mohd Azamli Jamaluddin berkata, sambutan Hari Hudud diadakan setiap tahun sebagai usaha memberi pendidikan dan kefahaman kepada masyarakat tentang syariat dan undang-undang Islam. "Pelaksanaan syariat Islam terutamanya hudud merupakan prasyarat dan pemangkin pembentukan negara yang aman, makmur dan sejahtera. "Ini selaras dengan firman Allah swt yang menceritakan perihal kerajaan Saba' ayat 15 yang bermaksud,"� (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun." katanya pada persidangan media di sini, hari ini. Menurutnya sambutan tahun ini bertema 'Islam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan' akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9.15 malam. Selepas perasmian diadakan forum perdana dan dialog berkaitan perundangan Islam. Forum perdana Hududullah bertajuk 'Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia, Antara Realiti dan Harapan'. Ahli panel iaitu Adun Manir, Dato' Harun Taib, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Manakala Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAHEAIK, Ustaz Mohd Suhaimi Mohamed bertindak sebagai pengerusi. Mohd Azamli berkata, antara objektif sambutan Hari Hududullah ialah menjana kesedaran masyarakat syariat dan undang-undang Islam penyelesaian kepada masalah jenayah dan keruntuhan akhlak manusia. Selain itu memberi penerangan mengenai keistimewaan dan keadilan syariat dan undang-undang Islam. "Ia juga memberi kesedaran syariat dan undang-undang Islam relevan dan sesuai dilaksanakan di Malaysia, "Selain itu dapat membincangkan masa depan undang-undang Islam di Malaysia," katanya.
--------------------------
HENTIKAN PENGLIPURLARA TUJUH WASIAT RAJA MELAYU
(Berita ini dari Harakah Daily, 10 Ogosa 2009)
**** *****
RAKYAT AKAN N ILAI KEPUTUSAN PAS DALOAM ISU ARAK DI SELANGOR - PM
Kalau ikut kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, parti itu akan umum pendirian mereka pada Isnin (hari ini) berhubung keputusan kerajaan negeri menolak cadangan PAS supaya membataskan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu di negeri itu Walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu bukan isu lagi selepas kerajaan negeri menyerahkan kepada pekedai membuat kawalan sendiri terhadap penjualan arak tetapi ini lebih kepada soal maruah PAS. Dua perkara cukup menekan parti PAS Selangor selain isu arak adalah sikap berdiam diri Khalid terhadap gesaan parti itu supaya anggota Exco Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula arak yang dirampas ditukar portfolio atau digantikan. Apa juga keputusan dan pendirian PAS dalam isu ini pastinya sedang ditunggu banyak pihak yang mahu melihat betapa serius parti itu mempertahan cadangan mereka atau akhirnya akur kepada DAP dan PKR yang dilihat lebih berkesan dalam parti campuran itu. Perdana Menteri Datuk Seri Muhd Najib Tun Razak ketika mengulas isu arak di Selangor itu percaya rakyat akan membuat penilaian terhadap keputusan bakal diambil PAS berhubung isu tersebut. “Kita tunggu dan lihat. Saya percaya rakyat akan buat penilaian sebab PAS sudah tunjuk pendirian secara terbuka. Kalau (PAS) tak buat sesuatu dan tuntutan tidak dilayan, maruah dan kredibeliti mereka akan dipersoal rakyat,” katanya. Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor memberitahu media demikian selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ampang di Ampang, Ahad. Menurut Perdana Menteri itu, kalau PAS kekal dalam kerajaan Selangor, ianya boleh ditafsirkan mereka pentingkan kedudukan berbanding prinsip dan idealogi parti itu. Beliau turut melihat perbalahan parti dalam kerajaan campuran di negeri itu jelas berpunca pendirian politik dan pegangan yang bercanggah satu sama lain. “Dari segi fundamentral, ada perbezaan besar antara PAS dan DAP. Saya tak tahu samada pakatan ini holeh bertahan atau tidak sebab kalau nak tadbir negeri dan negara, mereka mesti bersama segi prinsip dan idealogi,” ujarnya. Bagaimanapun katanya, perkara ini tidak ujud di Selangor dan akibat perbezaan yang asas. “Sama ada mereka kekal dalam bentuk pakatan sekarang, kita tunggu dan lihat,” kata beliau. Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata UMNO perlu berubah untuk kekal tadbir negara bukan kerana mabuk kuasa tetapi tidak mahu selepas 50 tahun, parti itu menjadi bahan sejarah. Selain itu katanya, orang Melayu tidak boleh berharap pada PKR kecuali UMNO untuk mempertahankan pemerintahan negara dan memperjuangan masa depan. Beliau turut menegur pemimpin serta ahli parti mengamalkan budaya cantas mencantas ketika pemilihan dan membatalkan mesyuarat cawangan semata-mata tidak menyokong nama tertentu yang dicalonkan. Presiden UMNO itu berkata, dalam pilihan raya umum akan dating, hanya calon yang diterima dan disenangi oleh masyarakat di kawasannya akan dipilih bertanding bagi menjamin Barisan Nasional menang besar. Sambil berseloroh katanya, beliau ada ‘radar besar’ untuk melihat dan meneliti laporan-laporan mengenai siapa bakal jadi calon dan Ketua Bahagian bukan jaminan mereka terpilih jika tidak boleh memberi kemenangan kepada parti. Katanya, UMNO tidak akan dapat sokongan serta kejayaan jika ada pemimpin yang letak kepentingan diri besar daripada parti. “Kita mahu BN menang bergaya, bukan menang sipi-sipi. Sebab itu parti komponen perlu bekerjasa seperti satu keluarga dan pasukan,” katannya.
(Berita ini dari Agenda Daily, 10 Ogos 2009)
|
No response to “BERITA”
Post a Comment