Pilihan raya sepatutnya membabitkan pengundi, parti yang bertanding dan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR). Pihak lain tidak wajar masuk campur apatah lagi membuat kenyataan yang boleh menyebabkan proses pemilihan wakil rakyat di sesuatu tempat secara demokrasi terganggu. Bagaimanapun, Majlis Peguam tidak memikirkan risiko ini apabila mengeluarkan kenyataan yang kini menjadi isu besar dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.
(Berita ini dari Agenda Daily, 20 Ogos 2009)
Pentas rakan kongsi Rohaizat bela diri
Azamin Amin | ||||||||||
PERMATANG PASIR,20 OGOS:Selain nama Teoh,A.Kugan, Altantuya menjadi sebutan dalam beberapa siri ceramah yang semakin 'hangat' sejak semalam, nama Yusri Ishak - rakan kongsi Rohaizat Othman mula muncul sekaligus mahu diberi peluang tampil untuk menangkis tuduhan Umno yang memburukkan beliau Umno dilihat 'menyucikan' calonnya dan mengalih perhatian, dengan melibas dan menuduh Yusri angkara segalanya. Ini cuba dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang membela |Rohaizat sekaligus 'berlawan' hujah dengan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berikutan keputusan badan itu memecatnya. PAS tanpa membuang masa, melalui Bendaharinya Pusat Dr Hatta Ramli mengalu-alukan Yusri untuk menjelaskan kedudukan seterusnya membersihkan namanya yang telah dicalarkan oleh para pemimpin Umno muktakhir ini. "Kita sediakan pentas untuk Yusri tampil sekarang, jika dia mendengar... dia jadi mangsa dan namanya diburukkan oleh Umno. "Kita nak dengar apa yang telah dilakukan oleh calon ini.Ada salah-lakukah, pecah amanah wang klien kah....kita semua nak tahu,"katanya dihadapan lebih 200 hadirin, sambil disorak dan disokong. Sebelum itu,kira-kira 20 minit di Markas Utama PAS Permatang Pasir, bersebelahan ceramah Dr Hatta, puluhan pengamal media dan beberapa anggota polis berpakaian preman berkumpul kerana menantikan kononnya satu sidang media tergempar akan dibuat oleh Yusri bersama pimpinan PAS. Namun spekulasi yang tersebar luas, oleh pihak tidak bertanggungjawab dinafikan oleh pihak urusetia dan beberapa pimpinan PAS yang dihubungi, menjelaskan bahawa setiap sidang media rasmi hanya akan dibuat 11.00 pagi setiap hari di markas tersebut yang juga Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir. "Ini salah satu taktik nak burukkan nama PAS di hadapan media...bila rasa tertipu,mungkin tulis yang bukan-bukan atau tak nak lagi datang sidang media dah..."kata salah seorang petugas. Menurut sumber, difahamkan isu salahlaku Rohaizat, akan didedahkan secara terperinci hari ini di Yayasan Salam, dekat sini. Di sebalik itu,kemeriahan suasana kempen Pilihan Raya Kecil N11 sudah mula terasa, apabila menjelang malam,sudah ramai para peniaga mengambil bahagian- mencari rezeki dan orang ramai mula memenuhi kawasan pesekitaran untuk hadir ke ceramah-ceramah kelompok yang ada. Ini termasuk ceramah Dato'Seri Anwar Ibrahim di pinggir pekan Permatang Pauh,di banjiri hampir 1,000 orang. Sungguhpun esok masih hari bekerja dan penularan wabak inluenza A H1N1 semakin meruncing di seluruh negara,ia tidak mematah semangat orang ramai hadir dan memastikan Umno untuk terus kalah 7-0. Namun berlaianan senario di pondok-pondok serta bangsal-bangsa berlambang Umno yang masih kelihatan suram,tidak bermaya, dipenuhi meja dan kerusi tanpa sebarang aktiviti. Dalam pada itu,calon PAS Ustaz Salleh Man yang ditemubual Harakahdaily,memberitahu walaupun kehidupan hariannya 'berubah sekelip mata' dan sedikit kepenatan melalui pelbagai aktiviti semenjak awal pagi,namun bersemangat apabila melihat sambutan orang ramai dan para petugas jentera PAS serta Pakatan Rakyat yang memberi sokongan terhadapnya. "Pagi tadi sudah 6 aktiviti sampai petang.Malam ini ada 8 ceramah kelompok,namun alhamdulillah masih bersemangat,"katanya tersenyum tenang. Sementara itu,Anwar dalam ucapannya menggesa rakyat khususnya pengundi menolak kezaliman Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat yang tidak berdosa tanpa mengira kaum. "Ini bukan masalah saya bela dan utamakan Cina dan India tetapi manusia yang dizalimi. Islam tidak pernah mengizinkan umatnya menzalimi manusia yang lain,"katanya turut merujuk kes Teoh Beng Hock dan A.Kugan. Secara berseloroh, beliau juga menyeru agar para pengundi 'merayu' dan meminta kerajaan menyajikan pelbagai insentif,habuan,projek dan kemudahan sempena pilihan raya ini,demi kebaikan dan dapat dimanfaat bersama. "Harap tuan-tuan sekalian,mintalah macam-macam projek pembangunan di sini sebab ramai menteri yang turun ni...betul mintalah untuk kemudahan kita.... "Tapi bila mengundi,fikirlah pakai otak..." katanya sambil disambut sorai hadirin yang tidak berganjak walaupun hujan mulai renyai kira-kira jam 11.00 malam. Walaupun suasana aman dan tenteram,diikuti orang awam yang sentiasa tertib mendengar ceramah dan arahan-arahan petugas Unit Amal,namun ianya tidak terlepas dari pantauan puluhan anggota dan pegawai polis. Selain itu tinjauan mendapati antara kelibat pemimpin PAS yang sudah mula 'berkampung' di Permatang Pasir ini ialah Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad,Ahli Parlimen Kuala Terengganu Abdul Wahid Endut dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad. ------------------- Rais tidak tahu apa itu email?
(Berita ini dari Harakah Daily, 20 Ogos 2009) ********************* 9 masih hilang
Anak kapal terperangkap tak dapat disahkan Kesemua 16 anak kapal MT Formosa Product Brick yang diselamatkan dibawa ke Jeti Port Dickson kira-kira jam 3.20 pagi manakala 16 anak kapal tongkang diselamatkan sebuah kapal kontena, The Nordspring. Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 malam dan penduduk yang tinggal di kawasan pantai serta melihat kebakaran itu menghubungi polis.
"Hasil temu bual dengan anak kapal tangki minyak yang diselamatkan, ada rakan mereka yang terjun ke laut dan ada yang terperangkap dalam kapal.
Katanya, 14 anak kapal tangki yang terselamat adalah warga China manakala selebihnya Korea Selatan dan mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Port Dickson. Keadaan mereka dilaporkan stabil. (Berita ini diambil dari Berita Harian Online, 20 Ogos 2009) |
No response to “BERITA”
Post a Comment