BUTTERWORTH, 15 Ogos: Orang bukan Islam yang menyertai Kelab Penyokong PAS akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, bulan purnama, dalam pilihan raya ke 13 nanti. Demikian beritahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali ketika membentangkan kertasnya dalam munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat negeri Pulau Pinang hari ini. Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu. Sebelum ini, PAS juga membuat keputusan mencalonkan wanita sebagai calonnya dalam pilihan raya. Ekoran itu, ramai wanita dicalonkan PAS dalam pilihan raya umum. Ia hanya berlaku di awal penubuhan PAS namun sudah lama tidak belaku. Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS. Menurut Mustafa, pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan yang bertubi-tubi dari orang bukan Islam. "Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli Kelab Penyokong PAS yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ianya masih dalam perancangan namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan, " jelasnya ketika membentangkan ulasan kepada Ucapan Dasar Presiden bertajuk 'Islam Pemimpin Perubahan' di Dewan Datuk Ahmad Badawi, Butterworth. Ujar beliau lagi, peristiwa sebegitu pernah terjadi di Johor di mana salah seorang ahli KPP meminta menggunakan lambang bulan pada pilihan raya umum lalu tetapi setelah dipersetujui bersama akhirnya beliau diberikan kebenaran menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR). Atas permintaan ramai itu sambungnya, menunjukan sokongan mereka terhadap PAS terus menjadi agenda utama ekoran ketidak percayaan mereka terhadap Umno yang menjadi teras Barisan Nasional (BN). Menyentuh mengenai perancangan aktiviti beliau yang juga bekas Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat menambah, melihatkan senario sedemkian maka PAS amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imej PAS menjelang pilihan raya umum kelak. Tanpa percaturan politik yang tersusun PAS tidak boleh meningkat naik sebaliknya berada di tahap lama dan sukar untuk dibaik pulih. "PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan, " tegasnya di hadapan kira-kira 100 orang peserta. Majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man itu turut dihadiri Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Shuib Mohd Amin, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa.
---------------------
Jaga, kita di bulan puasa Mohd Nor Yahya | PENGKALAN CHEPA, 15 Ogos: Para juru kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir digesa menghormati bulan Ramadan sepanjang kempen nanti dan mengawal diri agar tidak terjejas puasa masing-masing. Antaranya mereka diminta tidak menyerang pribadi apatah lagi membuat fitnah kerana perbuatan begitu boleh menjejaskan puasa masing, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yaakub. �Di pihak Dewan Ulamak berharap pilihan raya kali ini tidak akan berlaku serang menyerang secara peribadi, tetapi ia dilakukan berdasarkan perjuangan parti masing-masing dan keberkatan bulan Ramadhan seharusnya dijaga secara teratur,�ujar beliau. Puasa adalah ibadah penting dalam Islam. Semasa berpuasa, umat Islam ditegah dari melakukan perbuatan keji termasuklah mengumpat apatah lagi memfitnah orang lain. Pilihan raya kecil Permatang Pasir akan berjalan dalam bulan Ramadan kali ini yang akan bermula Sabtu depan. Dewan Ulamak PAS Pusat telah merangka pelbagai program untuk membantu calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 Dun Permatang Pasir walaupun ia berlaku dalam bulan Ramadhan, kata Ahmad yang juga timbalan MB Keantan. Menurut Ahmad, Lajnah Politik Dewan Ulamak yang bersidang pada 8 Ogos baru-baru ini telah menetapkan program seperti ziarah dari rumah kerumah, menyampaikan tazkirah di setiap kawasan peti undi dan membantu jentera parti di peringkat pemuda dan muslimat. Beliau juga berkata jentera Dewan Ulamak yang akan turun kali ini membantu PRK Permatang Pasir akan ditumpukan kepada bertemu dengan pengundi. Menyentuh pilihanraya yang diadakan pada bulan Ramadhan, beliau berkata, Islam tidak menegah mana-mana aktiviti harian yang dilakukan asalkan ia boleh membawa kepada kebaikan masyarakat. �Zaman Rasulullah dulupun pernah berlaku perang Badar dalam bulan Ramadhan dan kekuatan umat Islam ternyata bertambah kuat dalam bulan Ramadhan dan kita juga berharap jentera parti nanti tidak menjadikan alasan berpuasa sebagai untuk mengurangkan aktiviti kempen nanti,�katanya. �Memandangkan kempen akan berlaku dalam bulan Ramadhan, pihak Ulamak akan menjadikan program bertadarus dan menyampaikan tazkirah sebagai program utama nanti,�katanya lagi. PAS yang sentiasa berjuang dalam menegakkan hukum-hukum Allah akan menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai landasan untuk menyebarkan dasar perjuangan parti dan pendedahan kepada masyarakat bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS. |
-------------------- Jangan ulangi pilihan raya tempat buli rakyat - Presiden PAS Ali Hashim | PERMATANG PAUH, 15 Ogos: Barisan Nasional telah menjadikan pilihan raya sebelum ini sebagai alat untuk membuli rakyat dengan pelbagai penipuan, rasuah, sogokan dan propaganda dengan menggunakan media serta agensi kerajaan dan wang untuk mengugut dan menipu rakyat. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan pilihan raya kecil kali ini berjalan dengan penuh berdisiplin tanpa melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya. Demikian dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas mengumumkan calon PAS, Mohd Salleh Man bagi kerusi N.11 Permatang Pasir malam tadi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustaffa Ali dan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat daripada PKR dan juga DAP. Sebelum itu Abdul Hadi berucap di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang membanjiri perkarangan pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir. Abdul Hadi dipercayai mengulas pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini di mana BN membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memujuk dan merasuah pengundi. Selain wang, jentera kerajaan digunakan sewenang-wenangnya untuk membuli rakyat bagi memastikan mereka mengundi BN. Namun sehingga kini, hanya pilihan raya kecil Batang Ai sahaja yang memihak kepada BN. Dalam ucapannya Presiden PAS itu berkata, dalam musim pilihan raya di negara yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional rakyat disogok dengan pelbagai-bagai rasuah. "Rakyat ditipu dengan penjelasan media sebelah pihak yang diamalkan di negara ini.Perkara yang benar tidak akan mendapat liputan kerana ia tidak menyebelahi pemerintah. "Oleh kerana itu dalam demokrasi ala Umno dan Barisan Nasional hanya media yang menyebelahi mereka sahaja akan dibiarkan menipu dan memutarbelitkan fakta supaya rakyat dapat dibohongi dan dibuli. "Oleh kerana demokrasi ala Umno dan Barisan Nasional yang telah memerintah negara melebihi 50 tahun, maka rasionalnya mereka dalam memerintah sudah tidak dapat memanfaatkan rakyat dalam jangka masa panjang. "Oleh itu rakyat harus memberi satu kesedaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak mereka dari terus membuli rakyat termasuklah di Dun Permatang Pasir ini,"katanya. |
--------------------
Permatang Pasir: Erti kemenangan untuk Pakatan Mohd Nazri Abdullah, Ali Hashim & Shukri Mohamad |
PERMATANG PASIR, 14 Ogos : Bagi PAS, kemenangan di Permatang Pasir nanti adalah untuk orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, kemenangan nanti bererti sokongan kepada kerajaan pimpinan Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng di negeri itu. Bagi PKR, kemenangan di sini bererti sokongan terus menerus kepada anggota Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Inilah perspektif yang ada kepada semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir nanti. Perspektif inilah yang bakal menyatukan mereka dengan satu tujuan iaitu memenangkan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat melawan calon Umno yang akan mewakili Barisan Nasional (BN). Walaupun siapapun mewakili PAS, perpekstif ini jelas di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang berbengkel sehari suntuk semalam di Petaling Jaya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menyatakan bahawa kemenangan Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir adalah kemenangan bagi orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, adalah menjadi keperluan supaya kerusi Dun Permatang Pasir kekal kemenangannya di tangan PAS kerana ia adalah satu keperluan walaupun hanya dengan satu kerusi yang ada di Pulau Pinang. "Dengan kemenangan tersebut walaupun dengan satu kerusi yang ada maka PAS dapat memberi pandangan, teguran dan memberi pembelaan kepada nasib orang Melayu dan umat Islam khususnya di negeri ini. "Perkara ini bukan hanya setakat amalan soleh sahaja malah ia adalah suatu keperluan untuk membela dalam banyak perkara dan isu yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang. "Tetapi sekiranya ia di menangi oleh pihak yang lain maka mereka tidak dapat memberi pembelaan apa-apa kepada orang Melayu dan umat Islam kerana mereka itu bukannya parti yang memerintah di negeri Pulau Pinang," katanya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh iaitu dalam kawasan pilihan raya Permatang Pasir. Tidak boleh 'over confident' PAS juga mengarahkan seluruh jenteranya meletakkan keputusan Pilihan Raya Umum 2004 sebagai kayu ukur yang hanya menang 500 lebih kerusi berbanding PRU 2008 dengan memperolehi lebih 5000 majoriti undi. Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada satu pertemuan dengan kesemua jentera kempen bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir malam tadi. "Kita turun bukan dalam keadaan selesa. Kita mesti turun dengan semangat 2004 bukan 2008. Kita tidak boleh 'over confident' sangat," ujarnya kepada seluruh jentera. Oleh itu katanya, jentera PAS perlu bekerja kuat menggunakan segenap ruang sepanjang tempoh berkempen untuk menarik pengundi baru dengan tidak mengabaikan pengundi sedia ada. Melihat kepada senario dan politik semasa, PAS yakin isu pengkhianat melayu akan terus dicanang habis habisan oleh Umno BN pada pilihan raya kali ini. "Kita yakin isu pengkhianat melayu akan dimainkan Umno BN, sebab itu kita perlu bersedia awal berdepan dengan serangan itu," tambah Ustaz Idris. Dalam pada itu, Majlis pengumuman calon PAS bagi pilihanraya kecil N.11 Permatang Pasir akan diumumkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jam 9 malam ini dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir. Dijangka kesemua pemimpin utama pakatan rakyat akan hadir kecuali Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana mempunyai urusan di luar negara. Tinjauan wartawan ke tapak majlis pada malam ini mendapati, persiapan rapi sedang giat dijalankan oleh jentera khususnya bagi menerima kehadiran ramai penyokong tempatan dan dari luar. - azm _ |
(Berita - berita ini diambil dari Harakah Daily, 16 Ogos 2009)
***** *****
Pertengkaran terbuka jejas imej kerajaan dan BN – Muhyiddin
Pertengkaran terbuka antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai isu kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedua-dua pemimpin mesti memahami hakikat itu sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap satu sama lain di media."Pada masa ini semua dibuat secara terbuka. Kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan. Saya serah kepada mereka untuk menyelesaikannya. Kedua-dua mereka telah membuat dakwaan dan laporan polis," katanya. Blog hina Islam:Polis Bukit Aman ambil keterangan Ketua Pemuda DAP Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook pagi Jumaat menerima kunjungan dari dua pegawai polis Bukit Aman untuk menyiasat isu tulisan dalam laman blog yang sudah tidak aktif yang dimana beliau didakwa telah menghina Islam dan Sultan Perak.Ahli Parlimen Rasah itu yang sebelum ini menafikan beliau ada kaitan dengan laman blog itu telah membuat laporan polis di Balaiu Polis Dang Wangi Kuala Lumpur Isnin.Tulisan dalam laman blog itu yang sudah ‘ dimatikan’ mencetuskan kemarahan ramai orang.
(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 16 Ogos 2009)
Komitmen pemimpin Oleh Abdul Razak Raaff, Rosli Abdul Jalil dan Irwan Shafrizan Ismail bminggu@bharian.com.my MUHYIDDIN menerima memorandum 'menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri mengenai Anwar sebagai pengkhianat bangsa Melayu' daripada Ketua Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman (kiri) sambil melaungkan hidup Umno bersama-sama Adnan, Ketua Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat (dua dari kanan) dan Ketua Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusof (kanan) selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno di Stadium Tertutup Sukpa Indera Mahkota, Kuantan, semalam.
| Pulih persepsi negatif terhadap Umno: Muhyiddin
TEMERLOH: Usaha memulihkan persepsi negatif rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) memerlukan inisiatif dan komitmen tinggi segenap lapisan kepemimpinan parti, terutama peringkat akar umbi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, ia dapat mengembalikan semula kekuatan dan mewujudkan masa depan yang lebih baik, terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengorak langkah sama ada di dalam kerajaan atau menerusi parti untuk memperbetulkan salah tanggap rakyat terhadap kerajaan menerusi gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'
"Bagaimanapun, bagi membawa proses perubahan baru yang dapat menganjak pemikiran kepada sesuatu yang lebih besar, ia perlu dipikul bersama segenap pimpinan dalam parti, termasuk akar umbi.
"Mereka adalah sebahagian daripada rangkaian penting kepada pemimpin atasan. Semua ini boleh membantu parti supaya dalam tempoh tidak begitu lama, kita dapat meletak semula landasan baru bagi memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat," katanya pada majlis penutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Temerloh di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Umno Bahagian Temerloh, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan timbalannya, Datuk Mohd Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Muhyiddin berkata, usaha memulihkan imej dan persepsi rakyat terhadap parti itu adalah cabaran besar yang perlu dipikul semua pemimpin parti kerana ia bukan suatu usaha yang mudah kerana pembangkang akan sentiasa mengambil kesempatan untuk menidakkan pencapaian kerajaan BN.
"Dengan kekuatan baru yang mereka peroleh selepas pilihan raya umum lalu, mereka mula mencabar banyak perkara yang selama ini kita perjuangkan, termasuk perkara yang menjadi asas tonggak dalam membina negara bangsa Malaysia," katanya.
Beliau turut mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mengungkit perkara yang sudah disepakati bersama seperti kontrak sosial dalam Perlembagaan Negara. Terdahulu, Muhyiddin menutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bera di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas, Kerayong, tengah hari semalam.
Dalam ucapannya, beliau melahirkan penghargaan kepada seluruh anggota Umno bahagian itu yang meluluskan usul menyokong pendirian beliau yang menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat kepada bangsa dan agama. (Berit aini diambil dari Berita Harian Online, 16 Ogos 2009)
|
No response to “BERITA”
Post a Comment