PANTUN
Apa guna menanti redup,
Jika berlayar perahu payang;
Apa guna anda hidup,
Jika anda tidak sembahyang.
Bayang kelabu tiang lama,
Budak nakal main pasir;
Sembahyangb itu tiang agama,
Tidak amal jadi kafir.
Tumpang saya ke Pulau Rusa,
Tambang sekupang beri tidxak;
Orang puasa awak puasa,
Orang sembahyang awak tidak.
Malam ini malam Jumaat,
Malam esok malam bertemu;
Salam awak salam sahabat,
Salam saya buka pintu.
Geluk di jemuran jatuh ke tanah,
Kayu senduduk atas talam;
Hidup berjiran mesti amanah,
Itullah hidup cara Islam.
No response to “SASTERA MELAYU”
Post a Comment