BERITA


MCA : patah sayap terbang jua…?

Krisis politik bukanlah sesuatu yang luarbiasa dalam sejarah MCA - parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional itu.Semua badai yang ditempohnya dari masa ke semasa itu mampu dilaluinya.Bezanya sebelum tsunami pilihanraya Mac 2008 mereka berkuntau semasa zaman BN gagah perkasa.Kini peta politiknya jauh berbeza.Atas sebab itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN tidak dapat lari dari merasa bahang apa jua yang bakal timbul dari gegaran ekoran keputusan Majlis Presiden MCA memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dari parti itu Rabu malam.Kenyataan Perdana Menteri Khamis bahawa beliau tidak akan campur tangan berhubung keputusan MCA bila wartawan mintanya mengulas hal itu semata-mata atas asas prinsip tidak saling campuri urusan dalaman parti komponen.Namun mesej Najib pada MCA cukup jelas.Baginya adalah hak Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat untuk memutuskan apa juga tindakan yang akan diambil.Namun begitu beliau minta tolong ambil kira daripada segi kepentingan BN.“Lagi cepat mereka selesaikan masalah ini, lebih baik untuk BN,” katanya.Lojik akal sepatutnya tidak ada sesuatu krisis wajar timbul pada ketika semua perlu rapatkan barisan untuk berdepan dengan pilihanraya umum ke 13.Apa lagi MCA sendiri umumnya dilihat belum dapat bangkit untuk menarik balik sokongan kaum Cina setelah lebih setahun pilihanraya umum ke 12 berlalu.

Checkmate…Chua Soi Lek

Suasana politik negara tidak henti-henti melalui gelombang panas dari satu isu ke satu isu lain.Kini timbul teka teki keatas keutuhan MCA setelah Majlis Presiden parti itu membuat keputusan lewat Rabu malam menyingkir Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkuatkuasa serta merta.Dalam mesyuarat lebih lima jam mulai 7 malam di Wisma MCA,Kuala Lumpur Majlis Presiden itu mengambil keputusan menerima cadangan Lembaga Disiplin parti agar bekas Menteri Kesihatan itu disingkir kerana menjejaskan imej parti ekoran skandal seksnya dengan teman wanitanya yang dirakam secara sulit di sebuah hotel di Batu Pahat.



Orang miskin bandar tak dilupakan…RM100 juta saham akan dibagi percuma

Masalah kemiskinan tidak harus dikaitkan dengan kawasan luar bandar sahaja kerana masalah itu turut dihadapi di kawasan Bandar,kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri memberi contoh katakan dengan pendapatan RM2,000 sebulan untuk luar bandar seperti Baling di Kedah dan Pekan di Pahang, ia amat selesa sekali tetapi kalau pendapatan begitu di bandar ia belum lagi selesa.Najib menyatakan demikian dalam ucapannya di pada majlis berbuka puasa bersama warga Kuala Lumpur anjuran Yayasan Al-Bukhary di Masjid Al-Bukhary Jumaat malam dimana beliau mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta dalam bentuk saham amanah bagi membantu golongan miskin di bandar.

Berita ini diambil dari Agenda Daily, 29 Ogos 2009)


***** *****


Kelantan perluas tazkirah guna stesen radio

Oleh Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 28 Ogos: Kerajaan negeri Kelantan dengan jalinan kerjasama sebuah stesen radio swasta, Manis FM telah mengadakan program tazkirah yang disiarkan melalui setesen radio tersebut bermula awal Ramadhan lalu hingga ke hujung bulan puasa ini.

Ianya sebgai usaha kerajaan negeri menyebar luaskan dakwah kepada masyarakat khasnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dapat mengikuti siaran itu.

Menurut Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan negeri Kelantan Abdul Rahman Yunus, tazkirah akan disampaikan oleh pimpinan negeri termasuk Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dun Ustaz Nasruddin Daud, Exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan negeri dan juga Ketua Polis Negeri.

Siaran tazkirah tersebut dapat diikuti setiap hari sepanjang Ramadhan pada jam 7.30 pagi, 2.00 petang, 4.00 petang dan 7.05 petang pada frekuensi 90.6 MHz di Kelantan, 102.00 MHz di Terengganu dan 95.1 MHz di Pahang.

Abdul Rahman juga berkata sebelum ini siaran tazkirah tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya melibatkan Menteri Besar Kelantan sendiri apabila pihak Urusetia kerajaan negeri menerima panggilan talipon dari seluruh negeri.

"Saya berharap penduduk di negeri ini mengambil kesempatan untuk mendengar program tazkirah yang disampaikan oleh pimpinan kerajaan negeri sempena bulan Ramadhan ini," ujar beliau. Image

Dalam perkembangan lain, seramai 60 warga miskin Kota Bharu telah dipilih oleh Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Darulnaim untuk menerima sumbangan RM100 setiap orang bagi meringankan beban sempena bulan Ramadhan.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa masjid tersebut Ir.Mohd Ariff Fahmi Abdul Rahman ketika ditemui di majlis Perasmian Sambutan Ihya Ramadhan peringkat Kompleks Kerajaan negeri Kelantan berkata, seperti di tahun-tahun lepas, masjid yang terletak dipinggir pagar komplek kerajaan negeri tersebut akan menyediakan program tazkirah pada setiap hari bermula jam 12 tengahari dan berharap kakitangan kerajaan dapat mengambil menafaat tersebut.

Perasmian Ihya Ramadhan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat,turut hadir,Setiausaha Kerajaan Negeri,Dato'Aiseri Ilias,Pegawai Kewangan Negeri Mohd Faudzi Mat Jusoh, Exco negeri,Wakil-Wakil Rakyat, Ketua jabatan dan kakitangan kerajaan negeri dan swata.

Dato'Aiseri Ilias ketika berucap berkata kakitangan kerajaan dari peringkat tinggi hingga bawah seharusnya memainkan peranan penting dalam masyarakat setempat iaitu seperti melibatkan diri dengan aktiviti masjid maupun masyarakat tempatan.

"Saya yakin kakitangan kerajaan negeri Kelantan dapat melakukan aktiviti harian yang baik kerana mereka ini juga sedikit sebanyak mempunyai pengaruh dalam masyarakat," katanya. Image

Sementara itu Tuan Guru semasa menyampaikan tazkirah pertamanya berharap pada tahun ini rakyat negeri ini dapat menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan meraikan Al-Quran kerana Al-Quran telah diturunkan pada bulan yang mulia ini.

"Kita sering menyambut puja umur (hari lahir) manusia seperti isteri,anak-anak kita, Pemimpin Negara kita juga sambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw, oleh itu bulan Ramadhan ini kita pakat-pakat (ramai-ramai)sambut kedatangan Al-Quran iaitu dengan membacanya seberapa banyak yang boleh,bertaddarus maupun mentafsirkannya," kata beliau.

Beliau juga berharap perubahan perlu diadakan di setiap masjid negeri ini iaitu dengan menyediakan imam-imam atau penceramah agama dari pelbagai kaum seperti kaum Tionghua dan India.

"Kalaulah kaum ini juga diterima sebagai penceramah di masjid-masjid,nescaya kita akan lebih memahami masalah kaum mereka dan ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama kaum di negeri ini," katanya lagi.

Nik Aziz juga berkata tanggapan orang ramai yang mengatakan bulan Ramadhan hanya untuk berpuasa sahaja perlu dikikis kerana Ramadhan meliputi pelbagai program yang sudah diatur oleh Allah swt seperti setiap amalan dilipat gandakan ganjarannya, perbanyakkan sedekah,melakukan amalan solat sunat,membaca Al-Quran dan pelbagai lagi perkara yang berfaedah.

Bagi memperkemaskan lagi institusi masjid, beliau berkata jawatankuasa Masjid perlu menjemput rakan-rakan dari kaum lain yang belum Islam seperti di majlis sambutan Maulidurrasul,Israk Mikraj,Sambutan Awal Muharram yang sering diadakan di masjid.

"Mereka ini memerlukan pendedahan yang sebenarnya terhadap kemurnian agama Islam yang tidak mengamalkan sebarang keganasan, bila mereka ada bersama,mereka akan dapat melihat dengan jelas keadaan yang sebenar berlaku di masjid,Masjid bukan hanya tempat bersembahyang semata-mata,"katanya lagi. Image

Majlis berkenaan dihadiri lebih 300 orang termasuk dari masyarakat Indi


**************************

Peninggalan Kennedy inspirasi bina masa depan negara lebih cemerlang: Najib

KUALA LUMPUR: Negara harus melihat apa yang ditinggalkan oleh tokoh negarawan Amerika Syarikat (AS), Senator Ted Kennedy, untuk dijadikan inspirasi kepada Malaysia dalam membina masa hadapan yang lebih cemerlang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, selepas hampir lima dekad Kennedy menjadi Senat AS, beliau dilihat sudah menjadi seorang ahli politik Amerika yang paling penting dan berpengaruh.
"Mendiang mempunyai kesabaran untuk mendengar pelbagai pandangan, membina kesepakatan merentasi banyak kepentingan politik yang berbeza-beza dan menggubal undang-undang yang masuk akal kepada rakyat Amerika.

"Sebahagian daripada isu ini bukannya mudah bagi sesebuah negara untuk mencari jalan penyelesaian, namun seperti mana yang diperlihatkan dalam kehidupan Senator Kennedy, kadang-kala kita perlu menerima cabaran kerja-kerja yang mustahil untuk dilaksanakan jika kita perlu mengubah diri kita sebagai satu bangsa," katanya dalam blognya www.1Malaysia.com.my di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata mengingati Senator Kennedy dan prinsip yang dipegangnya, ia memperbaharui pemikiran beliau tentang idealisme bersatu.
"Bahawa dengan bersatu kita boleh menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk generasi mendatang. Menjelang ulang tahun kemerdekaan kita, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran negara, namun begitu kita terus mara dengan satu hala tuju baru untuk negara kita.

"Kita semua hendaklah menerima takdir kita dan bertanggungjawab bahawa kita mempunyai kepentingan terhadap masa hadapan negara. Kita mesti menerima rasa tanggungjawab peribadi dan komitmen sebenar ini untuk mencorakkan Malaysia supaya menjadi lebih cemerlang," tambah beliau.
Najib turut melahirkan simpatinya terhadap pemergian negarawan Amerika Syarikat itu,
sambil menyifatkan Kennedy sebagai seorang peramah dan mesra.
Najib berkata, beliau menghargai layanan yang diberikan oleh mendiang ketika membicarakan mengenai Senat.

"Pandangan saya terhadapnya terbukti betul. Jelas sekali bahawa lelaki yang beradab tinggi, sopan dan terhormat ini mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap politik dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Mendiang mahu semua orang mempunyai kehidupan yang lebih baik.
"Pemergiannya adalah kehilangan yang amat besar kepada rakyat Amerika terutamanya ahli keluarga dan kalangan sahabat handai mendiang," katanya.

(Berita ini dari Harakah Daily, 29 Ogos 2009)




No response to “BERITA”

Post a Comment