POLITIK


NAJIB KENA BIMBING MUHYIDDIN

Oleh: Mokhtar Petah


Perdana Menteri Malaysia merngkap Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak elok benar atau 'wajib' memberi bimbingan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, agar dia tidak meneruskan 'runtunan hawa nafsun'ya untuk mengdakan demonstrasi mengutuk Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai 'pengkhianat'.

Tindakah Muhyiddin dan rakannya Dato Zahid Hamidi serta kuncu – kucu mereka, adalah berlawanan dengan agama Islam. Perbuatan itu akan mengakibatkan kita dan negara kita menerima bala dari Allah Subhanhu wa Taala.

Oleh kerana Najib ketua Muhyiddin, maka Najib perlu menasihati Muhyiddin dari melakukan ' perbuatan yang dimurkai Allah dan rasul-Nya itu'. Orang Islam menuduh apa lagilah mengadakan demonstarsi memburuk – burukkan orang Islam yang lain, adalah melakukan dosa besar.

MENYEBAR KEBURUKAN ORANG LAIN

Islam melarang individu Islam menyebarkan keburukan orang lain seperti firman Allah dalam Quran:

Sesungguhnya orang yang berminat menyebarkan berita kburukan yang keji (orang lain) di kalangan umat yang beriman, bagi mereka azab yang pedih (dari Allah) di dunia dan akhirat. - An Nur: 19

Hadis Nabi Muhammad s.a.w.:

Wahai semua orang yang beriman dengan lisan dan iman tidak masuk dalam hatinaya, jangan kalian memburuk – burukkan kaum Muslimin dan juga jangan membuka keaiban mereka, kerana sesiapa yang membuka keaiban saudara Muslimnya,nescaya Allah membuka keaibannyanya. Sesiapa yang Allah membuka keaibannya, dia mesti selalu dalam keaibannya walaupun dia berada dalam ruang tengah rumahnya. (riwayat: Abu Daud).

Najib hendaklah sedar dan beringat, bahawa dengan tindakan melanggar hukum Allah oleh Muhyiddin dan para penyokongnya, jika Allah menurunkan pembalasan atau laknatnya, kerajaan pimpinan Najib akan turut menderita.

Setiap pemerhati politik mengetahui, Muhyiddin ada jaduannya sendiri. Dulu dia telah bertindak merentap Tun Abdullah Ahmad Badawi ke bawah, kerana Abdullah telah berbicara dengan Mursyidul Am PAS, Datok Nik Abdul Aziz dan Dato Haji Abdul Hadi Awang tentang rancangan mengadakan 'Kerajaan Perpaduan'.

JIKA ABDULLAH SEGERA BERUNDUR

Sebaik – baik Abdullah membawa khabar itu kepada rakan – rakan kabinetnya, dalam tempoh tidak sampai seminggu Muhyiddin melaungkan suaranya agar Abdullah mengundurkan diri dari memimpin negara dan UMNO.

Muhyiddin takutkan 'Kerajaan Perpaduan' dan dia juga mahu Abdullah lekas berunjdur. Jika Abdullah segera berundur, Najib akan memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dan dia segera pula naik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kali ini, bila Najib berselera mengadakan rundingan dengan pihak PAS untuk meneruskan jadual 'Kerajaan Perpduan', Muhyiddidn takut lagi, kerana jika berlaku 'Kerajaan Perpaduan', beliau akan hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri, kerana jawatan itu tentulah akan dipegang oleh Abdul Hadi Awang. Muhyiddin akan hanya memegang jawatan Menteri pelajaran.

BERTUKAR KE JAWATAN MENTERI LAIN

'Kerajaan Perpaduan' – Melayu dengan Melayu atau ummah dengan ummah tidak akan berjaya, jika Anwar Ibrahim dan partinya tidak ikut bekerjasama. Ini pun Muhyiddin takut lagi. Mungkin, jika terbentuk “Kerajaan Perpaduan', Anwar Ibrahim akan memegang jawatan Menteri Pelajaran dan Muhyiddin terpaksa bertukar ke jawatan menteri lain atau menjadi duta di negara mana seperti telah berlaku ke atas Tan Sri Ghazali Jawi (Perak) dan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, (Terengganu).

Cara untuk menecegah dari Anwar melangkah ke dataran 'Kerajaan Perpaduan', tidak ada lain jalan, selain dari mengadakan demonstarsi mengutuk Anwar sebagai pengkhaianat. Kutuk Anwar semahu – mahunya.

ORANG MELKAYU YANG MENYOKONG ANWAR

Akan berjayakah Muhyiddin? Sanggupkan orang Islam melanggar hukum Allah semata – mata kerana menyokong Muhyiddin?

Kita tidak mengetahui seramai mana orang Melayu menyokong Muhyiddin dan sejumlah mana pula orang Melayu yang menyokong Anwar Ibrahim. Mungkin Muhyiddin menerima sokongan yang sedikit, iaitu dari ahli – ahli UMNO sahaja, tetapi Anwar Ibrahim, dari Parti Keadilan Rakyat, PAS dan mereka di luar parti – parti politik.

Dalam menghadapai perpaduan orang Melayu atau ummah, saya kira Najib lebih pentingkan Hadi Awang dan Anwar Ibrahim berbanding dengan Muhyiddin. Muhyidddin terlalu kecil dalam arena politik yamg menghdapi perpaduann ummah berbanding dengan Hadi Awang dan Anwar Ibrahim.

POLIS PENTING MENANGANINYA

Tidakan Muhyiddin akan menganjurkan demonstrasi mengutuk Anwar sebagai pengkhaianat,k mestilah ditangani segera oleh Jabatan Kemajauan Islam Malaysia – JAKIM, Majlis Mufti dan Fatwa, kerana tindakan Muhyiddin itu berlawanan dengan agama Islam dan akan menimbulkan tidak tenteram di kalangan umat Islam.

Polis penting menanganinya, kerana, jika berlaku demonstrasi mengutuk Anwar Ibrahim,maka akan berlaku permusuhan – huru hara – antara orang Melayu di negra ini.

Saya berpedapat, demosntrasi mengutuk Anwar Ibrahim akan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Tidak siapa akan menasihatkan Najib agar menurunkan Muhyiddin dari takhta Timbalan Perdana Menteri, tetapi kerana keselamatan negara dan ketenteraman awam, Najib wajib mengekang Muhyiddin. Mengekang Muhyiddin bererti Naji peka dengan kselamatan negara dan ketenteraman awa,

Najib tentu maklum, semenjak Tunku Abdul Rahman hingga kepada Abdullah Badawi, tidak pernah demonstarsi mengutuk Melayu diadakan. Jika Muhyiddin menganjurkannya juga, maka dia akan tercatat dalam sejaran bangsa dan umat Islam, 'Tokoh Islam Malaysia pertasma yang memecah belah dan menimbulkan huru hara sesama umat Islam'. (mp)


No response to “POLITIK”

Post a Comment