GUGUR SEORANG MUJAHID

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia


Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani.

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.(Berita Harian, 14 Ogos 2009)

JIHAD MU UNTUK UMMAH




Asri Rabbani!
Lembut tapak tangamu,
parau mesra suaramu,
pada waktru pertemuan kita,
bawah naungan masjid Putrajaya,
bagaikan bayi dalam rahim ibu,
hidup segar dalam kalbuku.

Katamu: 'Saya pilih jihad ini,
biar orang lain jihad berperluru,
meriam dan kapal gempur,
saya pohon reda Allah, pak long."

Hatimu hatiku satu,
kubenamkan Allahu Akbar dalam relong sukmamu,
iman dan waja semangatmu,
kukagumi merdu suaramu setiap musim,
bunga durian di sini,kurma berbunga di sana.

"Apa dalam baju, kuntum bunga sena ...,"katamu.
"Allah satu, enta hambanya ...,"kataku.
Kita ketawa tika Abdullah Badawi menjeling senyumkan kita.
Mada hatiku, " Mujahid ini akan pergi dulu,
Usianya tiga lapan, aku tujuh tiga ..., tua!

"Ajalmu dan ajalku tak menentu,
hanya merangkak menerap kita bersama,
jihadmnu nasid dan takwa,
aku kehilangan tinta dik kumputer,
gatal tangan tegar hati, berjihda jua.

Tiga puluh minit setelah kaurebah,

serah nyawa kepada Allah,

kuterima berita duka,

Kaupergi dulu,

'Dari Allah kaudatng kepada-Nya kaupulang'.


Aku terepacak tua di sini,

entah bila, aku ke sana jua,

menyusul kau mujahid takwa,

'dalam syurga kita bersua'.(mp)


Asri di angkagt setelah rebah

ALFATIHAH-Asri Ibrahim lebih dikenali " Asri Rabbani' ketua kumpulan nasyid popular Rabbani dah tiada. Beliau meninggal dunia jam 11 pagi Khamis di Hosapital Pantai Kuala Lumpur. Beliau dipercayai diserang sakit jantung. Sebelum itu Allahyarham rebah semasa dalam satu sidang akhbar di RTM. Asri, 40 berasal dari Klang, Selangor meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

(Gambar dan berita dari Agenda Daily, 14 Ogos 2009)


No response to “GUGUR SEORANG MUJAHID”

Post a Comment