SASTERA MELAYU

SYAIR

Nampak lorat Muhyiddin Yassin,
Muka merah bibir kering,
Bertindak kasar Allah tak izin,
Kutuk sesama kaum muslimin.


Kumpul semua orang Melayu,
Kutuk Anwar rakannya dulu,
Riuh renah haru biru,
Kerana nafsu dia begitu.


Apa beza Anwar Muhyiddin,
Dua politikus bendung kepingin,
Kempunan kuasa jadi pemimpin,
Caci cerca sesama mukmin.


Muhyiddin jadi menteri negeri,
Ada cerita Sultan mengetahui,
Negeri jadi kandang biri - biri,
Laung ke laging kerja tak menjadi.


Anwar Muhyiddin rakyat Malaysia,
Hidup mati satu agama,
Jangan hidup menambah dosa,
Menghina rakan sama seagama.


Benar Muhyiddin pemimpin Melayu,
Anwar juga bertaraf begitu,
Mengapa benci laksana hantu,
Islam tidak anjur begitu.


Muhyiddin takut Anwar terjulang,
Disanjung rakyat golongan pejuang,
Muhyiddin hilang tulang belakang,
Mungkin takhtanya akan hilang.


Sedarlah wahai Melayu Johor,
Juga begitu Melayu Seberang,
Insaflah anda ke pintu kubur,
Melayu jadi hamba orang.


Bersatu Melayu semua baka,
Jangan berpecah jangan renggang,
Jika bukan Melayu berkiuasa,
Melayu jadi ikan panggang.

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment