BERITA

PLUS LEPAS TANGAN

TAYAR BERPULUH KEDERAAN DITUSUK PAKU

ORANG AMAI TAK PUAS HATI

Kuala Lumpur, Sabtu - Orang ramai tidak puas hati dengan langkah pihak Plus Expressways Berhad yang tidak mahu membayar pampasan atas kerugian orang ramai yang mengalami tayar kenderaan mereka ditusuk berpuluh paku yang jatuh bertaburan sepanjang lebuhraya Utara – Selatan, dari Gua Tempurung hingga ke Kuala Kangsar, pada 30 Jun lalu.

Menurut laporan polis, kebanyakan mereka mengalami kerosakan semua tayar dan setiap tayar ditusuk lebih sepuluh batang paku.

Seorang pengguna lebuh raya yang enggan menyebut namanya memberitahu, dia telah mengalami kerosakan dua tayar keretanya dan setiap tayar ditusuk lebih sepuluh batang paku.

Dia bersama beberapa orang lagi telah membuat laporan di balai polis terafik Ipoh dan kemudian membuat laporan di pejabat tol leboh raya di Simpang Pulai. Mereka telah membuat tuntutan ganti rugi kepada pihak Plus.

Plus telah menolak kejadian itu sebagai tanggungannya dan tidak mahu membayar ganti rugi seperti suratnya RMD/40885/PO-REC (PLS), bertarikh 3 Ogos 2009 dan ditanda tangani oleh Rohaizad Rashid, Jabatan Pengurusan Risiko Plus:

'Kami berasa dukacita berhubung kejadian yang puan alami seperti mana di dalam aduan puan no siri A0002087 pada 01/07/2009 yang lalu. Kami berpendapat kemalangan itu tidak sepatutnya berlaku, lebih – lebih lagi dalam situasi dimana kami telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan perjalanan menggunakan lebuhraya kami adalah selamat dan selesa bagi semua pengguna.

Untuk maklulam puan, pihak kami mempunyai pasukan peronda lebuhraya yang bertugas 24 – jam di sepanjang lebuhraya. Sebarang laporan kerjadian yang diterima atau ditemnui akan diambil tindakan dengan sebaik-baiknya secepat mungkin. Ap jua objek yang ditemui berselerakkan di atas jalan akan dibuang untuk memastikan keselamatan pengguna lebuhraya.

Hasil siasatan lanjut kami mendapati bahawa lokasi berkenaan bebas dari sebarang objek yang membahayakan pengguna lebuhraya sewaktu pronda melalui lokasi berkenaan tidak lama sebelum kejadian yang puan alami itu.Pihak kami mendapati objek berkenaan (paku) telah terjatuh dari kenderaan lain yang tidak dikenalpasti; yang mana ianya adalah di luar kawalan kami.

Kami berpendapat bahawa kami telah berusaha sebaik mungkin menjalankan tangbungjawab kami dengan mengambil langkah – langkah yang mnenasabah ('reasonable duty of care) untuk menyelanggarakan lebuhraya supaya sentiasa selamat digunakan oleh para pemandu. Oleh itu, dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak dapat membuat sebarang bayaran pampasan kepada puan.'

Pengguna – pemgguna yang mengalami kerosakan tersebut meminta pihak Plus menimbang semula akan tuntutan mereka, kerana keterangan pihak Plus tidak menasabah dan tidak memuaskan.

Mereka akan membuat aduan kepada Persatuan Pengguna agar pihak Plus tida berlepas tangan.



One response to “BERITA”

apa yang berlaku seterusnya? adakah aduan kepada Persatuan Pengguna mendapat maklum balas?
Adakah pihak PLUS memberi bayaran pampasan seperti yang sepatutnya? tkasih.

Post a Comment