SEJARAH DAN IMAN


CINTA NABI NUH

NABI Nuh a.s. adalah seorang suami yang paling cintakan isterinya. Baginya isterinya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Oleh yang demikian Baginda sentiasa berharap yang isterinya jujur kepada dirinya, taqwa kepada Allah dan dapat hidup bersamanya menikmati kasih dan cinta dari dunia hingga ke akhirat.

Isterinya juga sangat mencintai Nabi Allah Nuh. Baginya Nabi Nuhlah satu-satunya lelaki yang disayanginya di dunia ini. Hasil dari percintaan itu, mereka memperolehi keturunan.

Nabi Nuh adalah seorang pejuang yang membawa hukum-hukum dari Allah untuk kaumnya. Baginda juga adalah pemimpin berdaulat bagi umat manusia zamannya.

(QURAN)

Dan sesungguhnya kami (Allah) telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya seraya berkata "Sesungguhnya saya memberi peringatan yang jelas kepada kalian”.1

Nabi Nuh telah menjalankan perjuangannya untuk menyeru dan memimpin kaumnya ke jalan yang diredhai Allah Taala. Mereka hendaklah menyembah Allah dan tidak boleh menyembah selain daripada-Nya. Tetapi kaum­nya menentangnya dan tidak mahu mengikut pimpinannya.

Kaumnya tidak sahaja menentang pimpinannya, bahkan mereka menghina dan mencemuhnya pula. Mereka mencabarnya supaya Baginda membuktikan kata-katanya yang Allah Taala akan menurunkan siksaan sekiranya mereka tidak menurut bimbingannya.

(QURAN)

Hai Nuh, sesungguhnya engkau telah mengajak kami berdebat. Banyak benar debatmu itu. Cubalah engkau datangkan kepada kami seksaan yang engkau janjikan kepada kami itu, jika sekiranya engkau dari orang­-orang yang benar.2

Nabi Nuh terus menyeru kaumnya. Dia juga melaksanakan perintah Allah supaya membina sebuah bahtera kerana tidak lama lagi dunia ini - kawasan mereka akan tenggelam dalam banjir besar atau taufan.

Isterinya yang dicintai dan anaknya yang dikasihi tidak mahu mengikut seruan dan pimpinannya. Mereka bersama kaum Nabi Nuh mengutuk dan menghinanya.

Dalam satu kejadian orang-orang yang ingkar melontar batu-batu kepada Nabi Nuh, isterinya menegah mereka melontar batu-batu kepadanya. Isterinya memberitahu mereka yang suaminya itu telah gila.

Nabi Nuh sangat berdukacita di atas sikap isterinya yang berpaling tadah daripadanya. Begitu juga anak lelakinya telah mengingkarinya dan menyertai orang -orang yang menentang perintah Allah.

Tidak lama kemudian, iaitu setelah bahtera yang dibina oleh Nabi Noh a.s. dan menantu angkatnya serta pembantu­-pembantunya telah siap, maka banjir besar atau taufan pun menyerang kawasan itu. Nabi Nuh a.s. dengan pengikut-­pengikut setianya telah menaiki bahtera itu, tetapi isterinya dan anaknya tidak menyertainya dalam bahtera tersebut.

Tatkala Nabi Noh a.s. melihat anaknya akan tenggelam dalam banjir besar atau taufan itu baginda dengan perasaan kasih dan cinta kepada anaknya lalu memanggilnya untuk menaiki bahtera bersamanya:

(QURAN)

(Nabi Nuh menyeru) "Hai anakku. Naiklah ke atas bahtera ini bersama kami dan janganlah engkau menyertai orang-orang yang durhaka kepada Allah."3

Anaknya tidak menghargai kasih sayang bapanya. Dia tetap bersama orang-orang yang menderhaka Allah Taala. Anaknya menjawab:

quran

Anaknya menjawab: "Saya akan naik ke atas gunung, yang akan memelihara saya dari air banjir besar ini (taufan)." Jawab Nabi Nuh: "Tidak ada seorang juapun yang terselamat sekarang ini dari siksaan Allah, kecuali orang yang dikasihiNya.” Lalu gelombang besar memisahkan antara keduanya, hingga dia (anak Nabi Nuh) masuk dalam golongan orang-orang yang tenggelam (mati lemas).4

Nabi Noh terlalu sedih kerana terpisah dari isteri yang disayangi dan anak yang dikasihi. Lalu Nabi Nuh berdoa kepada Allah Taala:

(QURAN)

Kemudian Nabi Nuh menyeru (berdoa) Allah: "Ya Tuhanku. Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku, sesungguhnya janjiEngkau itu benar, dan Engkau searif-arif dan seadil-adil memberi hukuman.5

Allah Taala berfirman kepada Nabi Nuh:

(QURAN)

Hai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (tidak seagama dengan Nabi Nuh) kerana dia melakukan pekerjaan yang tidak baik, sebab itu janganlah engkau meminta sesuatu yang engkau tidak mengetahui. Sesungguhnya aku memberi penjelasan kepada engkau supaya engkau tidak masuk golongan orang-orang yang tidak berpengetahuan.6

Demikianlah sebuah contoh cinta dan kasih sayang manusia kepada isteri dan anaknya tetapi isteri dan anaknya tidak membalas kasih sayangnya.

Nabi Nuh adalah seorang Nabi Allah yang pertama mempunyai ilmu teknologi membina bahtera, seorang pemimpin umat manusia dan seorang ketua rumah tangga yang sering menangis, kerana berdukacita terhadap umatnya tidak mengikut suruhan Allah atau tidak menyembah Allah Taala. Baginda juga bersedih kerana isterinya tidak sehaluan dengannya.

1 Hud: 25

2 Hud: 32

3 Hud: 42

4 Hud: 43

5 Hud: 45


(Dipetik dri buku, Rahsia Dari Quran: Manusia cintas dan Seksologi, 1996, oleh: Mokhtar Petah )

No response to “SEJARAH DAN IMAN”

Post a Comment